Selamat Hari Guru. Sempena hari guru tahun ini apa kata kita berkongsi tentang tajuk diatas. PROSES KENAIKAN PANGKAT; Siapa lebih Beruntung.
Kenaikan Pangkat ! Siapa tidak mahu naik pangkat. Tidak kiralah secara hakiki ataupun secara time based. Sempena perasmian hari guru baru-baru ini oleh Timb. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang
memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat
mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.Beruntung lah kepada mereka yang berjaya mendapat kenaikan pangkat tersebut.
Tetapi apa isu yang menjadi bualan para guru-guru apabila diumumkan pekara tersebut iaitu tentang status guru yang tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat. Contohnya seperti guru-guru yang ditempatkan di PPD. Pecayakah anda bahawa gred pegawai-pegawai yang berada diPPD tidak semewah gred guru-guru yang berada di sekolah terutama di sekolah menengah. Sebagai contoh di sekolah menengah, gred hakiki untuk menjadi peng. Kanan kurikulum, Hem dan Ko-Kurikulum adalah berada di gred DG48 manakalah gred sebagai PPD atau Timb.PPD ialah DG48. Dalam soal ini siapa lebih beruntung. Kalau pengetua sekolah menengah itu jangan cerita lah sebab mereka berada dalam gred yang lebih tinggi dari pegawai PPD sendiri. Namun yang membezakan kedudukan pegawai di PPD dan guru di sekolah ialah kedudukan kekananan pegawai di PPD itu sendiri namun secara realiti apabila dilihat dari segi gred jauh sekali.
Turut menjadi buah mulut dikalangan guru-guru ialah ada dikalangan peng.kanan di sekolah menengah mendapat keistimewaan gred DG48 tersebut setelah memegang jawatan itu dalam 2 tahun sahaja. Mengikut peraturan kenaikan pangkat ke DG48. Seseorang guru itu kena berada selama 5 thn di gred DG44 dahulu sebelum ke gred DG48. Namun dalam kes ini, guru tesebut telah mendapat kenaikan gred DG48 hanya setelah berada di gred DG44 hanya selama 1-2 tahun sahaja. Betapa untungnya mereka. Lagi satu kes dimana jawatan ketua bidang di sekolah menengah di Gred DG44, seorang guru memberitahu bahawa kedudukan dia yang lebih senior (mengajar lebih dari 8 tahun) telah ketinggalan dengan junior di sekolah (mengajar 5 tahun) itu hanya kerana junior tersebut mendapat kenaikan pangkat sebagai ketua bidang dengan gred semasa DG44. Siapa yang untung dan ketingalan dalam pekara ini.
Bagi guru-guru di sekolah rendah pula, kenaikan pangkat boleh dikatakan tidak seluas disekolah menengah. Bagi sekolah rendah, guru-guru hanya dapat menjawat jawatan di Gred DGA32 hakiki ataupun time based. Jika mengambil gred secara hakiki syaratnya pula guru tersebut kenalah menjawat jawatan seperti guru besar (bagi sekolah SKM atau Gred B) ataupun sebagai Peng. Kanan sekolah. Bagi sekolah gred A pula, gred hakiki bagi guru besar pula selalunya berada di gred DGA34 hingga DGA38. Bagi guru besar yang telah bertukar gred ke gred siswazah, gred yang mungkin paling besarnya boleh dicapainya ialah DG41-DG44. Jurangnya agak besar dengan gred di sekolah menengah. Tetapi jangan diingat gred tersebut berbeza dengan gred disekolah menangah, perbezaannya ialah dari skil gaji. Gaji yang disandang oleh guru-guru yang melalui beberapa gred contohnya bermula dari gred DGA32 ke DGA34 dan apabila mendapat gred baru siswazah di gred DG41, gaji pokoknya saja setaraf dengan gaji gred DG44 atau DG48. Cuma dari segi gred semasa pula ia betul-betul berbeza sama sekali.
Dalam hal ini, diharap kementerian pelajaran perlulah menyelesaiakn beberapa pekara yang melibatkan soal kenaikan pangkat ini. Walaupun ada beberapa perkara berkenaan kenaikan pangkat ini telah berjaya diselesaikan namun pekara-pekara seperti peluang kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai yang ditempatkan/dipinjamkan di PPD perlulah diambil perhatian. Jika kenaikan pangkat lebih meluas apabila berada disekolah mungkin satu masa nanti tiada pegawai dikalangan guru mahu ditempatkan di PPD kerana merasakan peluang kenaikan pangkat di sekolah lebih besar peluangnya daripada berada di PPD yang kerjanya lebih mencabar dari di sekolah.
Peluang kenaikan pangkat juga haruslah diperluaskan di sekolah-sekolah rendah. Banyak guru-guru di sekolah rendah tidak mendapat keistimewaan seperti guru-guru di sekolah menengah. Jika ada guru-guru siswazah di sekolah rendah mahu kenaikan pangkat. Gred yang mungkin dapat disandangnya hanyalah di gred DG44 Kup ataupun DG48 kup. Untuk mendapat gred hakiki mungkin agak tipis sama sekali. Oleh itu sesuatu perlu dilalukan dalam menyelesaikan masalah ini.
Akhir kata, tahniah kepada guru-guru yang berjaya dalam proses kenaikan pangkat yang baru-baru ini diumumkan. Tahniah dan jadikan kenaikan pangkat ini sebagai satu batu loncatan untuk memberikan ilmu yang lebih bermakna kepada anak-anak murid kita di sekolah. Selamat Hari Guru diucapkan sekali lagi. Terima Kasih Cikgu.
Khamis, 17 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adverleds Sponser
Dikuasakan oleh Blogger.
2 ulasan:
Pegawai PPD pun Timebased sama macam guru di sekolah.Artikel ini tidak tepat,mohon dipadam.
Betul... fakta salah..
Catat Ulasan