Sponser

Selasa, 28 Disember 2010

aSc Time Tables : Memudahkan pembinaan jadual waktu kelas dan matapelajaran sekolah.

Musim persekolahan sesi 2011 akan bermula tidak lama lagi. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah tentu sedang bertungkus lumus menyiapkan pelbagai kemudaan asas dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan sebelum sesi persekolahan bermula.Bagi guru yang bertanggungjawab membina dan menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran. Menjadi kerumitan serta masalah yang amat membebankan jika tugasan diberikan dan perlu disiapkan dengan seberapa segera. Mungkin pelbagai cara dan kaedah akan digunakan untuk menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran supaya...

SEJARAH WAJIB LULUS SPM 2013

Pada tahun 2013, subjek sejarah akan menjadi salah satu subjek lulus pada peperiksaan SPM.Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menimbulkan pelbagai polemik dan komen-komen yang baik dan ada juga yang sumbang mengenai keputusan yang dibuat itu. Apa lagi keputusan yang telah diumumkan di dalam perhimpunan Agung UMNO ini ditafsirkan sebagai keputusan dari UMNO dan kelak nanti sejarah yang akan ditafsirkan adalah lebih berkisarkan dengan kepentingan...

Jumaat, 24 Disember 2010

Harapan dan Impian di Tahun 2011

Kepada semua warga pendidik di Malaysia. Minda pendidik ingin meninjau serta mengetahui apa yang ingin dihajatkan pada tahun 2011 tentang dunia pendidikan di Malaysia. Dengan komen dan cadangan dari anda semua, bolehlah kita bersama-sama mengubah pandangan kita terhadap pendidikan di negara kita. Segala ulasan dan pandangan akan dihargai. Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga pendid...

Rabu, 22 Disember 2010

Muat Turun Dokumen KSSR tahun 1

Klik pada Imej untuk terus ke Laman web BPKBahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia(BPK) telah memuat turun dokumen KSSR Tahun 1 pada tahun hadapan di laman webnya. Dokumen itu adalah penting bagi setiap sekolah rendah di Malaysia bagi melaksanakan KSSR yang akan dilaksanakan pada tahun 2011. Dokumen di dimuat turun bagi memudahkan sekolah-sekolah yang belum lagi mendapatkan dokumen KSSR yang lengkap. Bagi sekolah-sekolah yang belum lagi mempunyai dokumen KSSR yang terdiri dari HSP dan juga bahan sokongan lain bolehlah memuat turun di laman web...

Selasa, 21 Disember 2010

WIKILEAKS : Gosip atau Konspirasi Barat

Buat seketika, Blog Mindapendidik ingin keluar tajuk dari menceritakan cerita-cerita pendidikan. Sekali sekala mahu juga blog ini keluar tajuk dari kebiasaan. Seperti yang kita dengar, tonton, baca dan ikuti di internet, surat khabar, berita televisyen, dalam CNN dan pelbagai lagi sumber berita, muncul sebuah laman internet yang digelar WIKILEAKS.Apa dia WIKILEAKS ?Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan...

Rabu, 15 Disember 2010

INFO : Persediaan Menghadapi Temuduga Bakal Guru KPLI

Seperti yang kita tahu, setiap bakal guru KPLI akan terlebih dahulu menghadapi saringan yang ketat sebelum di ambil memasuki IPG bagi dilatih menjadi seorang guru yang berkebolehan dan berkelayakan. Peringkat pertama yang akan dihadapi ialah menghadapi ujian bertulis dan setelah lulus dengan cemerlang, bakal-bakal guru KPLI ini akan di panggil untuk ditemuduga.Semasa zaman kami (bekas pelatih maktab sijil/Diploma).Bila sudah dipanggil temuduga, peratus diterima menjadi pelatih maktab adalah amat tinggi. 75% sudah berada dalam gengaman namun selebihnya perlu dicari melalui usaha sendiri ketika...

Isnin, 13 Disember 2010

Dua guru 1 kelas :Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zainbhnews@bharian.com.my2010/12/13 Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidikKUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran,...

Jumaat, 10 Disember 2010

Angkat status sekolah kebangsaan

Oleh WAHID HASHIM SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan. Hal ini akan menjadikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan - menengah atau rendah - setanding dengan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, atau sekolah swasta dari segi status elitis dan pembiayaan kewangannya, sekali gus mengubah topografi pendidikan dan tanggapan terhadap sekolah kebangsaan di negara ini....

Selasa, 7 Disember 2010

Pendidikan kesihatan, reproduktif mulai 2011

MOHD. FADZLY MOHD. IZABpendidikan@utusan.com.my Istilah pendidikan seks secara umumnya mungkin boleh membawa kepada satu persepsi atau pemahaman bahawa ia hanya layak untuk diketahui oleh golongan dewasa sahaja. Sebahagian besar masyarakat tidak mahu anak-anak mereka yang mentah didedahkan dengan perkara itu malah kebanyakan ibu bapa sendiri malu atau tidak mahu untuk membincangkan mengenai pendidikan seks sebagai asas pemahaman anak- anak mereka. Maka, tidak hairanlah jika banyak pihak terutamanya golongan ibu bapa akan melatah dan memberi pandangan negatif apabila Kementerian Pelajaran...

Isnin, 6 Disember 2010

SBP: Antara dua darjat

Oleh AZMY MOHAMEDpendidikan@utusan.com.my Reputasi sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi sudah terbukti. Saban tahun, pencapaian akademik pelajar SBP secara keseluruhan adalah yang ter- baik. Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepuluh sekolah terbaik sentiasa didominasi oleh SBP. Kecemerlangan ini disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SBP sangat kondusif. Kemudahan prasarananya lengkap dan sempurna. Komitmen pengurusan dan guru di sekolah kategori ini juga amat tinggi. Faktor tersebut membuat ramai...

Selasa, 23 November 2010

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmatdi Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) / sekolah rendah / sekolah menen...gah / sekolah bantuan kerajaan dibawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di lamanweb KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini.Sumber dari ...

Isnin, 22 November 2010

Dilema penempatan guru

Mindapendidik: Bila membaca artikel ini barulah dapat difahami prosedur penempatan guru. Kalau di ikut kepada bilangan guru, sesetengah negeri jumlah guru adalah mencukupi namun bila dilihat dari segi taburan penempatannya, kebanyakan guru lebih banyak berada dikawasan bandar dari kawasan pedalaman. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini.Dipetik dari Utusan Online..Oleh AZMY MOHAMEDpendidikan@utusan.com.my Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam...

Ahad, 14 November 2010

Pelajar cemerlang miskin diutama masuk SBP 2011

Menurut laporan akbar Berita Harian, Tempat untuk pelajar yang cemerlang UPSR tahun ini yang ingin masuk ke sekolah berasrama penuh tahun depan akan ditentukan dengan hanya pelajar cemerlang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah akan dipilih memasuki sekolah berasrama penuh (SBP).Timbalan Perdana Menteri berkata, pemilihan berdasarkan kriteria yang saksama dan merit pencapaian pelajar sejajar matlamat asal penubuhan sekolah itu. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, ketika kerajaan mewujudkan SBP dulu, ia bertujuan memberikan peluang kepada pelajar cemerlang...

Jumaat, 12 November 2010

Subjek baru diperkenal

Oleh Syuhada Choo Abdullahchoo@bharian.com.my2010/11/12 Dunia Sains dan Teknologi dedah murid kemahiran ICTKUALA LUMPUR: Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun depan untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.Presiden Kesatuan Guru-Guru...

BERITA PENUH : 48,327 calon UPSR dapat semua A

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIMpengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 11 Nov. - Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A iaitu keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat kepada 10.2 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, peratusan yang berada di bawah tahap pencapaian minimum iaitu semua Gred D atau E atau kombinasi kedua-duanya...

Khamis, 11 November 2010

TAHNIAH !!! UPSR 2010

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam UPSR yang diumumkan siang tadi. Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang berjaya meningkatkan peratus UPSR sekolahnya. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Ini bermakna semakin tahun semakin meningkat tahap penguasaan pelajar kita dalam bidang pelajaran. Namun apa keputusan di sekolah-sekolah pedalaman. Meningkat atau menurun. Kita lihat nanti apa berita dari sekolah-sekolah pedalam...

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - TerkiniKeputusan UPSR 2...

Rabu, 10 November 2010

Profesion keguruan ke tahap lebih tinggi

PUTRAJAYA 9 Nov. - Ketua Pengarah Pelajaran yang baru, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berazam menambah baik skim perkhidmatan pendidikan dan mengangkat profesion keguruan ke tahap lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Beliau berkata, dengan memartabatkan profesion itu maka ia akan memperkemaskan lagi sistem penyampaian dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini secara menyeluruh. ''Saya menyeru semua warga guru di Malaysia supaya meneruskan usaha bakti mendidik anak bangsa dengan memastikan setiap murid dapat menerima pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah sehingga...

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Ut...

Isnin, 8 November 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAR 2011

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dllaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Oleh yang demikian, KSSR akan mengantikan KBSR pada tahun hadapan.Sehubungan itu, sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR...

Sabtu, 6 November 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 11 NOV INI

Keputusan rasmi peperiksaan UPSR 2010 akan diumumkan pada 11 Nov ini. Kepada semua pelajar dan guru yang menunggu keputusan tersebut, bolehlah mengambil keputusan tersebut di sekolah ataupun di PPD masing-masing.mindapendidik : Bedebar menanti keputusan UPSR tahun ...

Khamis, 28 Oktober 2010

Falsafah di sebalik pemansuhan UPSR

Oleh WAHID HASHIM wahid.hashim@utusan.com.my PENGGUBALAN apa juga sistem dan proses dalam pendidikan memang dibenarkan. Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak mengehadkan seseorang pelajar untuk membuat apa, menjadi apa atau bersikap bagaimana ketika berada dalam sistem. Asalkan pelajar boleh menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka, maka sistem dibenarkan untuk berubah. Guru perlu tahu dan faham akan hal ini kerana kebanyakan yang kurang senang dengan cadangan itu, khabarnya ialah mereka - para guru sendiri. Sebenarnya, kita...

Isnin, 18 Oktober 2010

BEBANAN KERJA YANG SEMAKIN BANYAK AKHIR-AKHIR INI

Bukan sekadar luahan atau rungutan tapi ini adalah kenyataan. Bebana kerja yang dipikul sekarang semakin tinggi. Untuk melonjakkan prestasi sekolah seperti apa yang telah digariskan dalam NKRA, ramai golongan pendidik semakin merasa bebanan kerja yang semakin bertindih-tindih. Bagi sekolah pendalaman, walaupun dilihat tidak banyak kerja namun hakikatnya adalah disebaliknya. Ini kerana bebanan kerja yang ada diserah bulat-bulat kepada guru baru dan guru yang rajin serta berkebolehan. Pembahagian kerja juga ada kalanya tidak seimbang antara guru baru dengan guru lama. Oleh itu setiap ketua jabatan...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Sistem pendidikan dirombak-BAJET 11

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan penekanan diberi kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi. Bagi tujuan itu Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan sudah meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, peralatan serta memartabatkan profesion guru. Pada masa yang sama beliau memberitahu, tambahan sejumlah RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru yang cemerlang. “Kerajaan...

Ahad, 10 Oktober 2010

UPSR DIKEKALKAN, PMR DI BERI NAFAS BARU PADA 2016

Akhirnya keputusan kerajaan melalui kementerian pelajaran mengenai keputusan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR telah mencapai keputusannya. Hasil dari persidangan meja bulat dalam beberapa bulan yang lepas, kementerian pelajaran telah mendapat keputusan yang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.Keputusan yang diambil oleh pihak kemnterian ini adalah tepat dan...

Selasa, 21 September 2010

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR

Kepada murid-murid di seluruh negara, Selamat Menyambut Peperiksaan UPSR. Semoga anak-anak murid kita berjaya menjawab dengan baik dan tena...

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog mindapendidik ini. Jika ada salah silap, terkasar bahasa penulisan, tersentuh hati dan jiwa dan sebagainya yang telah menyakitkan hati blogger-blogger semua, kami di mindapendidik memohon ampun serta maaf zahir dan batin kepada semua pembaca mindapendidik. Ucapan hari raya ini juga ditujukan khas kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia. Teruskan perjuangan dan Selamat Hari Ra...

Selasa, 7 September 2010

NEW CHILDREN MINUS ONE SONG

1) Burung Belatuk2) Bunyi Jam3) Bunyi Binatang4) Bunga Di Taman5) Bila Dewasa6) Ayam Bertelur7) Anak Ikan8) Anak Ayam9) Ajaran Baik10) Adi...

Sabtu, 4 September 2010

VIDEO SUMBANGSIH GURU PEDALAMAN

Video ini telah dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan yang memaparkan kehidupan serta perit juang seorang guru yang mengajar di pedalaman. Kesukaran mengajar di pedalaman seperti kekurangan infrastuktur serta kemudahan asas tidak mematahkan semangat guru-guru di pedalaman mencurahkan bakti mengajar di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Video ini ditujukan khas kepada guru-guru yang bertugas di seluruh pedalaman di Malaysia sempena menyambut Hari Raya Puasa. Terima Kasih Cikgu atas jasa anda di sekolah pedalaman. Jasa dan bakti anda tidak ternilai harganya.PART 1PART...

BLOG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila Klik di sini untuk pergi terus ke Blog Rasmi ...

Jumaat, 20 Ogos 2010

LAGU KBSR MINUS ONE MINDA PENDIDIK

Download Lagu KBSR MINUS ONE1) Bapa Ku Pulang2) Ayam dan Musang3) Ayam Didik4) Aku Burung Tiong5) Batik6) Gajah Menari7) Kain Songket8) Hujan Dah Turun9) Anak Itik Tok Wi10) Kapal Angkasa...

IKHLAS VS TIDAK IKHLAS

Salam 1Malaysia kepada semua warga pendidik. Pada zaman sekarang, kebanyakkan guru yang kita lihat seperti biasa mengajar dan mendidik anak muridnya tidak kira masa dan waktu. Namun isu yang ingin di bincangkan ini adalah berkenaan dengan KEIKHLASAN dan KETIDAK IKHLASAN guru-guru mendidik anak muridnya.Seperti yang kita lihat, ada sesetengah guru berusaha keras untuk mendidik anak muridnya didalam kelas sehinggakan ada diantara mereka berjuang habis-habisan mengorbankan tenaga dan wang ringgit sendiri untuk memastikan anak muridnya menjadi orang yang berguna.Ada juga sesetangah guru berjuang dengan...

Jumaat, 30 Julai 2010

GURU GRED DG41 - DG48 BOLEH DIBENARKAN BERPOLITIK

Minggu ini, pihak perkhidmatan awam telah membenarkan guru-guru yang bergred DG41-DG48 bergiat aktif dalam politik. Ramai pihak menyokong kebenaran ini, namun ada juga yang tidak bersetuju. Namun, setiap yang baiknya mesti ada keburukannya.Sebelum ini, kakitangan kumpulan sokongan sahaja yang dibenarkan berpolitik. Namun setelah kebenaran ini dikuatkuasa, kumpulan guru yang bergred DG41-DG48 bolehlah berpolitik. Tapi apa yang kita tidak mahu terjadi dikalangan guru-guru ini adalah janganlah terlalu mementingkan berpolitik sehingga tugas hakiki yang sepatutnya di dahulukan tidak dilaksanakan dengan...

Sabtu, 17 Julai 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BELURAN

BELURAN : 17/07/2010 (Sabtu)Sambutan Hari Guru Peringkat daerah Beluran telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan ini telah dirasmikan oleh En James Ratib, Ketua Bahagian UMNO daerah Beluran. Sambutan ini disambut secara santai dan penuh warna warni. Kepada warga pendidik daerah Beluran, Selamat Hari Guru.Senarai Penerima Anugerah Hari Guru Daerah Beluran.Anugerah Guru Inovatif :Cikgu Mohd. Salleh B. Roslie(membina perisian mengira prestasi murid dan KPI guru mengunakan MS Excel)Anugerah Guru Pemulihan Khas : En. Moris B. TakiAnugerah Pengetua :En. Henley Liew Yun YeAnugerah Guru Bear :En. Awang...

Selasa, 1 Jun 2010

FACEBOOK MINDAPENDIDIK

Kepada semua warga pendidik. Anda di alu-alukan menyertai rangkaian facebook mindapendidik. Sila taip mindapendidik dalam facebook dan anda bolehlah berkongsi segala infomasi yang terdapat dalam rangkaian sosial ini. Terima ka...

Isnin, 31 Mei 2010

MENGAJARLAH DIPEDALAMAN KALAU MAU TAHU KESUSAHAN YANG DIHADAPI DISANA!!!

Sebenarnya ada sebilangan guru-guru yang tidak berpuas hati terhadap kelebihan yang diterima oleh guru-guru yang mengajar dipendalaman Sabah, Sarawak dan sebahagian dipedalaman semenanjung. Ini kerana kelebihan elaun pedalaman yang mereka dapat mengikut tahap lokasi kesukaran yang sangat besar dan lumayan. Kalau diikutkan melalui komen dari Facebook diatas, tidak dinafikan bahawa mereka sangat kecewa kerana mereka tidak dilayan sama dengan guru dipedalaman. Mereka beranggapan tinggal dibandar lebih teruk kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak...

Jumaat, 7 Mei 2010

PERUTUSAN HARI GURU 2010 OLEH Y.BHG. TAN SRI KPPM

PERUTUSAN HARI GURU 2010olehY.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. DomKetua Pengarah Pelajaran Malaysia“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekelian.1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010, kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan...

Isnin, 26 April 2010

Insentif menarik warga sekolah akan diumum pada Hari Guru

Terbit dalam Utusan Malaysia- Rabu 14 April 2010 KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira latar belakang sekolah berkenaan. “Berdasarkan pencapaian tahun ini dengan didokong oleh...

Khamis, 22 April 2010

Berita Harian Online | Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

Berita Harian Online | Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seksMindapendidik : Lebih baik lagi pendidikan agama islam dan moral diperkukuhkan daripada pelajaran pendidikan seks di sekolah dilakuk...

Sabtu, 17 April 2010

Nisbah guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan

Nisbah guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkanMindaPendidik : Kalaulah betul bagai nak di kata, perkara ini sepatutnya di buat dari dahulu lagi. Masalah ini tidak akan timbul jika perkara ini awal-awal di rancangkan. Apapun semoga rancangan yang di rancang oleh kerajaan ini akan terlaksana. Kami akan menyokong apa sahaja rancangan yang baik terutama sekali tentang rancangan memajukan golongan pendidik di pendalam...

Khamis, 1 April 2010

ISU-ISU PENDIDIKAN TERKINI

Banyak isu-isu pendidikan yang terpapar di dada akhbar dalam minggu ini. Antara isu-isu yang menarik ialah :-Penambahan elaun pendalaman kepada 5 kategori.Kajian beban kerja guruPenambahan masa untuk mata pelajaran BI tahun 2011.Pendidikan muzik mungkin di kurangkan masa mengajar kepada 30 minit seminggu daripada 60 minit.Kesatuaan guru siswazah sabah meminta elaun perumahan wilayah untuk guru-guru semenanjung dikaji semula supaya adil dan menyebelahi para pendidik di sabah dan juga semenanjung.Banyak lagi isu-isu yang terlibat namun 5 perkara ini yang menarik minat kami untuk dimuatkan dalam...

Jumaat, 19 Mac 2010

1 Sukan 1 Murid&Pelajar Mulai 2011

Melalui berita semalam. Mulai tahun depan, kementerian akan mengalakan setiap pelajar kan menyertai atau mengikuti 1 jenis sukan. Pekara ini amatlah baik untuk membudayakan sukan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Namun, adakah budaya sukan ini akan merebak di sekolah-sekolah di kawasan pendalamam. Mungkin ia amat sukar di laksanakan. Kebanyakan sekolah-sekolah di pendalaman kebanyakannya kekurangan kemudahan sukan terutama sekali padang dan gelangang. Kalau ada pun padang dan gelangang nya sangatlah uzur dan tidak selamat digunakan untuk bersukan. Faktor kewangan juga salah...

Khamis, 18 Mac 2010

Berita Harian Online | Sukan sekolah diperkasa 2011

Berita Harian Online | Sukan sekolah diperkasa 2...

Isnin, 15 Mac 2010

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM

Kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam spm 2009, tahniah diucapkan kepada mereka. Hasil usaha keras belajar dan menimba ilmu dari guru-guru akhirnya mereka berjaya menempah kejayaan dalam SPM yang lalu. Namun ada yang menyedihkan, peningkatan cemerlang SPM di sekolah pendalaman masih lagi kurang. Satu pendekatan baru perlu dilakukan untuk meningkatkan peratus cemerlang pelajar-pelajar di luar bandar khususnya di pendalaman.Apa-apapun tahniah diucapk...

Khamis, 25 Februari 2010

BEZA GURU PEDALAMAN DENGAN GURU BANDAR

Disini, kami ingin berkongsi apa yang kami nampak dan rasai keatas fenomena ini. Beza Guru Pedalaman (GP) dengan Guru Bandar (GB)..Jom apa yang kami telah tengok..GP :Baju GP selalunya kusut dan tidak di iron dan juga bajunya lama dan tidak up to date kerana sekolah tiada bekalan elektrik untik iron baju.GB : Baju GB selalunya kemas dan licin setiap masa. Penampilan kena jaga depan anak murid.GP : GP mungking lupa da cara pakai tie, itulah kebanyakannya tak pakai tie..lagipun keadaan dipendalaman yang panas kerana tiada kemudaan kipas menyebabkan tie tidak dipakai.GB : Tai sentiasa kena pakai....

Sabtu, 16 Januari 2010

KISAH BENAR : Kehidupan Guru-Guru Pendalaman menunaikan Bakti di Pendalaman (Kawasan Pulau di Sabah)

Kisah ini berlaku ketika saya hendak melangkah masuk ke sekolah (Sebuah sekolah pendalaman pulau di Sabah). Ketika hendak menunggu bot sewa ke sekolah. Ada juga beberapa guru sekolah menengah turut sama menunggu bot ke sekolah mereka. Rata-rata guru-guru berkenaan berasal dari semenanjung dan juga sarawak. Mereka bercadang hendak masuk ke sekolah lebih awal untuk mengelakan kesulitan semasa sesi persekolahan bermula. Namun apa yang mereka alami iaitu setelah hampir 2 jam menunggu bot, bot yang dijanjikan tidak berani keluar mengambil mereka. Ini kerana keadaan laut yang bergelora kan cuaca yang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger