Sponser

Selasa, 22 Januari 2013

Sekolah K9 : Apa yang anda tidak tahu dan mahu tahu ?



Semasa lawatan Timb. Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad bin Zarkashi ke Sabah bagi acara penyerahan bangunan SK Pulau Gaya, Kota Kinabalu pada 9 Jan 2013 yang lepas, Beliau ada menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang merancang untuk menjadikan lima buah sekolah di pedalaman Sabah sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9). Sekolah yang terlibat ialah SK Pekan Pensiangan di Nabawan, SK Bawang di Beluran, SK Sabur di Kudat, SK Buis Dan Sk Menanam di Tongod,Telupid.



Pelbagai persoalan yang bermain difikiran guru-guru tentang Sekolah K9. Ramai yang bertanya-tanya dan mahu sedikit penjelasan mengenai maksud sebenar sekolah K9 ini. Sekolah K9 yang dalam bahasa penuhnya ialah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang merupakan salah satu model sekolah yang hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah dipedalaman. Di Sabah, buat permulaan 5 buah sekolah telah dipilih untuk menjadi perintis kepada penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah-sekolah pedalaman. Sebelum itu 2 buah sekolah telah menjadi perintis iaitu sekolah di Kuala Lipis, Pahang dan satu di Long Bedian, Sarawak.

Sekolah-sekolah yang akan dijadikan sekolah K9 ini akan menawarkan sekolah diperingkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga 3. Ini bermakna sekolah tersebut  bukan sahaja mempunyai kelas dari pra sekolah hingga darjah 6 tetapi akan turut ditambah ke tingkatan 1 hingga 3. Seorang murid yang belajar disekolah tersebut akan dapat belajar disekolah tersebut dari pra sekolah hingga ke tingkatan 3.

Rasional sekolah K9 ini diwujudkan ialah kebanyakan murid-murid disekolah dipedalaman tidak mahu meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Murid-murid ini akan berhenti sekolah setelah tamat darjah 6 dan apabila ditawarkan ke sekolah menengah murid-murid ini akan mengemukakan pelbagai alasan untuk tidak mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Alasan dan kekangan itu pula seperti masalah perhubungan ke sekolah menengah yang jauh, tidak boleh berjauhan dengan keluarga dan masalah kewangan. Minda pendidik juga ada menulis tentang isu tidak melanjutkan pelajaran selepas darjah 6 dalam tajuk artikel MASALAH KECICIRAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 UNTUK SEKOLAHPENDALAMAN

Dengan wujudnya sekolah K9 ini, kementerian berharap masalah keciciran murid ke sekolah menengah dapat dikurangkan. Namun bagi memastikan sekolah K9 ini berjalah dengan lancar, penambahbaikan sekolah yang dipilih untuk menjadi perintis kepada sekolah K9 ini di Sabah seperti penambahbaikan dari segi infrastruktur sekolah, pentadbiran sekolah, guru-guru yang cukup dan berdedikasi dan yang paling penting kefahaman tentang fungsi dan matlamat sekolah K9 dikalangan pendidik dan murid-murid sekolah. Jika projek rintis di 5 buah sekolah ini berjaya seharusnya ia perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah pulau kerana sekolah-sekolah pulau merupakan salah satu penyumbang kepada keciciran pelajar sekolah menengah atas faktor jarak dan kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Sekolah k9 pertama di pahang di daerah pekan baru diikuti di kuala lipis.

Unknown berkata...

Sekolah k9 pertama di pahang di daerah pekan baru diikuti di kuala lipis.

Unknown berkata...

memahami keperluan murid n ibubapa

Tanpa Nama berkata...

SK Buis dan SK Menanam, dicadangkan bermula tahun 2013 lagi (tahun posting ini ditulis), dilaksanakan dan berkuatkuasa tahun 2023 - 10 tahun kemudian 😌

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger