Sponser

Jumaat, 9 Disember 2011

Pekeliling Saraan Baru Penjawat Awam (SPBA) telah dikeluarkan.

Laman portal JPA telah mengeluarkan pekeling berkenaan dengan SPBA kepada penjawat awam. Para penjawat awam terutama guru-guru bolehlah melayari portal di klik disini untul memuat turun dokumen berkenaan pekeliling tersebut. Baca dan fahami pekeliling tersebut bagi menjawab segala persoalan berkenaan SPBA.

Selasa, 6 Disember 2011

Komuniti Pendidikan Untuk Memertabatkan Profesion Pendidikan

Gambar dipetik dari laman web BTPN Sabah
Lama tidak menulis ekoran cuti sekolah yang sedang dinikmati sekarang. Apapun, saya ada juga kesempatan untuk menulis pada musim-musim cuti sekolah ini. Kali ini saya memperkenalkan tentang satu laman web yang dikususkan untuk guru-guru bagi memberikan ruang kepada guru-guru berkolaborasi, berkongsi idea dan ilmu tentang pendidikan. Ia juga merupakan satu komuniti pendidikan yang berfungsi untuk memertabatkan profesion pendidikan.
Selain itu juga, laman web ini juga mempunyai bahan-bahan untuk pendidikan. Ini termasuklah bahan tutorial, Rancangan Pengajaran Harian, bahan bantu belajar, lagu-lagu dan pelbagai lagi untuk kegunaan guru-guru untuk proses P & P yang ingin dijalankan didalam kelas. Laman web tersebut dipanggil laman web Tree (NextGen eContent). Sila layari http://www.tree.com.my/   untuk melayari laman web tersebut.

Isnin, 21 November 2011

Baru-baru ini saya telah menghasilkan blog pendidikan mengenai Dunia Muzik terutama tentang teori asas muzik dari gred 1-5 yang sering digunakan oleh golongan pendidik di IPG perguruan dan juga dikalangan guru-guru muzik. Diharap blog pendidikan ini memberi sedikit pengetahuan asas berkenaan teori asas muzik secara umumnya.Jika berminat sila datang bersantai di laman blog Aku,Dunia & Muzik

Pelaksanaan program rintis kerja 9 jam ditanguhkan pelaksanaannya

Terima Kasih kepada Timb. Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia kerana menanguhkan dahulu pelaksanaan program rintis kerja 9 jam bagi guru-guru di 4 buah negeri yang terpilih. Penanguhan tersebut dibuat kerana tidak mahu para guru-guru dan juga pihak kesatuan keliru dengan tujuan program tersebut. Pelaksanaan program itu pula akan dikaji dengan lebih teliti sebelum pelaksanaannya dikuatkuasa kelak. Apapun lepas ini, guru-guru bolehlah menarik nafas yang lega atas apa yang diumumkan tersebut.

Jumaat, 18 November 2011

Melahirkan Generasi Terbaik inspirasi ala Steve JOBS





Thomas Suarez : Seorang murid gred 6(kalau di Malaysia dalam darjah 6 lebih kurang) telah mengejutkan ramai peminat dan pengguna IT. Ini kerana bukan sahaja telah membangunkan apikasi untuk iPhone tetapi telah membuktikan kebolehan murid ini mempersembahkan kebolehannya berinteraksi di depan kalayak awam seolah-olah seorang CEO syarikat ternama. Melihat dari gaya persembahanya di dalam video ini, teringat pula kepada mendiang Steve Jobs pengasas Apple.

Tidak perlulah mahu melihat atau mencuba dahulu aplikasi yang disampaikan oleh murid ini, apa yang perlu menjadi fokus disini ialah bagaimana murid sebegini boleh menunjukkan kebolehannya sehingga ke tahap sebegini. Jika di Malaysia dapat melahirkan murid-murid yang serupa dengan Thomas Suarez alamat satu masa nanti kita ada seorang lagi Steve Jobs buatan Malaysia. Tapi bukan Steve Jobs ciplak sahaja ya. Yang pasti mesti yang original. Apapun kepada pendidik sekalian, cuba kita bentuk murid-murid kita sehingga menjadi seperti Thomas Suarez. Kalau tidak pun serupa sebaik-baiknya mempunyai wawasan yang sama dengan murid ini. Ok, layan dulu video ini.

   

Mindapendidik : Murid kita darjah 6 baru sahaja lepas UPSR, mereka darjah 6 sudah lepas buat pembentangan aplikasi terbaru. Hebat

Keputusan UPSR 2011 Terbaik dalam tempoh 4 tahun-Tahniah

Pengumuman pencapaiaan UPSR 2011 telah menghasilkan keputusan yang terbaik dalam tempoh 4 tahun ini mengikut Gred Purata Nasional (GPN).. Keputusan UPSR yang telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

"Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang  menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.
Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.
Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.
"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.
"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini,"

Kata beliau lagi, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.
Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.
Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.
Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.


"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.

Sumber petikan dari Utusan Online.Sila rujuk disini

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Peluang masih ada jika terus berusaha. Kepada barisan pendidik yang telah berusaha sehabis baik memastikan anak-anak didik mereka cemerlang, ribuan terima kasih diucapkan. Tanpa usaha dan didikan para pendidik sekalian, tidaklah pencapaian UPSR akan menjadi terbaik sebegini. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan.

Khamis, 17 November 2011

Isu Kerja 9 Jam dari luahan hati guru-Bahagian 1

Sumber gambar : Google image
Isu guru kerja 9 jam sehari masih lagi hangat didebatkan dikalangan guru. Semasa isu ini dikeluarkan, ramai guru menyuarakan pendapat dan ulasan peribadi mengenai isu ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong isu tersebut. Baru-baru ini, mindapendidik(mp) sempatlah berbual dan mendengar pendapat beberapa orang guru yang terdiri dari 3 kawasan penempatan mengajar iaitu di sekolah kawasan bandar, luar bandar(pekan) dan pedalaman. oleh itu, hasil dari temubual beberapa orang guru tersebut, mp telah membuat rumusan hasil dapatan temubual ketiga-tiga bahagian kawasan mengajar bagi guru-guru tersebut mengikut situasi semasa mereka.




Guru mengajar di Kawasan Bandar

Guru A : "Kerja 9 jam sehari adalah tindakan yang tidak wajar. Saya sekarang disekolah terlalu banyak kerja. Macam-macam jawatan yang saya pegang. Lepas itu, tiap-tiap hari saya sudah balik dari sekolah jam 3 petang. Belum lagi kalau ada kelas tambahan atau melatih murid sekolah. Ini lagi kalau kerja 9 jam. Tiada la rehat kalau begini. Sudahlah malam pun kena siapkan kerja-kerja pengkeranian macam menanda buku dan menyiapkan markah ujian bulanan. Saya tidak bersetuju lah dengan cadangan ini".

Guru B : "Susahlah macam ini, saya sudahlah ada kelas tuisyen swasta waktu petang. Kalau dilaksanakan benda ini, habislah bisnes tuisyen saya".

Guru C : "Ala..kalau macam ini susahlah nak cari pembantu rumah ni. Pembantu rumah saya hanya boleh kerja sampai jam 2 ptg ja. Selalunya petang saya yang jaga anak saya".

Guru D : "Macam mana mau buat kalau sekolah ada 2 sesi. Macam sekolah saya, meja guru pun berkongsi, kalau dibuat juga, macam mana guru-guru petang mahu buat kerja dan duduk. Kalau ditambah bangunan serta dibuat 1 sesi sahaja mungkin lah boleh dibuat.

Rumusan mp : Rata-rata ramai pihak yang tidak bersetuju. Namun ini adalah temubual yang tidak rasmi. Segala kenyataan mereka adalah luahan pendapat mereka sahaja. Namun apa yang boleh dilihat disini, jika seorang guru tersebut memberikan komitmen yang tinggi kepada profesion mereka sebagai seorang guru, setiap masa mereka akan digunakan untuk mendidik murid tanpa mengira waktu. Walaupun terdapat rungutan kerja yang memenatkan, mereka tetap memberikan apa yang terbaik untuk pelajarnya. Berbeza pula dengan guru yang kurang komitmen dalam tugasnya. Contohnya guru yang mempunyai sumber pendapatan lain seperti bisnes kecil-kecilan, mempunyai kebun atau ladang kelapa sawit ataupun guru yang mempunyai bisnes kelas tuisyen, kerja 9 jam ini akan menggangu pekerjaan sampingan mereka. Jika sekolah sebelum ini membuat aktiviti tambahan luar waktu mengajar pun juga ada kala diikuti dan ada juga dibangkang tidak mengikuti dengan alasan komitmen luar membataskan penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah, inikan lagi jika diwajibkan kerja 9 jam yang memang menjadi kewajiban untuk dilaksanakan, alamat golongan-golongan inilah yang paling memberikan rungutan yang tidak berbelah bagi. Percaya atau tidak?? cuba dengarkan apa kata mereka.

Untuk bahagian seterusnya (Bhg ke 2), mp akan membincangkan apa pula pendapat dari kalangan guru-guru yang mengajar dikawasan luar bandar iaitu kawasan pekan dan kampung yang banyak mengetahui sekolah-sekolah tersebut adalah kurang sibuk berbanding dengan sekolah bandar.

Selasa, 15 November 2011

Pengunaan Teknologi Abad ke21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada zaman ini, penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah amat penting. Sebut sahaja teknologi komputer dan pelbagai-pelbagai perisian yang cangih. Siapa tidak kenal Facebook, Skype, Youtube, Gmail, Picasa, Myfriend2u, blogger dan pelbagai lagi laman sosial dan internet yang sering digunakan oleh pelajar serta guru. Di sini terdapat petikan video berkenaan penggunaan teknologi abad ke21 dalam pendidikan di kalangan guru dan juga guru. Para guru bolehlah menghayati video ini. Cuba kaji apa yang sebenarnya diperlukan oleh pelajar serta guru secara amnya.

A Vision of K-12 Students Today 

A Vision of K-12 for Teacher Today

Ringkasan Program Ini :Projek ini telah diwujudkan untuk memberi inspirasi kepada guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam melibatkan cara-cara untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran berfikir peringkat yang lebih tinggi. Tidak kurang pentingnya, ia berperanan untuk memberi motivasi kepada para pemimpin peringkat daerah untuk menyediakan guru-guru dengan alat-alat dan latihan untuk berbuat demikian.(Sumber youtube)

Isnin, 14 November 2011

Guru-Guru akan Berkerja 9 Jam Sehari Mulai Tahun Depan (Program Rintis)

Sekarang heboh dalam kalangan guru-guru membincangkan isu terbaru yang sedang hangat sekarang. Isunya adalah pelaksanaan kerja selama 9 Jam sehari kepada guru-guru di 4 buah negeri rintis. Program ini menurut kementerian adalah sebagai kajian awal memandangkan pelaksanaannya belum lagi muktamat. Jika pelaksanaan program rintis ini tidak berjaya maka pelaksanaannya mungkin tidak akan dibuat. Bergantunglah apa dapatan hasil program rintis tersebut. Namun apa yang menjadi isu disini, ramai pihak mula menentang pelaksanaan program tersebut. Pihak kesatuan terutama NUTP membantah pelaksanaan program tersebut.Bagi NUTP, cadangan menetapkan tempoh waktu kerja bagi guru adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan bagi menyokong pendirian ini ialah tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan. Adakah perkara ini betul ?

Sering kita mendengar rungutan bahawa kerja dan bebanan guru semakin banyak. Pelbagai rungutan dan kekesalan dibuat oleh para guru. Sehinggakan kementerian membuat kajian berkenaan bebanan kerja guru-guru. Namun secara tidak sedar, apa yang dirungutkan oleh guru-guru berkenaan bebanan kerja telah menarik minat pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk menstuktur semula sistem kerja bidang pendidikan. Antara satu caranya ialah penambahan jumlah waktu bekerja dan juga yang guru-guru tidak tahu bahawa PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) akan ditugaskan mengisi kekosongan bahagian pentadbiran bagi mengurangkan bebanan kerja guru-guru. Kenapa PTD ? Adakah PTD akan mula mentadbir Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah ? Guru-guru mungkin ada jawapanya kerana guru-guru jugalah yang menyumbang kepada rungutan bebanan kerja.

Isu kerja 9 Jam sehari merupakan satu isu yang perlu perbincangan yang lebih teliti. Sekarang isu ini mula dimainkan oleh pihak-pihak yang ingin menanguk di air yang keruh. Para-para parti politik mula membahaskan isu ini seolah-olah mereka membela nasib para guru-guru. Almaklumlah, guru-guru menupakan penjawat awam yang paling ramai di negara. Maka membela para guru-guru mungkin boleh menentukan untung nasib parti politik tersebut.

Tapi perlulah diingat bahawa, isu ini perlulah diselesaikan dengan cara yang baik. Biarkan lah dahulu kajian terhadap program rintis ini diselesaikan dan kita lihat hasilnya. Jika ia mencapai matlamat, maka segala infakstuktur sekolah perlulah dikemaskini, sekolah yang mempunyai 2 sesi dan meja guru yang tidak mencukupi perlulah dibaiki dahulu. Ingatkah, kebajikan para guru perlulah dititikberatkan sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dibuat.

Jumaat, 11 November 2011

Duit Bantuan Persekolahan RM100 akan diterima tidak lama lagi

Pada pembentangan bajet kerajaan untuk tahun 2012. Kerajaan telah bersetuju memberikan duit poket sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah dari tahun 1-tingkatan 5 di semua sekolah kerajaan dan swasta tanpa mengira status kedudukan murid tersebut maksudnya disini yang kaya atau miskin, semuanya akan dapat duit poket RM100. Kerajaan melalui Kementerian pelajaran memberitahu bahawa wang tersebut boleh diterima sebelum sesi persekolahan bermula. Maka dengan ini, pelajar-pelajar sekolah bolehlah membeli keperluan sekolah lebih awal. Pihak sekolah akan menerima wang tersebut melalui akaun sekolah dan sekolah akan menyelaras penyampaian wang tersebut kepada pelajar-pelajarnya. Diharap semua sekolah bersedia dengan perkara ini dan akam menjalankan amanah yang diberi bagi menyalurkan wang tersebut. Tetapi adalah diingatkan kepada pihak sekolah, janganlah melambat-lambatkan pembahagian wang tersebut kepada pelajar memandangkan cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Ini kerana, apabila cuti sekolah seperti yang semua maklum, urusan persekolahan akan turut bercuti walaupun sebenarnya tidak. Jika ini berlaku, tentulah pemberian wang tersebut akan tergendala dan pelajar mungkin akan dapat menerima wang tersebut selewat-lewatnya hujung tahun ini atau awal tahun sesi persekolahan. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat membeli alat kelengkapan persekolahan yang diperlukan. Janganlah sampai ada laporan dari para ibubapa yang melaporkan mereka belum lagi terima wang tersebut. Nanti penatlah kementerian hendak menjawab perkara tersebut. Kalau lagi perkara tersebut dibawa masuk ke dalam media alamat kecoh lah satu Negara pasal isu RM100 sahaja. Oleh yang demikian, jika duit bantuan tersebut sudah disalurkan, cepat-cepatlah laksanakan tugas yang diamanahkan sebelum ada yang menyalak. Abaikan dahulu cuti persekolahan sebab perkara ini tidak lama jika disempurnakan dengan cepat. Jika dilambat-lambatkan, ia akan menjadi isu dan boleh berpanjangan sehingga tahun depan. Fikir-fikirkan lah..

mindapendidik : Pernah merasa isu kelewatan oleh ibubapa disebabkan kelambatan pembahagian wang KWAPM sekolah satu masa dahulu.

Isnin, 31 Oktober 2011

ISU-ISU SEMASA : Cukup-cukuplah desak PPSMI

Semakin hari semakin banyak pihak mendesak kerajaan meneruskan dasar PPSMI sedangkan dasar PPSMI telah ditamatkan dan diganti dengan dasar MBMBI. Kenapa sekarang baru mahu mendesak mahu meneruskan dasar PPSMI. Sebelum dasar PPSMI ini dihentikan, satu perbincangan meja bulat telah diadakan pada tahun lalu dimana ia bertujuan unt6uk membincangkan keberkesanan dasar PPSMI dilaksanakan disekolah. Kepapa pula pada masa itu pihak-pihak ini yang mahu memperjuangkan dasar PPSMI ini tidak berusaha memperjuangkan PPSMI ini. Tetapi apabila dasar PPSMI ini sudah ditukarkan, baru sekarang mahu berjuang mempertahankan dasar tersebut. Seperti juga pada awal pelaksanaan dasar PPSMI dahulu. Ramai pihak tidak bersetuju pelaksanaan dasar tersebut dan meminta kerajaan mengekalkan sistem pelajaran yang ada.Bila sudah tukar, mahu pula mengekalkanya.

Sebaiknya, biarlah kerajaan melalui kementerian pelajaran merancana apa yang telah dirancangkan untuk kebaikan semua. Bukan dasar PPSMI itu tidak baik malah dasar PPSMI ini adalah dasar yang sangat baik, namun pihak kerajaan telah memikirkan apa yang lebih terbaik untuk menjadikan dasar PPSMI serta penguasaan Bahasa Inggeris menjadi lebih terbaik. Bantulah kerajaan menjalankan dasar MBMBI dan berilah segala pengalaman yang ada untuk meningkatkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Janganlah asik membantah kerana ia tidak banyak membantu. Takkan benda yang sudah dilaksanakan mahu diundurkan semula. Fikir-fikirkanlah...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia peringkat Negeri Sabah.

Jabatan Pelajaran Sabah akan melancarkan Program Membaca 1Malaysia peringkat negeri di Dewan SJK (C) Sin Hwa, Tawau. Majlis pelancaran tersebut akan berlangsung pada 2 Nov 2011 (Rabu). Majlis pelancaran tersebut juga boleh diikuti secara live di www.ustream.tv/channel/pelancaran-km1m serentak diseluruh daerah diSabah.

Pelaksanaan Kem Mambaca 1 Malaysia (KM1M) 2011 ini akan didaftarkan kepada The Malaysia Book Of Records. Untuk tujuan tersebut, semua peserta KM1M di semua peringkat daerah akan membaca buku Bahasa Inggeris.

Semoga usaha murni Jabatan Pelajaran Sabah untuk mencapai rekod yang diharapkan.

Jumaat, 14 Oktober 2011

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN 2012 AKAN DIBUKA 17 OKTOBER 2011

Kepada semua guru bukan siswazah (PPPLD) yang masih belum mengikuti Program Pensiswazahan Guru, bolehlah memohon PPG ambilan 2012 ini secara atas talian di portal KPM, http://www.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 sehingga 27 November 2011.

Syarat dan kelayakan asas untuk PPG ambilan 2012 adalah seperti berikut:-
          a)  Warganegara Malaysia;
b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ PPD/ sekolah rendah/ sekolah menengah/ sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM;
c)  Berumur tidak melebihi 47 tahun;
d)  Telah disahkan jawatan;
e) Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/  separuh masa/ sambilan dengan tajaan KPM; dan                                        
f)  Memiliki Diploma Pendidikan/ Perguruan atau Sijil Perguruan.

Sabtu, 8 Oktober 2011

BUGET 2012 : Pendidikan Dapat Durian Runtuh, Terima Kasih PM !!!

Semalam (07/10/2011 Jumaat), Pedana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib telah membentangkan buget 2012. Banyak pihak melebelkan buget 2012 merupakan buget yang terbaik dan pertama sekali dalam sejarah Malaysia. Namun apa yang ingin difokuskan dalam minda pendidik adalah berkenaan buget yang melibatkan sektor pendidikan. Antara intipati yang terdapat dalam buget 2012 untuk pendidikan ialah :
  • Yuran persekolahan sekolah rendah (RM24.50) dan Sekolah Menengah (RM33.50)
  • Bantuan kewangan kepada semua jenis sekolah.
  • Kenaikan secara Time Base hanya 8 tahun berkhidmat.
  • Penstrukturan sistem gaji kakitangan awan yang baru. SSM ke SBPA
  • kenaikan gaji antara 7 hingga 13 peratus mengikut gred.
  • Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dinikmati pada gaji bulan Disember tahun ini.
  • Umur pesara dinaikan kepada 60 tahun dari 58 tahun sebelumnya.
  • bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup. 
  • durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
  • Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.
  • Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
  • Pemberian Baucer Buku RM200 kepada pelajar warga malaysia dari pelajar tingkatan 6 hingga institusi pengajian tinggi.
  • Potongan cukai kepada penderma yang menderma kepada sekolah.
Buget yang diumumkan ini telah mengembirakan para golongan pendidik. Peluang untuk naik gred tanpa memegang jawatan disambut baik oleh semua golongan pendidik. Pemberian duit saku kepada semua murid dan pelajar diharap dapat meringankan beban para ibu bapa apabila musim persekolahan berlangsung pada tahun hadapan. Diharap buget 2012 ini dapat memberikan sinar baru kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan.


Mindapendidik : Terima Kasih PM..

Rabu, 5 Oktober 2011

ISU - ISU PENDIDIKAN : Isu PPSMI Masih Lagi Berbunyi

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, isu PPSMI menjadi hangat semula. Ini kerana ada beberapa pihak seperti Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu PPSMI mesti teruskan dan mahu pihak sekolah membuat pilihan meneruskan atau tidak dasar PPSMI di sekolah.

Ini kerana ada pihak beranggapan dengan pemansuhan dasar PPSMI akan menyebabkan pelajar-pelajar akan mundur dalam mengusai bahasa Inggeris. Namun secara realitinya, apabila dasar ini dilakukan, peningkatan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia semakin menurun prestasi pencapaiaanya. Dimana silapnya?
Niat kerajaan adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi yang menjadi mangsa bahasa Kebangsaan iu sendiri.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui kementerian pelajaran telah memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini wujud akibat kepincangan yang dikesan dalam pelaksanaan dasar PPSMI yang mengakibatkan penguasaan Bahasa Malaysia menjunan jatuh dan penguasaan Bahasa Inggeris tidak meningkat seperti yang diharapkan. Selain itu pengenalan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah (KSSR/KSSM) yang telah beroperasi tahun lalu akan mengukuhkan lagi penguasaan kedua-dua bahasa penting tersebut. Penukaran semula pengajaran sains dan matematik ke bahasa melayu dalam KSSR/KSSM dapat membuka peluang luas kepada pelajar-pelajar dari pedalaman untuk menguasai matapelajaran tersebut. Disamping itu, pemantapan semula bahasa inggeris dalam KSSR/KSSM ini akan dapat menganti kekosongan yang ditinggalkan dalam mata pelajaran sains dan matematik yang mengunapakai bahasa Inggeris sebelum ini.

Diharap semua pihak berganding bahu melaksanakan dasar-dasar yang telah dibuat oleh kementerian pelajaran daripada berbahas dan berpolitik isu-isu yang menjadi kepentingan.

Mindapendidik : Utamakan Bahasa Kebangsaan.

Khamis, 22 September 2011

ISU-ISU PENDIDIKAN : Sekolah Sepatutnya Dinilai Jika Berjaya Bantu Murid Lemah dari Dinilai dari segi Kecemerlangan Peperiksaan Pekolah.

Isu melibatkan tiga orang murid sekolah rendah tidak dibenarkan mengikuti peperiksaan UPSR masih lagi panas dibahaskan. Namun tindakan yang diambil oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran telah mengarahkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) membenarkan calon berkenaan menduduki UPSR dalam tempoh empat minggu lagi. Selain iti TPM juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pentadbir sekolah yang telah melakukan perbuatan tersebut. Menurut fakta kes, tiga orang murid berkenaan yang dianggap lemah oleh guru masing-masing, minggu lalu tidak dapat mengambil UPSR kerana didakwa dikurung pentadbir sekolah.Pentadbir sekolah dikatakan bertindak demikian kerana tidak mahu prestasi keseluruhan sekolah itu terjejas berikutan mereka dijangka gagal dalam ujian berkenaan.

Mindapendidik bersimpati dengan ketiga-tiga calon berkenaan serta memahami perasaan ibu bapa mereka. Sebagai Ibu bapa,sesiapa pun akan kecewa dan marah jika anak diperlakukan sedemikian. Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku. Ini kerana masyarakat pasti akan mempersoalkan keikhlasan guru serta sekolah berkenaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Sepatutnya guru dan pihak sekolah lebih mengetahui mengenai pentingnya setiap pelajar diberi peluang dan hak membuktikan potensi masing-masing. Jika peluang ini disekat, ia akan menutup terus potensi yang kemungkinan dimiliki pelajar ini.Besar kemungkinan ia akan menggelapkan masa depan mereka.

Sistem penilaian di sekolah sepatutnya diubah dari dinilai dari segi kecemerlangan peperiksaan kepada penilaian berteraskan keupayaan sekolah membantu murid yang lemah dari semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Sebagai contoh, jika murid itu tidak berjaya menguasai kebolehan membaca dan menulis, dan pihak sekolah telah berusaha menjadikan murid tersebut berjaya menguasai kebolehan membaca dan menulis, penilaian yang baik akan diberikan ke atas usaha pihak sekolah tersebut. Itu merupakan ukuran penilaian yang sebenar-benarnya untuk menilai sekolah.

Penambah baik dari segi penilaian prestasi sekolah perlu dan wajar dilakukan. Janganlah menilai dari jumlah bilangan A yang di dapat dalam peperiksaan awam tetapi perlulah dinilai dari keseluruhan pengurusan sekolah. Pihak kementerian pula janganlah terlalu menekan sekolah jika sesebuah sekolah itu mendapat 0% dalam UPSR atau peperiksaan awam lain. Banyak rungutan dan keluhan dari rakan-rakan di sekolah yang mendapat 0% dalam UPSR kerana pihak kementerian dan jabatan pelajaran telah mengarahkan mereka membuat pelbagai program untuk memperbaiki prestasi buruk tersebut. Hal itu telah menimbulkan banyak tekanan kepada sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan kementerian haruslah memikirkan pelbagai pendekatan yang perlu bagi memastikan tahap prestasi sekolah tidak menjadi beban kepada pihak sekolah selain itu memastikan prestasi sekolah sentiasa maju ke hadapan.

Rabu, 21 September 2011

ISU-ISU PENDIDIKAN : Kerana Mahu Menjaga Status, Sanggup Buat Apa Sahaja.

Dunia Pendidikan sekolah rendah di Malaysia gempar apabila tiga murid lelaki yang tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah. Sekolah yang dimaksudkan adalah Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor di Sarawak. Menurut laporan dari media masa dan juga laporan dari polis, tiga orang murid tersebut telah disembunyikan dari mengikuti peperiksaan UPSR yang sepatutnya mereka ikuti. Murid-murid tersebut telah hadir kesekolah tetapi telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk duduk disatu tempat sehingga peperiksaan itu berakhir. Hal ini kerana, pihak sekolah beranggapan tiga orang murid tersebut yang diketegorikan mereka sebagai tidak cerdik akan menyebabkan prestasi pencapaian sekolah mereka akan jatuh menjunam. Akibat ingin memastikan pencapaian prestasi sekolah meningkat, pihak pentadbir sekolah sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka.

Apalah dosa murid-murid tersebut dilayan sedemikian. Adakan ketidak pandaian mereka menyebabkan mereka menjadi beban kepada pihak sekolah. Jika demikian, buat apalah sekolah diwujudkan jika sekolah ditujukan untuk murid-murid yang pandai sahaja manakala murid yang tidak pandai diabaikan dan kalau boleh disingkirkan terus dari sekolah. Dimana sudah tujuan sekolah sebenarnya. Bukankan sekolah bertujuan untuk mendidik anak bangsa kita supaya menjadi pandai dan tidak mengira perbezaan murid tersebut dari segi kaum, kekayaan serta kepandaian. Dimana sudah tugas guru sekolah tersebut yang sebenar. Bukankan guru-guru tersebut perlulah membela anak murid mereka walaupun mereka itu tidak bernasib baik seperti yang kita harapkan. Sudahlah murid-murid tersebut datang dari golongan keluarga yang sederhana, dilayan lagi sedemikian, apalah nasib mereka pada masa akan datang. Jangan disangka murid-murid yang dikategori kurang bijak ini akan menjadi tidak bijak sampai bila-bila. Ini kerana nasib mereka pada masa hadapan kita tidak boleh menjangkakan. Mungkin semasa mereka berada disekolah menengah, mereka menjadi murid yang bijak dan mempunyai kemahiran yang tersendiri. Oleh yang demikian, janganlah dilayan mereka demikian. Kerana ingin menjaga nama baik sekolah dan ingin mengejar status sekolah yang cemerlang, murid-murid menjadi mangsa. Cuba bayangkan kalau anak kita sendiri yang dibuat macam begitu. Apa perasaan anda. Suatu masa nanti tuhan akan membalas apa yang kita pernah lakukan. Oleh itu, buat lah yang terbaik dan layanlah semua anak murid kita dengan adil kerana sudah menjadi tanggungjawab kita menunaikan tannggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

Mindapendidik : Sangat marah dan kecewa apabila ada lagi sekolah membuat perkara keji tersebut. Tindakan sekeras-kerasnya haruslah dilakukan.

Selasa, 6 September 2011

ISU-ISU PENDIDIKAN : Antara Kerja Hakiki dengan Kerja Luar, Mana Satu Pilihan Guru.

Baru-baru ini heboh dalam laman berita tempatan berkenaan dengan isu guru membuat kerja luar untuk menambah pendapatan. Menurut seumber berita tersebut, ramai guru telah mengambil peluang untuk mengambil kerja luar seperti membuat bisnes(MLM), menjadi agen insuran, mengurus kebun atau ladang sawit, mengambil upah mengajar tuisyen dan pelbagai lagi kerja luar yang boleh memberikan keuntungan tambahan selain dari gaji yang diterima tiap-tiap bulan.

Perkara ini bukan lagi asing kepada para guru-guru. Faktor taraf hidup yang semakin tinggi sejak akhir-akhir ini mendorong guru-guru mengambil peluang yang ada untuk membuat kerja-kerja sampingan bagi menambah sumber pendapatan. Jika guru-guru yang hidup dibandar, peluang mendapat kerja sampingan seperti membuat bisnes kecil-kecilan seperti terlibat dalam jualan langsung (MLM) serta menawarkan perkhidmatan tuisyen adalah salah satu sumber pendapatan tambahan yang mereka boleh rebut. Ini kerana jika mereka tidak melakukan kerja luar tersebut, kehidupan di bandar yang tinggi nilainya akan menyebabkan guru-guru tersebut akan hidup dalam kesederhanaan sahaja. Oleh yang demikian peluang sebegitu perlu mereka rebut supaya hidup guru-guru dibandar akan lebih bermakna.

Jika diluar bandar pula, peluang menjadi petani moden akan dapat dicapai oleh guru-guru tersebut. Yang penting guru tersebut mempunyai tanah untuk bercucuk tanam. Memang pelik kalau ada guru yang sanggup menjadi petani tapi ini adalah kebenarannya. Di Sabah terutama di pedalaman, guru-gurunya ada yang mampu memakai kereta mewah seperti PRADO model terbaru serta memakai kenderaan 4x4 yang berharga diatas RM180 000 ke atas. Ini kerana selain bertugas mengajar, guru-guru tersebut menguruskan kebun atau ladang kelapa sawit seluas berekar-ekar. Itulah kerja guru-guru dipedalaman, seorang guru dan juga seorang petani moden. Mereka tidak perlu turun ke ladang memegang tombak untuk mengambil buah kelapa sawit, mereka cuma duduk dalam kereta mewah mereka dan mengarahkan pekerja-pekerja ladang mereka menjalankan tugas. Hasil dari jualan buah sawit yang dijual ada kalanya melebuhi gaji mereka bertugas sebagai guru disekolah mereka. Percaya atau tidak tetapi itu adalah kebenaran di Sabah. Namun bukan semua guru-guru di pedalaman beruntung seperti tersebut. Ada yang tidak mempunyai tanah sebegitu dan mereka hidup sederhana seperti insan-insan lain. Sebab rezeki setiap orang adalah tidak sama. Yang membezakan adalah usaha dan kerajinan setiap insan yang hidup didunia ini.

Namun apa yang menjadi topik perbincangan tersebut adalah kesan kepada tugas hakiki di sekolah kepada guru-guru yang mengambil kerja luar. Banyak pihak meminta kementerian membuat kajian  bagi mengetahui kenapa dan mengapa guru-guru tersebut perlu membuat kerja luar sedangkan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak bangsa. Sementara itu tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, pihak sekolah perlu menggariskan sasaran yang harus dicapai oleh guru-guru bagi memastikan mereka sentiasa menjalankan amanah mendidik dengan baik.

Apa juga keputusan yang dicapai tentang perkara tersebut, yang paling penting, tugas hakiki kita sebagai guru mestilah diutamakan. Walaupun kerja luar tesebut menjanjikan pendapatan yang melimpah-limpah namun apa yang paling penting kerja guru-guru sebagai pendidik haruslah diutamakan terlebih dahulu. Janganlah kerja luar kita dahulukan, kerja hakiki kita belakangkan. Nanti duit gaji yangh kita terima tidak halal dan tidak berkat. Jika pendapatan kerja luar itu lebih menguntungkan, berhentilah jadi cikgu dan bergiatlah dalam bidang yang mendatangkan pendapatan yang lebih memuaskan tersebut. Jangan lah mengadaikan masa depan anak murid kita.

Jumaat, 26 Ogos 2011

ISU-ISU PENDIDIKAN : Memperkasa Pendidikan Islam

Hari ini dalam laporan berita, Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan kurikulum baru Pendidikan Islam dengan menerapkan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dalam subjek tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas dengan Bahagian Pendidikan Islam bagi memantapkan lagi mata pelajaran berkenaan. (Utusan Online)

Kurikulum baru Pendidikan Islam yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran ini amat perlu pada masa sekarang memandangkan pendidikan islam yang diajar disekolah-sekolah belum cukup mantap dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri serta keperibadian diri para pelajar dalam mendalami agama islam yang sebenarnya.

Untuk memantapkan lagi pendidikan islam di sekolah-sekolah, ada lebih baiknya kurikulum tersebut perlulah diselaraskan dengan situasi pelajar pada masa sekarang. Kalau dilihat pelajar-pelajar pada masa sekarang, sahsiah dan keperibadian diri pelajar tidak mencerminkan apa yang dituntut dalam kurikulum pendidikan islam. Kita lihat sahaja gejala-gejala sosial yang melanda para pelajar-pelajar kita disekolah dan diluar sekolah. Pelajar-pelajar ini semuanya tahu dan faham apa yang diajar dalam islam tetapi hendak melaksanakan jati diri islam yang sebenar tidak ada dalam diri pelajar-pelajar. Ada pelajar-pelajar yang keputusan peperiksaan mereka sangat baik dalam pendidikan islam tetapi kelakuan dan perangai tidaklah mengikut markah yang diperoleh dalam peperiksaan. Oleh itu dimana silapnya perkara ini? Adakah ustaz&ustazah yang mengajar tidak cukup berkesan ataupun ia berpunca dari institusi kekeluargaan yang menjadi penyebabnya. Kita boleh menilai dan memikir dimana puncanya.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran haruslah memantapkan kurikulum pendidikan islam dengan sebaik-baiknya supaya apabila kurikulum ini digunakan kelah, akan lahirlah pelajar yang mempunyai jati diri islam yang betul-betul melaksanakan syariat agama itu sendidri dari hanya pelajar itu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi mempunyai keperibadian islam yang teruk sekali.

Apapun mindapendidik amat menyokong pemantapan kurikulum pendidikan islam yang bakal dilaksanakan kelak. Semoga kurikulum tersebut dapat menjadikan pelajar-pelajar kita lebih islamik dan maju kedepan tanpa meninggalkan syariat islam yang sebenar.

Rabu, 24 Ogos 2011

Pandu Selamat, Jiwa Selamat


Sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, jalan raya di seluruh negara akan menjadi sesak pada awal pertama cuti sekolah nanti. Oleh yang demikian, keselamatan dijalan raya ketika memandu adalah diutamakan. Bila sahaja musim hai raya, tidak dinafikan kes kemalangan dijalan raya merupakan salah satu fenomena diMalaysia kerana kemalangan semasa hari raya meningkat berganda-ganda. Pelbagai cara dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengelakan kemalangan semasa hari raya bertambah. Pelbagai cara telah dilakukan namun jumlah kemalangan tetap tidak pernah menurun peratusnya malah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Antara penyumbang kadar kemalangan yang tinggi adalah kemalangan dari penunggang dan pembonceng motorsikal. Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berwajib kepada para pengguna kenderaan dua roda ini supaya tidak terbabit dengan kemalangan semasa hari raya.



Kepada warga pendidik sekalian. Jika anda menggunakan kenderaan semasa cuti hari raya nanti untuk pulang ke kg halaman nanti. Diharap memandulah dengan berhati-hati supaya selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali semula ke tempat mengajar dengan selamat apabila berakhir cuti raya nanti. Janganlah warga pendidik terlibat dalam kemalangan kerana perjuangan mendidik masih belum selesai. Sayangilah diri anda dan keluarga anda. Selamat Balik Kampung. Pandu selamat jiwa akan selamat.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Jumaat, 19 Ogos 2011

6,000 guru prasekolah dilatih 2012-UTUSANONLINE

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Menurut berita yang disiarkan semalam. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melatih seramai 6,000 guru prasekolah pada tahun depan bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah di negara ini bertaraf dunia. Selain itu, Timb. Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran mencadangkan bahawa pada masa akan datang guru-guru pra sekolah dan pengasuhnya akan terdiri dari kalangan guru-guru serta pengasuh yang mempunyai tahap pendidikan dan kelayakan yang tinggi. Ini bertujuan untuk merealisasikan impian negara untuk menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah mencapai tahap kelas pertama dan bertaraf dunia.

Semoga apa yang dinyatakan ini akan menjadi kenyataan supaya setiap anak murid yang akan mula bersekolah mendapat pendidikan yang berkualiti sejak awal persekolahan lagi.

Rabu, 17 Ogos 2011

Isu Pendidik berhadapan dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)


Banyak laporan didengar dari golongan S/U Peperiksaan sekolah berkenaan dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Kebanyakan rungutan yang mereka terima adalah berkenaan masalah apabila hendal masukan data (key in) kedalam sistem ini. Ini kerana ketika mereka hendak masukan data pada waktu itulah sistem itu tidak aktif dan adakalanya tidak dapat beroperasi dengan baik. Sistem yang dilancarkan ini adalah sangat bagus untuk mengukur tahap peperiksaan disekolah-sekolah namun apa yang menjadi masalah ialah berkenaan kecekapan sistem itu beroerasi dengan baik ketika jumlah penguna melayari sistem itu terlalu ramai. Diharap pihak kementerian dapat memperbaiki sistem tersebut supaya lebih mesra pengguna supaya guru-guru tidak banyak membuang masa untuk memasukan data kedalam sistem SAPS.

Selasa, 16 Ogos 2011

Dokumen KSSR Tahun 2 telah dikeluarkan

Dokumen KSSR Tahun 2 yang akan digunakan pada tahun depan boleh dimuat turun di laman rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum ataupun lebih dikenali sebagai BPK (klik disini untuk pergi ke laman web BPK).
Menurut laman web BPK,semua Dokumen Standard Kurikulum (DSK) KSSR di halaman ini adalah dalam bentuk DRAF. Terdapat kemungkinan akan berlaku pindaan pada dokumen berkenaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua WEBMASTER agar membuat pautan terus ke halaman ini bagi memastikan pengguna mendapat dokumen terkini.

Kepada guru-guru yang akan mengajar tahun 2 pada tahun hadapan, bolehlah memuat turun dokumen KSSR di laman web BPK yang telah disediakan.

Sabtu, 13 Ogos 2011

myMetro | ‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’

myMetro | ‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’

Rencana dalam Harian Metro berkenaan tugas guru mendidik di sekolah menarik minat mindapendidik. Oleh itu cuba baca dan fahami apa isi kandungan yang disampaikan oleh rencana ini.

Khamis, 4 Ogos 2011

Sila Klik Suka pada FACEBOOK DAN TWITTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Kementerian Pelajaran Malaysia telah  mengaktifkan Facebook dan Twitter bagi berkongsi maklumat, pandangan dan cadangan berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar baru, perkhidmatan-perkhidmatan, pencapaian-pencapaian, program dan aktiviti kpm kepada semua mulai 02 ogos 2011. Oleh yang demikian, warga pendidik bolehlah menyertai facebook dan twitter KPM ini dengan mengklik pada gambar dibawah :





Selasa, 2 Ogos 2011

Penubuhan Sekolah Dalam Hospital

Baru-baru ini, Timb. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran telah merasmikan penubuhan Program Sekolah Dalam Hospital. Idea penubuhan program sekolah dalam hospital ini telah diilhamkan oleh isteri TPM sendiri iaituY.A.Bhg. Puan Seri Norainee Abd. Rahman.

Objektif pelaksanaannya adalah  memastikan pembelajaran murid tidak terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat Education for All.


Sekolah Dalam Hospital dilaksanakan secara projek rintis di tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Ampang dan dijangka akan diperluaskan ke hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain.

Untuk maklumat  laporan lanjut bolehlah masuk kedalam laman portal Kementerian Pendidikan yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat KPM.(klik sini) 

mindapendidik amatlah menyokong usaha memurnikan sistem pendidikan negara kita supaya setiap orang di Malaysia tidak keciciran dalam bidang pendidikn.

Rabu, 27 Julai 2011

13,000 guru sandaran terlatih diserap

Berita Harian Online | 13,000 guru sandaran terlatih diserap

menurut petikan berita diatas. Seramai 13 000 GSTT akan diserap. Ini bermakna guru GSTT yang sekarang ini berkhidmat di sekolah bolehlah menarik nafas lega kerana akhirnya jawatan tetap yang mereka nanti-nantikan telah dapat dicapai. Diharap selepas ini tiadalah rungutan dan aduan tentang perkara tersebut.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Selasa, 19 Julai 2011

Aplikasi e-Disiplin, memantau disiplin sekolah secara online.

Kementerian pelajaran telah melancarkan aplikasi e-Disiplin. Kementerian Pelajaran akan memperluaskan penggunaan Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) ke 10,000 buah sekolah seluruh negara sebagai program pembangunan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, sistem e-Disiplin itu dapat membantu pihak kementerian memantau kes-kes disiplin dan memantapkan pengurusan disiplin sekolah.
Menurutnya, melalui sistem itu, guru disiplin sekolah akan bertanggungjawab merekodkan setiap kesalahan yang berlaku di sekolah.
"Setelah rekod itu dimasukkan, ia akan dapat dilihat oleh pihak kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah.
"Seterusnya melalui rekod-rekod tersebut, langkah-langkah intervensi akan dapat dirancang dan dilaksanakan di sekolah yang bermasalah," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan e-Disiplin di sini hari ini.(sumber berita dari utusanonline)

Dengan wujudnya sistem ini, kawalan disiplin sekolah akan lebih baik dan kawalan terhadap disiplin sekolah akan berjalan dengan lancar. Namun apa yang membebankan kepada sekolah ialah bukan semua sekolah dapat talian internet. Oleh tersebut masalah talian internet haruslah diselesaikan terlebih dahulu sebelum melaksanakan aplikasi ini kepada seluruh sekolah dinegara kita. Oleh yang demikian kementerian pelajaran haruslah melihat permasalahan tersebut.

Khamis, 30 Jun 2011

FAIL PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

Seperti yang kita ketahui, setiap panitia mata pelajaran perlu membuat fail panitia. Namun bagi guru-guru baru dilantik dan diberikan tugas memegang panitia mata pelajaran, mereka akan menghadapi kesukaran untuk membuat fail panitia.

Semasa saya menghadiri salah satu bengkel yang dikelolahkan Jemaah Nazir, saya telah dapat senarai semak bagaimana mengwujudkan fail panitia. Dalam senarai semak yang diberikan oleh jemaah nazir, fail panitia sekurang-kurangnya ada dalam 6 fail dalam satu fail induk dalam panitia mata pelajaran. Dalam setiap 6 fail tersebut, terdapat bahagian-bahagian kecil yang perlu dilengkapkan oleh guru panitia tersebut.

Untuk lebih faham, saya sertakan salinan power point(gambar) untuk guru-guru panitia.



Selasa, 28 Jun 2011

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) UNTUK KSSR TAHUN 1

Setelah lama menanti, akhirnya Lembaga Peperiksaan telah menyediakan sistem pentaksiran untuk KSSR tahun 1. Seperti yang diketahui, pelaksanaan KSSR tahun 1 yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini memerlukan guru yang mengajar murid-murid tahun 1 membuat pentaksiran pada setiap matapelajaran yang diajar oleh mereka. Masalah yang timbul disini adalah kebanyakan guru yang mengajar KSSR ini masih lagi kabur bagaimana hendak melaksanakan pentaksiran ketika mengajar. Hal ini kerana kebanyakan guru tidak dapat standard yang ditetapkan untuk mentaksir. Yang ada pada mereka ialah draf pentaksiran yang kebanyakan dari mereka masih lagi kabur cara melaksanakan. Ini menyebabkan banyak dokumen berkaitan pentaksiran tidak dapat dibuat.

Dengan wujudnya sistem ini, kaedah dan cara pelaksanaan pentaksiran untuk KSSR tahun 1 bolehlah dikatakan mudah serta senang dikendalikan. Cuma peringkat pentadbiran dibawah S/U peperiksaan yang agak sukar sedikit untuk mengemaskini data sekolah, guru dan paling penting murid. Namun bila sahaja sudah wujud data tersebut, kerja-kerja lain mudah dilaksanakan.

Tetapi, adakah sistem ini boleh diakses kesemua sekolah. Secara umumnya, sistem ini akan berfungsi jika ada talian internet kerana sistem ini beroperasi secara ONLINE. Jika sekolah tersebut mempunyai capaian internet, pelaksanaan sistem ini akan dapat berjalan dengan baik. Namun jika sekolah tersebut tiada capaian internet terutama sekolah-sekolah dipedalaman, bagaimana pihak sekolah hendak mengemaskini data pentaksiran yang diperlukan. Bukan semua sekolah dipedalam mempunyai capaian internet. Kalau ada pun, capaiannya adalah amat perlahan dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet. Jadi bagaimana guru-guru hendak memasukan data yang diperlukan dalam sistem ini.

Ada diantara cadangan yang dikemukakan oleh pihak lembaga peperiksaan semasa bengkel yang dilakukan disetiap daerah adalah dengan pihak sekolah menggunakan kemudahan yang ada di PKG atau PPD bagi mengemaskini data. Cadangan yang diberikan ini adalah baik kerana diPPD atau PKG sendiri mempunyai kemudahan internet dan juga mereka juga boleh membantu dari segi teknikal. Tetapi masalah yang akan timbul adalah jika pengisian itu mengambil masa yang lama, sekolah akan kekurangan guru serta jarak sekolah-sekolah ke PPD dan PKG ada diantaranya berjarak beratus-ratus kilometer. Jadi berbaloikah pergi ke PKG dan PPD semata-mata melengkapkan data pentaksiran dalam sistem ini. Jika ditanya kepada guru-guru yang mengajar dipedalaman, mesti timbul permasalahan ini.

Namun kalau diikutkan, sebagai orang yang diamanahkan menjadi seorang pendidik, segala penat perit dan halangan perlulah dihadapi dengan cara bijaksana oleh guru yang bertanggungjawab. Jika tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang telah diamanahkan, tidak akan majulah pendidikan negara.

Namun, diharap pihak kementerian perlulah memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah talian internet disekolah-sekolah pedalaman kerana semakin hari, dunia pendidikan memerlukan internet bagi melaksanakan tugas-tugas pendidikan tidak kecuali internet juga memainkan peranan memberikan info dan berita terkini berkenaan pendidkan.

Isnin, 27 Jun 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Ditentukan oleh sekolah masing-masing
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.

Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Selasa, 21 Jun 2011

Cadangan lantik guru Orang Asli

Sumber : UtusanOnline

TEMERLOH 20 Jun - Cadangan pengambilan guru daripada kalangan Orang Asli adalah satu langkah bijak dalam mengatasi masalah keciciran pelajaran di kalangan masyarakat itu.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Dr. Omar Othman berkata, usaha itu secara tidak langsung dapat meningkatkan pembelajaran anak-anak Orang Asli kerana guru yang mengajar adalah dalam kalangan masyarakat mereka.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran wajar menimbang saranan tersebut supaya masalah keciciran pelajaran anak-anak Orang Asli dapat ditangani.

"Untuk melatih lebih ramai guru Orang Asli, Kementerian Pelajaran perlu memberi sedikit kelonggaran dari segi kelulusan untuk membolehkan mereka memasuki Institusi Pendidikan Guru di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Isnin, 13 Jun 2011

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KHAS(PPG)

PROGRAM AMBILAN SEPTEMBER 2011 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (PPPBS) DARI LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) YANG BERUMUR 46 DAN 47 TAHUN SAHAJA.

sila klik pada banner iklan u ntuk keterangan lanjut


Khamis, 9 Jun 2011

Temu duga khas untuk bakal guru di pedalaman Sabah & Sarawak

Selasa, 7 Jun 2011

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN BAGI GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH BUKAN SISWAZAH & SISWAZAH 2011

Merujuk kepada surat KPM, ruj: KP(BPG)9115/600/2/5 Jld.4(15) bertarikh 15 April 2011, dan ruj:KP(BPG)9115/600/2/5 Jld.4(21) bertarikh 23 Mei 2011, berkenaan tawaran dan pelanjutan tawaran spt perkara di atas.

Berpandukan keputusan Mesyuarat J/kuasa Bertindak Pelaksanaan Pelantikan Semula GSTT dan melaksanakan keputusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Bhgn. Pendidikan Guru, KPM bertanggungjawab merancang dan menguruskan prosedur pengambilan GSTT yang layak untuk dilatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan di Institusi Latihan bagi tahun 2011.

Program ini ditawarkan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bukan siswazah dan siswazah yang sedang dan pernah berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT yang memenuhi *syarat asas/syarat pelantikan, syarat opsyen serta melepasi prosedur pengambilan guru.

Antara bidang kursus yang akan ditawarkan adalah spt berikut:

1. Bahasa Inggeris SK/SJKC/SJKT

2. Bahasa Tamil SK

3. Bahasa Cina SK

4. Bahasa Arab SK

5. Bahasa Iban SK

6. Bahasa Kadazandusun SK

Kepada GSTT yang berminat bolehlah mengisi borang permohonan dan dihantar ke Unit Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Tarikh tutup permohonan telah dilanjutkan iaitu SEBELUM atau PADA 16 JUN 2011.

Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Ambilan Julai 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai PPPS/Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah rendah KPM memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme.

Nama Kursus :
1. KDP 14 Minggu : Bidang Bimbingan dan Kaunseling (Lanjutan)
2. KDP 14 Minggu : Bidang Pendidikan Jasmani (Peningkatan Profesionalisme)

Tempoh Pengajian : 14 Minggu : 17 @ 18 Julai - 20 @ 21 Oktober 2011

Tarikh tutup permohonan : 24 Jun 2011

Sila layari laman sesawangBahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.

Selasa, 24 Mei 2011

Cuti Tambahan Hari Raya Puasa & Hari Kebangsaan

Utusan Malaysia Online - Terkini

mindapendidik: Syukur lah dapat cuti tambahan. Tapi waktu tersebut memang pun waktu cuti sekolah. Sangat berguna bagi pegawai kerajaan yang bukan dalam pendidikan.

CUTI SEKOLAH BERMULA..SELAMAT BERCUTI

Tinggal beberapa hari lagi musim cuti sekolah akan bermula. Namun ada sekolah dipedalaman seperti sudah bercuti walaupun murid-muridnya pergi ke sekolah. Kenapa hal ini berlaku? Ini kerana banyak guru-guru sudah bercuti awal. Yang tinggal hanyalah beberapa orang guru yang memang berasal dari tempat sekolah tersebut.

Kes begini memang sering berlaku. Asal dekat cuti sekolah sahaja mesti ramai yang pulang awal. Pemantauan dari PPD tidak ada menyebabkan sekolah-sekolah dipedalaman tutup awal. Kalau tidak percaya, pergilah memantau sekolah-sekolah dipedalaman sekarang. Gerenti banyak sekolah berjalan seperti biasa tetapi dengan jumlah guru yang kurang dari jumlah yang sebenar.

Kadang-kadang terfikir juga, kenapalah murid-murid sekolah pedalaman ini sukar mahu maju. Mungkin guru-guru di sekolah tersebut mungkin boleh menjawab soalan ini. Apapun, bagi sekolah yang menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan, ucapan tahniah diucapkan. Semoga amanah yang dijunjung itu akan menjadikan sekolah pedalaman menjadi lebih baik dan terkenal di Malaysia.

Dikesempatan ini, mindapendidik ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga pendidik dan juga anak didik semua. Gunakanlah masa cuti ini dengan kegiatan yang berfaedah dan berguna. Semoga semuanya selamat kembali ke sekolah 13 Jun ini.

SELAMAT BERCUTI..

mindapendidik: Sudah lama tidak balik ke kg halaman. Bertugas dipedalaman menyebabkan kampung halaman sentiasa jauh dimata.

BEZA GURU LAMA & BARU


Suasana mengajar di sekolah-sekolah pedalaman adalah sangat mencabar dan unik. Ini kerana kemudahan yang terhad serta murid-murid sekolah yang tahap kecerdikan mereka tidak seperti murid-murid dibandar namun ia tidak mematahkan semangat para pendidik di pedalaman. Namun apa yang menjadi masalah dan sering merunsingkan para-para pentadbir di sekolah pedalaman dan juga di PPD adalah masalah pemikiran guru lama dan guru baru.

Kalau dihitung secara kasar, kebanyakan guru-guru baru ramai di hantar ke pedalaman. Ini adalah kerana dasar kementerian pelajaran yang mewajibkan setiap guru yang baru di"posting"kan di hantar ke pedalaman. Seperti yang diketahui juga, guru-guru baru tersebut adalah seorang guru yang penuh dengan ilmu dan idea baru dan terkini. Mereka tanpa segan silu ingin menggunakan ilmu serta idea yang mereka ada tersebut untuk memajukan anak-anak didik yang mereka ajar. Tapi kebanyakan idea serta ilmu yang mereka ada tersebut telah di salahguna oleh guru-guru lama yang mengajar di sekolah mereka atau lebih dikenali guru senior yang telah lama berkhidmat sebagai guru dan adakalanya mereka menunggu sahaja pencen walaupun tempoh perkhidmatan masih lagi lama.

Inilah senario yang dihadapi. Bukan semua guru-guru senior ini bersikap demikian, cuma sebilangan sahaja tetapi jumlah yang sebilangan itulah telah menimbulkan implikasi yang tidak baik kepada guru-guru muda ini. Baru-baru ini seorang guru muda mengadu bahawa guru senior di sekolahnya sering mengelak tugas yang diberikan oleh Guru Besar. Alasan yang sering diberikan ialah "bagilah tugas kepada orang baru, mereka lebih banyak idea dan pandai menggunakan komputer". Namun bila sesuatu hal yang memerlukan guru senior itu menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar, kuasa dan pentadbiran mengalahkan kuasa yang dipegang oleh guru besar. Sampai menyindir dan sering bercakap yang guru-guru muda ini melanggar arahan yang beliau berikan padahal Guru Besar pun tidak setuju dengan arahan yang beliau arahkan. Sampaikan guru muda tersebut mahu berbincang dengan cara baik tidak pula mahu didengarnya. Pelbagai andaian dibuat kepada guru muda tersebut. Kesian lah pada guru muda tersebut.

Sepatutnya, guru yang lebih senior sepatutnya membmbing guru-guru muda tersebut menjalankan tugasnya. Setelah guru tersebut boleh bergerak sendiri, barulah guru senior tersebut lepaskan guru tersebut menjalankan tugas yang diamanahkan. Bukan mengarah sahaja tetapi tidak memberikan bimbingan yang sewajarnya. Walaupun mereka ini guru baru yang penuh idea dan ilmu, tetapi ilmu yang mereka ada tidak cukup untuk digunakan dalam dunia pendidikan yang sebenar. Oleh itu bimbinglah mereka kerana guru-guru senior ini satu hari nanti akan bersara dan jika generasi baru ini tidak dibimbing dengan betul maka rosaklah anak murid kita pada masa akan datang.

Semoga guru lama dan baru menjadi lebih baik.

mindapendidik: saya pun turut menjadi mangsa kepada guru lama yang terlalu ortodoks pemikirannya.

Sabtu, 21 Mei 2011

GURU TERCICIR DIKEHENDAKI BERSABAR-Utusan Online

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Guru tercicir dikehendaki bersabar.

mindapendidik : memang tengah bersabar

Isnin, 16 Mei 2011

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat

16/05/2011 3:46pm

SUMBER : Utusanonline

OLEH SAIFUL HAIZAN HASAM

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan


Mindapendidik : Apalagi guru-guru semua. Rebutlah peluang ini. Cuma kali ini tiada pula bahagian untuk guru-guru sekolah rendah.Yang ada hanya disekolah kluster. Apapun TQ kepada kerajaan atas peluang yang diberikan.

SELAMAT HARI GURU KE 40

Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh paling bermakna buat seluruh warga pendidik di Malaysia. Selama 40 tahun sejak 1971, tarikh keramat 16 Mei ini meninggalkan kesan yang sangat bermakna kepada setiap insan yang bergelar guru. Tidak kira dia seorang Profesor yang berilmu tinggi, seorang ketua negara, seorang pegawai atau pengarah sesebuah jabatan atau syarikat terkenal, seorang penjual atau pekerja buruh binaan. Semuanya pernah merasa dididik oleh seorang guru biasa. Dari mula kita mengenal huruf A,B,C.. atau mengira 1,2,3.. semuanya adalah dimulakan oleh seorang guru. Oleh itu bila jasa seorang guru ini dihargai, segala usaha yang selama ini diberikan untuk mendidik kita menjadi orang berguna akan terasa dihargai.


Dewasa ini, tugas yang dipikul oleh seorang guru semakin mencabar. Dengan cabaran tahap pendidikan yang tinggi, mutu sosial murid yang semakin mencabar, kebijaksanaan ibubapa yang memerlukan setiap guru memerlukan iltizam yang tinggi bagi memastikan anak-anak mereka berjaya dan kesukaran serta cabaran mendidik dikawasan luar bandar terutama sekali dipedalaman. Warga pendidik terpaksa menjadikan cabaran-cabaran sebagai salah satu lumrah dalam sistem pendidikan pada zaman sekarang.


Sempena Sambutan hari guru yang ke 40 ini, kami di mindapendidik mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Tidak kira beliau seorang ustaz, guru silat, cikgu memasak, pensyarah ipta dan ipts, tukang ajar membuat perahu atau perabot dan sebagainya yang penting beliau adalah seseorang guru yang mendidik sesiapa sahaja. SELAMAT HARI GURU dari kami di mindapendidik.


“SELAMAT HARI GURU”

Isnin, 9 Mei 2011

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Ini merupakan lagu keramat setiap guru-guru di Malaysia. Lagu Guru Malaysia ini sangat bermakna untuk setiap guru di Malaysia. Setiap tahun semasa sambutan Hari Guru, lagu ini akan dinyanyikan. Oleh itu, hayatilah lirik lagu yang terdapat dalam lagu ini.


Lagu Tema Hari Guru 2011

Lagu Tema Hari Guru 2011 "Guru Penjana Tranfomasi Pendidikan" yang dipetik dari Youtube.

Isnin, 2 Mei 2011

RENCANA: Nasi Lemak Oh.. Nasi Lemak

Sabtu, 30 April 2011

Kata-kata Aluan YAB Menteri Pelajaran Malaysia bagi Majalah Sekolah Sesi 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua Sekolah berikut disertakan kata-kata aluan YAB Menteri Pelajaran bagi Majalah Sekolah. Sila klik di lampiran di bawah.

Terima kasih.
Muat turun
Kata-Kata Aluan YAB Menteri Pelajaran bagi Majalah Sekolah

Sabtu, 23 April 2011

ISU SEMASA : Masalah Obesiti murid sekolah atau masalah kekurangan zat di sekolah. Mana satu yang perlu diambil perhatian.

Baru-baru ini, timbul satu isu ditimbulkan oleh kementerian kesihatan berkenaan isu obesiti murid-murid sekolah. Kementerian kesihatan memandang pekara ini adalah sangat serius dan kadar obesiti murid disekolah adalah tinggi. Pelbagai faktor diambil kira dan salah satu faktor yang didebatkan ialah isu makanan tidak seimbang yang diambil oleh murid. Sampaikan nasi lemak menjadi punca kepada masalah tersebut.

Pelbagai cadangan dan komen dapat didengar didada-dada akhbar, tv dan tidak kurangnya media elektronik termasuk internet. Tapi sedarkah semua bahawa masalah kekurangan zat makanan lebih meruncing disekolah-sekolah di pedalaman. Kalau pembaca mahu tahu situasi dipedalaman. Murid-murid disekolah pedalaman adalah murid-murid sekolah yang paling banyak kekurangan zat makanan.

Kenapa mindapendidik berkata demikian. Ini kerana pengalaman mindapendidik sendiri yang meninjau sekolah-sekolah pedalaman di Sabah yang kebanyakan murid-muridnya adalah bersais kecil dan badan murid-murid tersebut tidaklah berapa sihat. Kadar pertumbuhan murid-murid tersebut adalah amat perlahan dan fikiran mereka juga tidak berkembang dengan baik. Bayangkan murid darjah 4 hingga 6 badan mereka seakan murid darjah 3 dikawasan bandar dan pemikiran mereka juga lebihkurang sama.

Kalau kawasan pulau yang jauh terpencil, murid-muridnya pula tidak pandai memakan sayur. Apa jenis sayur tidak dijamah oleh murid. Apa alasan yang mereka sering katakan kepada cikgu, mereka tidak pandai makan sayur kerana sayur itu rasanay tawar dan kenyal. Murid-murid tersebut hanya pandai makan ikan sahaja. Tidak kira apa jenis ikan yang mereka makan janji ianya tetap makanan laut. Tidak heranlah murid-murid di kawasan pulau mempunyai kulit yang kasar dan gigi yang rosak. Ini kerana mereka kekurangan vitamin da juga kalsium.

Bantuan RMT yang diterima disekolah-sekolah pedalaman hanyalah bantuan makanan semata-mata. Ini kerana dengan jarak perhubungan yang susah dan juga faktor murid yang terlalu memilih makanan maka kualiti makanan dan jenis makanan yang dimasak oleh pengusaha RMT hanyalah sekadar mengeyangkan perut murid-murid tersebut tanpa melihat zat yang perlu dimakan oleh murid tersebut supaya lebih sihat dan cergas.

Jangan salahkan pengusaha RMT dalam kes ini, Cuma pihak berwajib haruslah memantapkan penyeliaan, kajian dan kebajikan murid dipedalaman. Cubalah lihat dan pelajari kenapa murid dipedalaman tidak mempunyai zat makanan yang seimbang. Banyak faktor boleh dikupas dan diperbincangkan oleh pihak kementerian pelajaran dan kementerian kesihatan untuk mengatasi masalah zat seimbang dikalangan murid dipedalaman. Walaupun masalah obesiti murid sekolah dibandar amat meruncing tetapi harus juga diingat masalah kekurangan zat turut dialami murid diluar bandar.

Mindapendidik : Tahukah anda bahawa ada pengusaha RMT hanya menghidangkan menu mee goreng kosong yang kita tahu apa zat yang boleh didapati oleh murid serta menu mee maggi+biskut kering. Ini kerana tiada pemantauan dan tindakan keatas pengusaha RMT.

Rabu, 16 Mac 2011

Berita Harian Online | 'Biar adil lantik guru besar'

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Sabtu, 12 Mac 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011


Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini.

Sekian, terima kasih.

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Sabtu, 26 Februari 2011

TAHNIAH !! Sekolah Pertama Pedalaman yang mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi

Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Mungkin agak terlambat juga saya menulis tentang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk tahun 2011 ini. Ini kerana capaian internet di tempat bertugas yang tidak ada kerana berada jauh di pedalaman namun itu tidak menyebabkan info tentang SBT ini tidak diketahui langsung, cuma agak lambat dan perlahan sedikit dari di bandar.

Terlebih dahulu, TAHNIAH diucapkan kepada sekolah pertama dari pedalaman iaitu SK ULU LUBAI dari Limbang, Sarawak kerana menjadi sekolah SBT untuk tahun 2011. Sekolah ini adalah sebuah sekolah dipedalaman Sarawak yang mempunyai murid yang tidak pun sampai 100 orang dan jumlah tenaga pengajar yang sedikit. Namun itu tidak mematahkan semangat warga endidik di sekolah pedalaman tersebut menaburkan bakti dan menaikkan status sekolah tersebut sehingga mendapat status sekolah SBT. TAHNIAH! TAHNIAH! di ucapkan. Terasa bangga dan kagum terasa kerana tidak disangka sekolah dari pedalaman boleh mendapat status SBT tersebut.

SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak. SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010,SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010.Sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah. Di samping itu SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK. Kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini bukan boleh dicapai dengan sekelip mata. Tanpa pengurusan yang baik dan kerjasama dari semua warga sekolah, kejayaan ini mungkin tidak dicapai.

Kadang kala saya berfikir, kenapa sekolah-sekolah pedalaman yang lain tidak boleh jadi maju atau menjadi salah satu sekolah yang boleh dibanggakan. Apa silap dan dimana kejituan warga sekolah itu memajukan sekolah pedalaman. Kalau di lihat secara kasar, rata-rata sekolah di pedalaman agak daif, kemudahan kurang, guru ada kalanya tidak mencukupi dan pengurusan sekolah yang ada darinya bercelaru namun adakah itu salah satu penyebab sekolah di pedalaman tidak maju. Warga pendidik di pedalaman haruslah menyahut cabaran dan menjadikan Sk Ulu Lubai sebagai panduan. Tidak mustahil jika sekolah pedalaman menjadi seperti Sk Ulu Lubai. Apa yang penting sistem pengurusan mestilah bergerak dan merubah sekolah menjadi lebih terbaik dari segenap sudut.

23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran bagi tahun 2011 berbanding 20 pada tahun lepas. Ini membabitkan 2 sekolah menengah harian, 11 sekolah berasrama penuh, 8 sekolah kebangsaan dan 2 sekolah jenis kebangsaan.Senarai SBT 2011 ini dimaklumkan kepada umum oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang yang merupakan sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2011Sekolah

Menengah Harian
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor

Sekolah Berasrama Penuh
1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
6. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
7. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
8. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
9. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
10. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
11. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

Sekolah Kebangsaan
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
2. SK Convent Muar, Johor
3. SK Seri Biram, Pahang
4. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
5. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
6. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
7. SK Sultan Ismail, Terengganu
8. SK Jalan Tiga, Selangor

Sekolah Jenis Kebangsaan
1. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Perempuan China, Pulau Pinang
2. SJK(C) Lick Hung, Selangor

TAHNIAH juga diucapkan kepada beberapa sekolah lain yang mendapat status SBT ini. Semoga tahun ini akan muncul lebih banyak sekolah SBT. Di harap juga dalam banyak-banyak sekolah yang diumumkan kelak akan muncullah beberapa nama sekolah dari pedalaman yang menjadi sekolah SBT terbaru. Bangga dan kagum akan dirasa jika ianya menjadi kenyataan.

Selasa, 15 Februari 2011

BONUS UNTUK GURU BESAR/PENGETUA YANG BERJAYA MELONJAKKAN PRESTASI SEKOLAH

Baru-Baru ini Timb. Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan pemberian insentif tambahan ataupun bonus tambahan yang telah dijanjikan kepada guru besar ataupun pengetua sekolah menengah yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah. Jika sekolah tersebut berjaya melonjakkan prestasi sekolah sebanyak 2% sahaja, guru besar/pengetua sekolah akan dapat bonus tambahan yang merupakan berbentuk wang dan juga beberapa kemudahan serta imbuhan lain. Dalam ucapan dan pengumuman yang telah disampaikan oleh Menteri Pelajaran kita, beliau telah mengucapkan tahniah dan syabar kepada guru besar/pengetua sekolah yang telah berjaya melonjakan prestasi sekolah hingga melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 2% ke 12%. Peningkatan lonjakan yang dicapai oleh sekolah tersebut telah melebihi sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. Tahnia dan syabas juga diucapkan dari kami meja pengarang mindapendidik.

Kejayaan sekolah yang diterajui oleh guru besar/pengetua telah menyebabkan mereka mendapat imbuhan serta bonus yang dijanjikan oleh kementerian pelajaran. Namun kejayaan yang telah dikejapi tersebut bukan disebabkan oleh guru besar/pengetua sekolah tersebut. Ia adalah disebabkan oleh kerja keras dan dedikasi setiap warga sekolah tersebut dengan guru besar/pengetua menguruskan dan merancang untuk melonjak prestasi sekolah. Kredit harus diberikan kepada setiap warga sekolah yang terlibat tidak kira dari sekecil-kecil pekerja pembersihan hingga kepada penolong-penolong kanan yang bertungkus lumus menjayakan program yang dirancang oleh pihak sekolah.

Adalah tidak adil dan tiada belas kasihan jika bonus yang diterima oleh guru besar/pengetua sekolah tersebut tidak dikongsi kejayaan tersebut dengan setiap warga sekolah yang bertungkus lumus menjayakan kemajuan sekolah. Memang ada juga bonus diterima oleh guru-guru disekolah tersebut hasil kerja keras mereka diberikan oleh kementerian tetapi adakah bonus tersebut melibatkan semua warga sekolah. Mungkin beberapa orang guru dapatlah penghargaan serta menerima status sebagai guru cemerlang tetapi beberapa orang guru/ktbm yang turut menyumbangkan sumbangan walaupun hanya sedikit mungkin tidak mendapat sedikit penghargaan. Jangan dilupa ktbm juga yang bertungkus lumus menaip surat dan menyiapkan laporan yang diminta dan kena dihantar ke pejabat pelajaran pun turut terlibat dalam meningkatkan prestasi sekolah. Mungkin ada yang tidak sedar, walaupun nampak sedikit sumbangan yang diberikan namun jika mereka tidak ada disekolah tersebut membuat tugas pekeranian mungkin apa yang dirancang mungkin tidaklah dapat dicapai.

Oleh yang demikian, jika ada guru besar/pengetua yang mendapat bonus yang diberikan oleh kerajaan, diharap mereka tidaklah melupakan jasa-jasa mereka yang berada dibawah yang telah berkerja keras menaikan prestasi sekolah seperti yang diharapkan oleh guru besar/pengetua. Kalau tidak memberikan wang ringgit atau sumbangan imbuhan peribadi tetapi penghargaan dari ucapan, sedikit saguhati atau sebagainya akan memberikan mereka semangat dan perasaan dihargai dan ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus berkerja untuk memajukan sekolah. Jika tiada apa-apa penghargaan diberikan mungkin motivasi mereka akan luntur dan ini akan menyebabkan mereka tidak lagi mahu memajukan sekolah jika diminta oleh guru besar/pengetua sekolah dalam perancangan prestasi sekolah akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada sekolah yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah dan mendapat imbuhan yang dijanjikan oleh kementerian pelajaran. Tahniah dan Syabas di ucapkan.

mindapendidik:sekalu sekali sekala buatlah kenduri khas untuk meraikan warga sekolah yang menjayakan kejaan prestasi sekolah. Semua dapat merasa bonus itu kan..

Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina warga pendidik dan rakyat Malaysia



Kepada semua warga pendidik terutama sekali yang berbangsa cina, kami di mindapendidik.blogspot mengucapkan selamat tahun baru cina. Menurut kalender cina, tahun ini merupakan tahun Arnab. Di harap dengan tibanya tahun Arnab ini, ia akan membawa lebih banyak tuah dan kemajuan kepada semua rakyat Malaysia. Tidak kira dari bangsa Cina ataupun bangsa lain di Malaysia, semuanya mendapat tuah dan rahmat dari tuhan. Diharap juga pendidikan di Malaysia pada tahun ini akan lebih gemilang dan maju dari tahun-tahun yang lepas. Gong Xi Fa Chai kepada semua.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger