Sponser

Selasa, 22 Januari 2013

Sekolah K9 : Apa yang anda tidak tahu dan mahu tahu ?



Semasa lawatan Timb. Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad bin Zarkashi ke Sabah bagi acara penyerahan bangunan SK Pulau Gaya, Kota Kinabalu pada 9 Jan 2013 yang lepas, Beliau ada menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang merancang untuk menjadikan lima buah sekolah di pedalaman Sabah sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9). Sekolah yang terlibat ialah SK Pekan Pensiangan di Nabawan, SK Bawang di Beluran, SK Sabur di Kudat, SK Buis Dan Sk Menanam di Tongod,Telupid.



Pelbagai persoalan yang bermain difikiran guru-guru tentang Sekolah K9. Ramai yang bertanya-tanya dan mahu sedikit penjelasan mengenai maksud sebenar sekolah K9 ini. Sekolah K9 yang dalam bahasa penuhnya ialah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang merupakan salah satu model sekolah yang hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah dipedalaman. Di Sabah, buat permulaan 5 buah sekolah telah dipilih untuk menjadi perintis kepada penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah-sekolah pedalaman. Sebelum itu 2 buah sekolah telah menjadi perintis iaitu sekolah di Kuala Lipis, Pahang dan satu di Long Bedian, Sarawak.

Sekolah-sekolah yang akan dijadikan sekolah K9 ini akan menawarkan sekolah diperingkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga 3. Ini bermakna sekolah tersebut  bukan sahaja mempunyai kelas dari pra sekolah hingga darjah 6 tetapi akan turut ditambah ke tingkatan 1 hingga 3. Seorang murid yang belajar disekolah tersebut akan dapat belajar disekolah tersebut dari pra sekolah hingga ke tingkatan 3.

Rasional sekolah K9 ini diwujudkan ialah kebanyakan murid-murid disekolah dipedalaman tidak mahu meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Murid-murid ini akan berhenti sekolah setelah tamat darjah 6 dan apabila ditawarkan ke sekolah menengah murid-murid ini akan mengemukakan pelbagai alasan untuk tidak mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Alasan dan kekangan itu pula seperti masalah perhubungan ke sekolah menengah yang jauh, tidak boleh berjauhan dengan keluarga dan masalah kewangan. Minda pendidik juga ada menulis tentang isu tidak melanjutkan pelajaran selepas darjah 6 dalam tajuk artikel MASALAH KECICIRAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 UNTUK SEKOLAHPENDALAMAN

Dengan wujudnya sekolah K9 ini, kementerian berharap masalah keciciran murid ke sekolah menengah dapat dikurangkan. Namun bagi memastikan sekolah K9 ini berjalah dengan lancar, penambahbaikan sekolah yang dipilih untuk menjadi perintis kepada sekolah K9 ini di Sabah seperti penambahbaikan dari segi infrastruktur sekolah, pentadbiran sekolah, guru-guru yang cukup dan berdedikasi dan yang paling penting kefahaman tentang fungsi dan matlamat sekolah K9 dikalangan pendidik dan murid-murid sekolah. Jika projek rintis di 5 buah sekolah ini berjaya seharusnya ia perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah pulau kerana sekolah-sekolah pulau merupakan salah satu penyumbang kepada keciciran pelajar sekolah menengah atas faktor jarak dan kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Rabu, 9 Januari 2013

Pekara rahsia yang anda tidak tahu dengan internet

Internet!! Apa dia maksud Internet? 
Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
-sumber wikipedia (klik di sini untuk maklumat lanjut)


Sebenarnya internet banyak memberi kebaikan dan keburukan kepada pengguna. Tidak perlulah di ulas apa kebaikan dan keburukan internet sebab benda tersebut sudah banyak dibincangkan dan didebatkan dimana-mana sahaja. Apa yang perlu pembaca tahu ialah rahsia sebenar internet yang orang/penguna tidak tahu atau tahu tetapi tidak mengambil peduli hal tersebut.

Antara rahsia yang boleh kita kongsi di sini yang para penguna tidak sedar ialah bahawa data/maklumat/gambar,video anda dalam mana-mana laman sosial contohnya Facebook, MySpace,Blogspot,Youtube dan sebagainya adalah hak milik laman sosial tersebut apabila anda mendaftar. Kalau tidak percaya cuna anda fikir ke mana gambar,video yang anda upload disimpan dalam laman sosial tersebut. Tentu sekali gambar dan video tersebut tidak disimpan didalam harddisk komputer anda ataupun didalam pendrive anda tetapi akan disimpan didalam ruangan server laman sosial itu. Ruang server tersebut berupa seperti hard disk yang sangat besar yang boleh menampung berjuta-juta bahan didalam. Jadi disini apabila gambar tersebut dimuat turun kedalam aplikasi sosial atau web tersebut sesiapa pun boleh mengambil gambar yang kita muat turun tadi. Walaupun ada jaminan bahawa gambar anda atau data berkenaan diri anda dilindungi namun tidak 100% diri anda dapat dilindungi.

Sebagai contoh banyak kes yang melibatkan gambar disunting, digunakan sebagai iklan dan sebagainya. Pekara ini tidak diketahui oleh ramai orang. Oleh yang demikian keselamatan dalam ruang siber perlu diketahui oleh semua pengguna laman sosial dan web. Berikut langkah-langkah memastikan data peribadi anda selamat dari dicuri atau digunakan oleh orang lain:
  1. Berhati-hati dengan setiap data peribadi yang diberikan dalam laman sosial, Sentiasa gunakan nama samaran dan data yang tidak sahih.
  2. Sila taip nama penuh anda di google dan cuba kesan adakah nama dan gambar anda digunakan dalam laman sosial lain.
  3. Jangan tinggalkan pasword dalam komputer yang anda gunakan untuk mengelakan dicuri oleh orang yang menggunakan komputer.
  4. Sentiasa mengemaskini perisian anti virus dan firewall bagi mengelakan terdapat spyware dan virus yang mencuri data peribadi anda.
  5. Jangan berkongsi sebarang maklumat anda tentang pergerakan, bank, kedudukan GPS dan sebagainya bagi mengelakan anda diintai oleh penjahat.
Gambar yang dikutip dari google image
Pelbagai cara lagi yang boleh memberi keselamatan diri ketika melayari internet. Langkah yang perlu yang mesti diambil kira ketika menggunakan internet bahawa anda sentiasa diperhatikan dan sentiasa berwaspada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger