Sponser

Selasa, 22 Januari 2013

Sekolah K9 : Apa yang anda tidak tahu dan mahu tahu ?



Semasa lawatan Timb. Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad bin Zarkashi ke Sabah bagi acara penyerahan bangunan SK Pulau Gaya, Kota Kinabalu pada 9 Jan 2013 yang lepas, Beliau ada menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang merancang untuk menjadikan lima buah sekolah di pedalaman Sabah sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9). Sekolah yang terlibat ialah SK Pekan Pensiangan di Nabawan, SK Bawang di Beluran, SK Sabur di Kudat, SK Buis Dan Sk Menanam di Tongod,Telupid.



Pelbagai persoalan yang bermain difikiran guru-guru tentang Sekolah K9. Ramai yang bertanya-tanya dan mahu sedikit penjelasan mengenai maksud sebenar sekolah K9 ini. Sekolah K9 yang dalam bahasa penuhnya ialah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang merupakan salah satu model sekolah yang hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah dipedalaman. Di Sabah, buat permulaan 5 buah sekolah telah dipilih untuk menjadi perintis kepada penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah-sekolah pedalaman. Sebelum itu 2 buah sekolah telah menjadi perintis iaitu sekolah di Kuala Lipis, Pahang dan satu di Long Bedian, Sarawak.

Sekolah-sekolah yang akan dijadikan sekolah K9 ini akan menawarkan sekolah diperingkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga 3. Ini bermakna sekolah tersebut  bukan sahaja mempunyai kelas dari pra sekolah hingga darjah 6 tetapi akan turut ditambah ke tingkatan 1 hingga 3. Seorang murid yang belajar disekolah tersebut akan dapat belajar disekolah tersebut dari pra sekolah hingga ke tingkatan 3.

Rasional sekolah K9 ini diwujudkan ialah kebanyakan murid-murid disekolah dipedalaman tidak mahu meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Murid-murid ini akan berhenti sekolah setelah tamat darjah 6 dan apabila ditawarkan ke sekolah menengah murid-murid ini akan mengemukakan pelbagai alasan untuk tidak mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Alasan dan kekangan itu pula seperti masalah perhubungan ke sekolah menengah yang jauh, tidak boleh berjauhan dengan keluarga dan masalah kewangan. Minda pendidik juga ada menulis tentang isu tidak melanjutkan pelajaran selepas darjah 6 dalam tajuk artikel MASALAH KECICIRAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 UNTUK SEKOLAHPENDALAMAN

Dengan wujudnya sekolah K9 ini, kementerian berharap masalah keciciran murid ke sekolah menengah dapat dikurangkan. Namun bagi memastikan sekolah K9 ini berjalah dengan lancar, penambahbaikan sekolah yang dipilih untuk menjadi perintis kepada sekolah K9 ini di Sabah seperti penambahbaikan dari segi infrastruktur sekolah, pentadbiran sekolah, guru-guru yang cukup dan berdedikasi dan yang paling penting kefahaman tentang fungsi dan matlamat sekolah K9 dikalangan pendidik dan murid-murid sekolah. Jika projek rintis di 5 buah sekolah ini berjaya seharusnya ia perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah pulau kerana sekolah-sekolah pulau merupakan salah satu penyumbang kepada keciciran pelajar sekolah menengah atas faktor jarak dan kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Rabu, 9 Januari 2013

Pekara rahsia yang anda tidak tahu dengan internet

Internet!! Apa dia maksud Internet? 
Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
-sumber wikipedia (klik di sini untuk maklumat lanjut)


Sebenarnya internet banyak memberi kebaikan dan keburukan kepada pengguna. Tidak perlulah di ulas apa kebaikan dan keburukan internet sebab benda tersebut sudah banyak dibincangkan dan didebatkan dimana-mana sahaja. Apa yang perlu pembaca tahu ialah rahsia sebenar internet yang orang/penguna tidak tahu atau tahu tetapi tidak mengambil peduli hal tersebut.

Antara rahsia yang boleh kita kongsi di sini yang para penguna tidak sedar ialah bahawa data/maklumat/gambar,video anda dalam mana-mana laman sosial contohnya Facebook, MySpace,Blogspot,Youtube dan sebagainya adalah hak milik laman sosial tersebut apabila anda mendaftar. Kalau tidak percaya cuna anda fikir ke mana gambar,video yang anda upload disimpan dalam laman sosial tersebut. Tentu sekali gambar dan video tersebut tidak disimpan didalam harddisk komputer anda ataupun didalam pendrive anda tetapi akan disimpan didalam ruangan server laman sosial itu. Ruang server tersebut berupa seperti hard disk yang sangat besar yang boleh menampung berjuta-juta bahan didalam. Jadi disini apabila gambar tersebut dimuat turun kedalam aplikasi sosial atau web tersebut sesiapa pun boleh mengambil gambar yang kita muat turun tadi. Walaupun ada jaminan bahawa gambar anda atau data berkenaan diri anda dilindungi namun tidak 100% diri anda dapat dilindungi.

Sebagai contoh banyak kes yang melibatkan gambar disunting, digunakan sebagai iklan dan sebagainya. Pekara ini tidak diketahui oleh ramai orang. Oleh yang demikian keselamatan dalam ruang siber perlu diketahui oleh semua pengguna laman sosial dan web. Berikut langkah-langkah memastikan data peribadi anda selamat dari dicuri atau digunakan oleh orang lain:
  1. Berhati-hati dengan setiap data peribadi yang diberikan dalam laman sosial, Sentiasa gunakan nama samaran dan data yang tidak sahih.
  2. Sila taip nama penuh anda di google dan cuba kesan adakah nama dan gambar anda digunakan dalam laman sosial lain.
  3. Jangan tinggalkan pasword dalam komputer yang anda gunakan untuk mengelakan dicuri oleh orang yang menggunakan komputer.
  4. Sentiasa mengemaskini perisian anti virus dan firewall bagi mengelakan terdapat spyware dan virus yang mencuri data peribadi anda.
  5. Jangan berkongsi sebarang maklumat anda tentang pergerakan, bank, kedudukan GPS dan sebagainya bagi mengelakan anda diintai oleh penjahat.
Gambar yang dikutip dari google image
Pelbagai cara lagi yang boleh memberi keselamatan diri ketika melayari internet. Langkah yang perlu yang mesti diambil kira ketika menggunakan internet bahawa anda sentiasa diperhatikan dan sentiasa berwaspada.


Isnin, 5 November 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Perlu Di Tambahbaik

Langkah kerajaan dibawah kementerian pelajaran untuk menambah baik Sistem Pentaksiran Berasaskan  Sekolah (PBS) adalah wajar dilakukan. Kementerian Pelajaran melalui Menteri yang bertanggunjawab mengatakan bahawa sistem PBS yang ada sekarang masih baru dan memerlukan masa untuk di adaptasikan. Oleh itu banyak ruang lagi yang boleh diperbaiki terhadap sistem tersebut. Masalah mengenai PBS ini disuarakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan terdapat juga keluhan-keluhan dari guru-guru yang mengunapakai sistem ini. Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru ialah :
  • Kelewatan pangkalan data
  • Sistem sukar di akses
  • Guru kurang faham kaedah pentaksiran kerana terdapat perbezaan antara versi manual dan secara online.
  • Bebanan kerja tambahan kepada guru-guru dalam penilaian.
  • Bagi sekolah pedalaman yang sukar mendapat akses internet, guru-guru terpaksa pergi ke kawasan bandar atau pekan yang mempunyai akses internet untuk mengisi hasil pentaksiran yang dilakukan secara manual.
Jika disenaraikan lagi banyak keluhan guru-guru mengenai PBS ini. Langkah untuk menambah baik PBS ini adalah satu langkah yang tepat diambil oleh pihak kerajaan dan penambahbaik sistem PBS ini haruslah dilaksanakan dengan secepat mungkin kerana dalam beberapa tahun sahaja lagi peperiksaan PMR akan menggunakan sistem PBS ini sepenuhnya. Apa yang mindapendidik harapkan ialah sistem PBS ini menjadi satu sistem yang mesra pengguna, mudah di akses dan penilaian yang dibuat semestinya telus. Apa ya ng paling penting supaya sistem ini boleh diakses tidak kira dimana sahaja dengan bekalan internet di semua sekolah pedalaman dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Isnin, 17 September 2012

Laporan Awal : Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025..Ulasan dan Pendapat

Sudah anda membaca laporan awal : Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2012-2025. Jika belum, anda boleh memuat turun dokumen berkenaan laporan tersebut di sini:

Sabtu, 8 September 2012

Cadangan Meningkatkan Prestasi Pendidikan Di Sabah

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Disamping itu keluasan dan bentuk muka bumi di Sabah yang mencabar turut mempengaruhi pembangunan yang diterima di Sabah. Sebenarnya itu bukan alasan, jika ada kemahuan dan daya usaha pembangunan boleh dilakukan biarpun jauh di ceruk pedalaman sekalipun.

Berbalik pula dengan soal pendidikan, Sabah merupakan salah satu negeri yang memegang status pencapaian akademik yang paling dibawah sekali.Kalau orang Sabah gelaran ini dipanggil "Uncit". Jika keputusan peperiksaan awam diumumkan maka dengan rasminya Sabah adalah salah sebuah negeri yang berada dalam kelompok dibawah terutama UPSR. Itu belum lagi dalam pelaksanaan data-data yang diperlukan dan pelaksanaan program-program oleh KPM, Sabah adalah antara negeri yang bermasalah dalam pelaksanaan data-data serta pelaksanaan program yang dilancarkan KPM.

Bagaimana mahu meningkatkan prestasi pendidikan di Sabah ? Salah satu yang boleh dibuat ialah menyediakan KPI pendidikan kepada setiap wakil rakyat yang mewakili Parlimen ataupun ADUN. KPI yang perlu dicapai ialah mesti meningkatkan akademik peperiksaan awam.

Buat masa ini, wakil Parlimen dan Adun hanya menumpukan soal meningkatkan tahap infraksuktur sekolah dibawah jagaan kawasan mereka. Mereka berusaha membawa pembangunan kepada sekolah berkenaan daripada melihat prestasi akademik. Prestasi akademik diberi tugasan kepada guru-guru dan Pejabat Pelajaran Daerah. Jika diumumkan prestasi peperiksaan di kawasan jagaan beliau berjaya barulah beliau membuat kenyataan akhbar dengan bercerita dengan bangganya. Kalau prestasi merosot, yang dipersalahkan pihak guru-guru dan PPD. Kalau diikutkan mereka langsung tidak membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah. Yang difikirkan adalah membuat pembangunan sahaja. Yang penting bila ada pembangunan adalah wang peruntukan masuk.

Oleh itu adalah wajar dibuat setiap wakil rakyat terutama di Sabah mempunyai KPI peningkatkan prestasi akademik di tempat yang diwakilinya. KPI tersebut bukannya dibuat semata-mata untuk menambah bebankan lagi tugas guru-guru dan PPD. Ini kerana mereka juga mempunyai KPI tersendiri yang perlu dicapai. Wakil rakyat perlulah mencapai KPI tersebut dengan membuat program-progam peningkatan akademik dengan bantuan pihak sekolah dan PPD. Jika ini dapat dbuat, peningkatan peperiksaan akademik di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat tersebut akan dapat dilihat.

Jika ini berjaya, ia juga patut diluaskan kepada setiap ketua kampung atau PIBG sekolah. Biarlah semua orang tahu tanggungjawab pendidikan. Jangan mahu wang peuntukkan sahaja untuk menaik taraf sekolah. Itu tidak berguna jika akademik pendidikan dibawah status "UNCIT".

Selasa, 4 September 2012

Ikhlaskah Guru-Guru pada Zaman ini Mengajar ?

 
Adakah anda salah seorang guru yang berkelakuan sebegini?
 
Suatu persoalan yang hanya boleh dijawab oleh guru-guru sendiri. Ikhlaskah anda mengajar ? Satu soalan yang membuka pintu hati dan fikiran untuk berfikir sedalam-dalamnya. Ikhlaskah aku mengajar?

Kenapa bertanya ikhlas atau tidak. Pada zaman ini dapat dilihat banyak guru-guru yang berkelulusan Ijazah dan kebanyakannya masih baru. Dalam soal mendidik memang tidak dinafikan mereka berusaha untuk memberikan apa yang terbaik untuk anak murid mereka. Namun ada juga yang sebaliknya. Apa yang perlu difikirkan ini ialah dari sudut keikhlasan mereka.

Guru-guru pada era 70-90 an adalah guru-guru yang terbaik dilahirkan dari segi keikhlasan. Walaupun guru-guru yang berkelulusan ijazah amat sedikit bilangannya tetapi mereka dapat melahirkan anak murid yang sekarang ini berkelulusan ijazah. Kalau tidak percaya cuba selidik guru-guru baru yang ditempatkan disekolah anda, semuanya terdiri daripada golongan yang bersekolah pada era 70-80 an. Sekarang mereka sudah berjaya dan menjadi seorang guru berijazah.

Guru-guru pada era ini juga tidak merungut tentang gaji yang mereka terima. Tidak lari atau berpindah sekolah apabila ditempatkan disekolah pedalaman. Tidak memiliki kereta yang besar-besar. Menurut arahan yang diberikan kepada mereka tanpa banyak bicara. Kerja pada hari sabtu dan ahad masih boleh beri kerjasama lagi.

Guru-guru pada zaman sekarang, gaji sudah tinggi tapi masih tidak cukup. Kereta kalau boleh mesti yang berjenama, kereta proton tidak mainlah mereka kata, mau kereta honda dan toyota juga. Telefon pintar jenama terkini dan Tab sentiasa dibawa kemana-mana termasuk ke dalam kelas ketika mengajar. Kalau diberi tugasan pada hari minggu mula sudah merungut bahawa ia akan menganggu rehat hujung minggu. Arahan dari KPM mengenai pelbagai aplikasi KPM dan kepentingannya untuk dikemaskini (contohnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah-PBS, SAPS dan lainlain lagi) dibuat dengan pelbagai rungutan dan alasan. Alasan yang paling popular ialah talian internet. Serta pelbagai lagi pekara yang berbeza dengan guru-guru era 70-90 an.

Apa yang mahu dinyatakan disini, kemana keikhlasan guru-guru semua. Adakah dengan gaji yang semakin meningkat, bebanan kerja yang semakin banyak atau cabaran teknologi yang mengaplakan guru-guru kita dalam memperkasakan keikhlasan ketika mengajar.

Ada juga dikalangan guru-guru kita yang sememangnya ikhlas dalam mendidik, tidak berkira masa dan tenaga. yang penting anak didik menjadi insan yang berguna. Cuma bila dilihat guru-guru tersebut adalah produk dari era 70-90 an iaitu guru-guru yang telah lama berkhidmat. Walaupun ada juga beberapa rungutan mereka namun tugas mendidik tersebut lebih diutamakan.

Guru-guru baru??? cukup ikhlaskah anda sekarang ???

Khamis, 19 Julai 2012

ISU TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH : Wajar atau Tidak

Sekali lagi dunia pendidikan negara heboh sedikit. Ini kerana Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.Bermakna pada tahun hadapan para pelajar boleh membawa telefon bimbit ke sekolah. Hal ini terjadi apabila timbul beberapa laporan mengenai kes penculikan pelajar di sekolah dan juga aduan ibubapa pelajar mengenai keharusan anak-anak mereka membawa telefon disekolah.


Namun apabila diumumkan kenyataan tersebut, ramai dari golongna pendidik tidak bersetuju terhadap rancangan tersebut. Kenapa golongan pendidik yang paling ramai tidak bersetuju? Menurut laporan akhbar Berita Harian (klik disini) Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam.
Gambar sumber http://teenscosmo.com/hand-phones-should-be-allowed-in-school-a-students-jeremiad/
Kalau difikirkan secara logik, mestilah guru-guru yang banyak tidak menyokong kebenaran membawa telefon bimbit kesekolah kerana guru-guru inilah yang faham dan tahu apa yang pelajarnya lakukan disekolah apabila mengunakan kemudahan tersebut. Kerisauan guru-guru tersebut kepada penyalahgunaan alat komunikasi tersebut melebihi kebaikan yang akan dapat diterima apabila mengunakan kemudahan tersebut.

Ada baiknya kebenaran tersebut perlu diperalusi dahulu supaya ada keseimbanagan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak. Selalunya kebimbangan terhadap disiplin pelajar itulah yang jadi tanggungjawab para guru-guru.

Jika ada komen terhadap isu ini,sila kongsikan di bawah..TQ

Khamis, 21 Jun 2012

Aplikasi terjemahan terbaik : Google Translate VS CitCat











Salam, lama sudah tidak update blog ini. Tertalu banyak urusan kerja dan aktiviti dibuat dalam 2 bulan kebelakangan ini. Tidak apa, bila ada kesempatan ini bolehlah menulis semula. Kali ini aku menulis tentang aplikasi terjemahan yang terbaik antara kedua sistem terjemahan internet. Jadi mana satukah yang terbaik dan boleh dipercayai. Mari kita tengok apa yang kita boleh dapat dalam kedua-dua aplikasi ini.

Google Translate.

Siapa tidak kenal dengan google. Google bukan saja merupakan enjin carian yang amat terkenal malah didalamnya terdapat pelbagai-bagai aplikasi sampingan yang sangat bermanafaat. Antaranya ialah google maps, gmail, google docs dan yang menjadi tajuk perbincangan kita ialah google translate.

Apa dia google translate ? google translate merupakan aplikasi terjemahan internet yang diselia oleh google. Google translate menukarkan pelbagai bahasa yang ada dalam dunia ini. Untuk kita di Malaysia, google juga menawarkan bahasa Malaysia untuk ditukarkan dalam pelbagai bahasa. Namun apa yang dapat dilihat setelah mencuba aplikasi ini, bahasa malaysia yang digunakan apabila menukarkan bahasa inggeris ke bahasa malaysia adalah menggunakan bahasa malaysia yang kearah bahasa indonesia. Mungkin penterjemah google translate untuk bahasa malaysia adalah menggunakan penterjemah yang mahir bahasa indonesia. Ini kerana bahasa indonesia lebih banyak digunakan dan lebih kuat sebagai bahasa ilmu berbanding bahasa malaysia. Oleh itu bahasa malaysia dalam google derbunyi agak ke indonesiaan sedikit. Tapi apapun ia masih boleh difahami.

Lagi satu, apabila kita menggunakan google translate ini dan cuba menukarkan bahasa inggeris ke bahasa malaysia, tatabahasa yang akan diterjemah agak sedikit lari. Ini kerana ia menukarkan 100% bahasa inggeris tersebut ke bahasa malaysia tanpa menukarkan sedikit tatabahasanya. Ini salah satu keburukan sistem ini.

Tapi apa yang baiknya ialah, sistem ini dapat menterjemah dengan jumlah perkataan yang banyak. Oleh itu, kita bolehlah paste perkataaan dengan banyak tanpa sekatan kedalam google translate.

Citcat

Citcat merupakan sistem terjemahan kendalian anak tempatan (Malaysia). Dari segi bahasa yang digunakan semestinya menggunakan bahasa malaysia. Sistem ini apabila digunakan sangatlah mudah dan menarik sama dengan google translate. Kelebihan yang boleh didapati ialah sistem ini dapat menukarkan bahasa cina ke bahasa inggeris walaupun masih dalam peringkat beta. Namun ia merupakan satu percubaan yang menarik dibuat oleh kumpulan yang mengendalikan sistem ini.




Dari segi tatabahasa ayat setelah diterjemah, sistem ini boleh membetulkan semula ayat yang diterjemah ke tatabahasa yang betul. Ini memudahkan jika ingin membuat suntingan kepada ayat yang telah diterjemah.. Apabila mencuba sistem ini, tidak banyak yang perlu dibetulkan bagi susunan ayat yang telah diterjemah dan kebanyakkannya terjemahannya adalah baik dan mudah.

Kekurangan yang boleh dikatakan ialah sistem ini hanya boleh memuatkan sebanyak 500 patah perkataan dalam satu-satu masa sahaja. Ia tidak boleh menterjemah lebih dari 500 patah perkataan dalam satu-satu masa. Namun ia bukan satu kelemahan yang boleh menjatuhkan reputasi sistem ini. Sistem ini mempunyai kelas yang tersendiri.

Cadangan
Bagi saya sendiri, sistem terjemahan citcat adalah yang terbaik buat masa ini. Jadi bagi saya sendiri, citcat adalah pilihan saya kerana ia dapat menterjemah dengan baik dan bahasa malaysia yang digunakan memang mengunakan bahasa malaysia yang original. Tapi jika mahu menterjemah ke bahsa asing lain seperti hindi, portugis atau latin disarankan gunakanlah google translate sebab ia lebih mudah dan meluas.

Khamis, 17 Mei 2012

PROSES KENAIKAN PANGKAT : Siapa lebih beruntung

Selamat Hari Guru. Sempena hari guru tahun ini apa kata kita berkongsi tentang tajuk diatas. PROSES KENAIKAN PANGKAT; Siapa lebih Beruntung.

Kenaikan Pangkat ! Siapa tidak mahu naik pangkat. Tidak kiralah secara hakiki ataupun secara time based. Sempena perasmian hari guru baru-baru ini oleh Timb. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.Beruntung lah kepada mereka yang berjaya mendapat kenaikan pangkat tersebut.

Tetapi apa isu yang menjadi bualan para guru-guru apabila diumumkan pekara tersebut iaitu tentang status guru yang tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat. Contohnya seperti guru-guru yang ditempatkan di PPD. Pecayakah anda bahawa gred pegawai-pegawai yang berada diPPD tidak semewah gred guru-guru yang berada di sekolah terutama di sekolah menengah. Sebagai contoh di sekolah menengah, gred hakiki untuk menjadi peng. Kanan kurikulum, Hem dan Ko-Kurikulum adalah berada di gred DG48 manakalah gred sebagai PPD atau Timb.PPD ialah DG48. Dalam soal ini siapa lebih beruntung. Kalau pengetua sekolah menengah itu jangan cerita lah sebab mereka berada dalam gred yang lebih tinggi dari pegawai PPD sendiri. Namun yang membezakan kedudukan pegawai di PPD dan guru di sekolah ialah kedudukan kekananan pegawai di PPD itu sendiri namun secara realiti apabila dilihat dari segi gred jauh sekali.

Turut menjadi buah mulut dikalangan guru-guru ialah ada dikalangan peng.kanan di sekolah menengah mendapat keistimewaan gred DG48 tersebut setelah memegang jawatan itu dalam 2 tahun sahaja. Mengikut peraturan kenaikan pangkat ke DG48. Seseorang guru itu kena berada selama 5 thn di gred DG44 dahulu sebelum ke gred DG48. Namun dalam kes ini, guru tesebut telah mendapat kenaikan gred DG48 hanya setelah berada di gred DG44 hanya selama 1-2 tahun sahaja. Betapa untungnya mereka. Lagi satu kes dimana jawatan ketua bidang di sekolah menengah di Gred DG44, seorang guru memberitahu bahawa kedudukan dia yang lebih senior (mengajar lebih dari 8 tahun) telah ketinggalan dengan junior di sekolah (mengajar 5 tahun) itu hanya kerana junior tersebut mendapat kenaikan pangkat sebagai ketua bidang dengan gred semasa DG44. Siapa yang untung dan ketingalan dalam pekara ini.

Bagi guru-guru di sekolah rendah pula, kenaikan pangkat boleh dikatakan tidak seluas disekolah menengah. Bagi sekolah rendah, guru-guru hanya dapat menjawat jawatan di Gred DGA32 hakiki ataupun time based. Jika mengambil gred secara hakiki syaratnya pula guru tersebut kenalah menjawat jawatan seperti guru besar (bagi sekolah SKM atau Gred B) ataupun sebagai Peng. Kanan sekolah. Bagi sekolah gred A pula, gred hakiki bagi guru besar pula selalunya berada di gred DGA34 hingga DGA38. Bagi guru besar yang telah bertukar gred ke gred siswazah, gred yang mungkin paling besarnya boleh dicapainya ialah DG41-DG44. Jurangnya agak besar dengan gred di sekolah menengah. Tetapi jangan diingat gred tersebut berbeza dengan gred disekolah menangah, perbezaannya ialah dari skil gaji. Gaji yang disandang oleh guru-guru yang melalui beberapa gred contohnya bermula dari gred DGA32 ke DGA34 dan apabila mendapat gred baru siswazah di gred DG41, gaji pokoknya saja setaraf dengan gaji gred DG44 atau DG48. Cuma dari segi gred semasa pula ia betul-betul berbeza sama sekali.

Dalam hal ini, diharap kementerian pelajaran perlulah menyelesaiakn beberapa pekara yang melibatkan soal kenaikan pangkat ini. Walaupun ada beberapa perkara berkenaan kenaikan pangkat ini telah berjaya diselesaikan namun pekara-pekara seperti peluang kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai yang ditempatkan/dipinjamkan di PPD perlulah diambil perhatian. Jika kenaikan pangkat lebih meluas apabila berada disekolah mungkin satu masa nanti tiada pegawai dikalangan guru mahu ditempatkan di PPD kerana merasakan peluang kenaikan pangkat di sekolah lebih besar peluangnya daripada berada di PPD yang kerjanya lebih mencabar dari di sekolah.

Peluang kenaikan pangkat juga haruslah diperluaskan di sekolah-sekolah rendah. Banyak guru-guru di sekolah rendah tidak mendapat keistimewaan seperti guru-guru di sekolah menengah. Jika ada guru-guru siswazah di sekolah rendah mahu kenaikan pangkat. Gred yang mungkin dapat disandangnya hanyalah di gred DG44 Kup ataupun DG48 kup. Untuk mendapat gred hakiki mungkin agak tipis sama sekali. Oleh itu sesuatu perlu dilalukan dalam menyelesaikan masalah ini.

Akhir kata, tahniah kepada guru-guru yang berjaya dalam proses kenaikan pangkat yang baru-baru ini diumumkan. Tahniah dan jadikan kenaikan pangkat ini sebagai satu batu loncatan untuk memberikan ilmu yang lebih bermakna kepada anak-anak murid kita di sekolah. Selamat Hari Guru diucapkan sekali lagi. Terima Kasih Cikgu.

Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012


Kepada semua warga pendidik di Malaysia, Minda pendidik mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik. Tema hari guru tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Semoga warga pendidik sentiasa berada dalam keadaan yang ceria sentiasa.

Ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Klik disini. 

Lagu Guru Malaysia

Lagu Tema Hari Guru 
 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Skor lagu Guru Malaysia
Susunan : YM Raja (angklung YM Raja Group FB)
Muzik dimainkan dengan alat muzik angklung



Logo Sambutan Hari Guru 


Khamis, 3 Mei 2012

Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat PPPS Laluan Hakiki

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) mempunyai sebanyak 10 jenis laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang disediakan oleh kerajaan. Salah satu ialah laluan kenaikan pangkat secara Hakiki iaitu melibatkan 4 laluan urusan pemangkuan. Ia terdidi daripada laluan hakiki pertama bidang umum (BU), teknikal (BTek) dan pendidikan islam (BPI), kedua institut pendidikan guru (IPG)/Institut Aminuddin Baki (IAB), ketiga Kolej Matrikulasi (KM) dan keempat Tingkatan 6. Empat jenis laluan hakiki tersebut seperti dalam gambar rajah dibawah.


Ulasan mindapendidik :
Laluan Hakiki merupakan laluan kenaikan pangkat yang lebih menjaminkan kedudukan serta pangkat seseorang yang menerima laluan tersebut. Kalau diikut pada laluan bidang Umun (BU), laluannya akan sampai ditahap Jusa C dan keatas. Ini bermakna, seseorang yang memilih laluan hakiki ini besar kemungkinan akan dapat menjawat jawatan yang tinggi dalam perkhidmatannya.

Namun untuk mencapai ke tahap tersebut, pelbagai prosuder perlu dilakukkan sebelum dapat diterima dalam laluan hakiki tersebut. semuanya boleh di rujuk dalam pekeliling perkhidmatan Bil 7 tahun 1993 dan peraturan-peraturan pegawai awam (pelantikan, kenaikan, pangkat dan penamatan ) 2005.

Kalau ada pembaca blog ini masih kurang arif dan faham tentang perjalanan laluan kenaikan pangkat PPPS hakiki ini, bolehlah merujuk ke PPD masing-masing atau bolehlah bertanya kepada mindapendidik di ruangan komen dibawah. Mungkin mindapendidik akan dapat menjawab segala persoalan yang anda kurang faham.

Sebenarnya banyak maklumat tentang laluan kenaikan pangkat PPPS untuk laluan hakiki ini, tapi mindapendidik hanya dapat mencatatkan sebilangan dari info tersebut. Apapun lebih baik bertanya dari banyak bercerita.

Selasa, 24 April 2012

Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP)


Kerjaya sebagai pegawai perkhidmatan pelajaran terdiri dari dua kategori iaitu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma (PPPLD). Laluan kerjaya bagi kedua-dua kategori ini pula berbeza yang mana PPPS mempunyai sedikit kelebihan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam laluan kerjayanya. Cuma sekarang, ramai dikalangan pegawai perkhidmatan pelajaran masih belum faham tentang laluan kerjaya pegawai perkhidmatan pelajaran di Malaysia dalam Skim Saraan Malaysia (SSM).

Untuk itu bagi memberi sedikit kefahaman dan info terhadap laluan kerjaya bagi PPP di Malaysia, Mindapendidik akan mengulas dan merungkai serba sedikit laluan kerjaya PPP. Sumber yang didapati ini adalah dari buku LALUAN KERJAYA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada Mac 2009.

1.       Laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah (PPPS)
Untuk PPPS, laluan kerjaya mereka merangkumi 3 jenis laluan iaitu;
·         Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPS laluan Hakiki
·         Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPS laluan cemerlang
·         Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPS laluan Time-Based

2.      Laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma (PPPLD)
PPPLD pula, laluan kerjayanya juga merangkumi 3 jenis laluan iaitu ;
·         Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD laluan Hakiki
·         Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD laluan cemerlang
·         Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD laluan Time-Based

Untuk itu, dalam bahagian kedua laporan dari mindapendidik tentang Laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pelajaran , mindapendidik akan mengupas laluan kerjaya PPPS dahulu. Jika ada pertanyaan sebelum kupasan tersebut bolehlah disoal dibawah.

Ok. Nantikan kupasan Laluan Kerjaya bagi PPPS pada catatan blog mindapendidik dalam masa terdekat ini.

Jumaat, 20 April 2012

Guru memakai Selipar ketika Mengajar!!!

Baru-baru ini telah keluar dalam ruangan FORUM melalui surat dari pembaca di Utusan Malaysia berkenaan dengan pekara diatas. Guru itu melalui suratnya yang bertajuk "Wajarkah guru memakai selipar semasa mengajar?" (Klik disini) telah mempersoalkan tentang beberapa orang guru wanita disekolahnya memakai selipar semasa bekerja/mengajar. Oleh yang demikian guru tersebut menjadi keliru dengan situasi tersebut.

Dalam surat tersebut ada juga dinyatakan yang guru tersebut masih lagi baru bertugas. Kiranya guru baru posting lah ini dan ia juga menyatakan terdapat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Perempuan menyebutkan guru perempuan boleh memakai selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.

Dalam hal ini siapa yang benar dan salah dalam membentuk pribadi seorang guru. Ketika di maktab perguruan yang sekarang ini dipangil IPG, pelati-pelati guru wanita mestilah memakai kasut wanita dan berstokin dan tidak boleh memakai selipar. Itu adalah peraturan di IPG. Tetapi apabila di dunia sekolah yang sebenar, peraturan itu tidak pula dikuatkuasa. Oleh itu memang betullah guru tersebut merasa keliru. Kadang kala kita boleh melihat guru wanita memakai kasut bertumit tinggi ketika mengajar. Jadi dimana silapnya pekara ini. Kalau ikut pekeliling tersebut dibolehkan pula memakai selipar tetapi kat IPG tidak boleh pula. Saya pun turut keliru juga ini..hahaha

Tapi apa yang penting disini bolehlah dikatakan bahawa di IPG sebenarnya kita masih merupakan pelajar dan bukan guru lagi. Kalau masih pelajar kita kenalah ikut peraturan sebagai pelajar.Sebagai pelajar pula kenalah ikut peraturan ditempat dimana kita belajar. Tapi bila dah bekerja. Kita kenalah menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar pula. Tentang kasut itu pula, sebenarnya tiada masalah kalau mahu memakai selipar ketika mengajar bagi guru wanita. Kalau lelaki tidak bolehlah. Ini kerana selipar itu juga merupakan sebahagian pakaian kita. Kalau guru memakai pakaian yang sama sahaja dan tidak menarik maka pelajar-pelajar kita pun akan jadi boring. Itulah kenapa guru sahaja tiada pakaian seragam seperti doktor ataupun polis kerana mengelakkan pelajarnya jadi boring dengan penampilan gurunya. Ini adalah sebahagian dari psikologi kepada pelajar kita. Cuma ketika berpakaian kenalah memakai persalinan yang sopan dan menujukkan anda seorang guru. Kalau berlebih-lebih pula nanti lain pula anak murik kita berkata dibelakang mereka.

Oleh itu kepada guru keliru tersebut. Jika anda merasa keliru dengan pekara tersebut, cubalah bertanya dengan guru-guru senior tentang pekara tersebut. Kenapa mereka memakai selipar dan apa implikasinya kepada pelajar? anda akan mendapat jawapanya.

*mindapendidik: BerSelipar Jepun ketika banjir..

Jumaat, 16 Mac 2012

KARNIVAL NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2012

Tanggal 5-9 Mac 2012 yang lalu telah berlangsung Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah. Kali ini daerah Sandakan telah menjadi tuan rumah karnival ini. Karnival ini dijalankan di SMK Agama Sandakan dan majlis penutupan telah dibuat di Dewan Sri Libaran, Sandakan pada 8 Mac 2012. Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah berkenan menyempurnakan majlis penutupan dan menyampaikan hadiah serta sijil kepada pemenang.

Tokoh Nilam bagi tahun 2012 ini telah disandang oleh adik MOHAMMAD FAUZI BIN ACHO, SMK AGAMA TUN SAKARAN, SEMPORNA bagi kategori sekolah menengah dan adik ARNI NAZEHA BT AZAHAR,SK ST. MARY CONVENT, SANDAKAN bagi sekolah rendah. Berikut merupakan keputusan penuh Karnival Nilam tersebut:

A. KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDAR
Pertama: Arni Nazeha Bt Azahar, SK St. Mary Convent, Sandakan
Kedua: Nur Alya Hananni Roslan, SK Sri Gaya, Kota Kinabalu
Ketiga: Nur Fatihah Bte Hassan, SK Bandar 1, Tawau
 
B. KATEGORI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR
Pertama: Khelvy Kebby Bin Kili, SK Lok Yuk, Telipok Tuaran
Kedua: Imay Feviel Yen Gabriel, SK Pekan Beluran, Beluran
Ketiga: Essy Esslyn Bt Andrew, SK Bariawa Ulu, Keningau
Saguhati: Egbert Allentine George, SK St. Mary, Papar
Saguhati: Evve Ann Ewa Alyanna Poungin, SK Melangkap, Kota Belud
Saguhati: Nur Hidayah Bt Djahriansyah, SK Ranggu, Tawau
 
C. KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BANDAR
Pertama: Nur Fatien Bt Bacho, SMK Tawau, Tawau
Kedua: Zhoriana Bt Amat, SMK Perempuan, Sandakan
Ketiga: Erecca Georgetin, SMK Bahang, Penampang
 
D. KATEGORI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR
Pertama: Mohammad Fauzi Bin Acho, SMK Agama Tun Sakaran, Semporna
Kedua: Mohd. Helmi Bin Rashid, SMKA Mohamad Ali, Ranau
Ketiga: Asnizah Md Affendy, SMK St. Mary, Papar
Saguhati: Mohd. Zul Azhar Zulkifli, SMK Batu Sapi, Sandakan
Saguhati: Farah Amira Bt Abdul Hamit, SMK Keningau II, Keningau
Saguhati: Nur Hidayah Syafinaz Bt Raffy, SMK Putatan, Penampang
 
 
PEMENANG TOKOH NILAM NEGERI SABAH 2012
 1. TOKOH NILAM NEGERI KATEGORI SEKOLAH RENDAH
    ARNI NAZEHA BT AZAHAR,
   SK ST. MARY CONVENT, SANDAKAN
2. TOKOH NILAM NEGERI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
    MOHAMMAD FAUZI BIN ACHO,
    SMK AGAMA TUN SAKARAN, SEMPORNA
 
Semasa karnival ini berlangsung, terdapat beberapa program sampingan lain turut dijalankan. Antaranya ialah Kem Penulis Muda, Jejak Maklumat, Jejak Nilam dan Lawatan Ilmu di Sepilok, Sandakan. Semua aktiviti tersebut dijalankan dengan jayanya.

Tokoh Nilam yang telah terpilih itu tadi akan mewakili Negeri Sabah ke Karnival Nilam peringkat Kebangsaan nanti. Diharap tokoh Nilam yang mewakili negeri Sabah akan berjaya di peringkat kebangsaan nanti. Sama-Sama kita doakan.

GAMBAR SEMASA KARNIVAL NILAM TERSEBUT

Sesi Pendaftaran

Petugas Karnival sedang memberikan sedikit info semasa sesi pendaftaran

Peserta Nilam sedang melakukan aktiviti penilaian melalui sesi Forum.

Pesrta Nilam bersedia untuk sesi penulisan

Peserta kategori sekolah rendah sedang menghadapi ujuan penulisan Nilam

Peserta bagi kem penulis muda sedang mendengar ceramah dari penceramah kem penulis muda

Penceramah kem penulis muda sedang menyampaikan ceramahnya

Salah satu aktiviti karnival nilam-Jejak Maklumat

Peserta melakukan aktiviti pertama jejak maklumat


Menyelesaikan salah satu aktiviti semasa  jejak maklumat

Pentas utama majlis penutupan di Dewan Sri Libaran
Sekolah yang mengikuti Karnival dengan menyediakan tapak pameran

Ketua Menteri Sabah merasmikan Majlis Penutupan Karnival Nilam

Cenderamata untuk Ketua Menteri Sabah

Persembahan bercerita dari murid Sk Taman Rimba

Pemenang Tokoh Nilam bagi Kategori Pendidikan Khas Sekolah Rendah

Pemenang Tokoh Nilam Kategori Sekolah Menengah-MOHAMMAD FAUZI BIN ACHO,
    SMK AGAMA TUN SAKARAN, SEMPORNA


Pemenang Tokoh Nilam Kategori Sekolah Rendah  ARNI NAZEHA BT AZAHAR,
   SK ST. MARY CONVENT, SANDAKAN





































































































Pemenang Tokoh Nilam Kategori Pendidikan Khas Sekolah Menengah

Tokoh Nilam Bergambar Bersama Ketua Menteri dengan AJK Karnival Nilam

Tokoh Nilam Sekolah Rendah Dan Menengah

Jejak Nilam bersama bekas pemenang Tokoh Nilam yang dilakukan mengunakan SKYPE

Salah seorang bekas pemenang Tokoh Nilam ditemubual secara langsung melalui SKYPE

Salah seorang peserta karnival Nilam bertanyakan soalan kepada bekar pemenang Tokoh Nilam secara talian
Ketua Penolong Pengarah BTPN Sabah menyampaikan hadiah kepada pemenang Jejak Maklumat dan Malam Persembahan

KPP BTPN Sabah menyampaikan hadiah kepada pemenang kumpulan

Selasa, 6 Mac 2012

e-Hadir : Sistem Pemantauan Kehadiran Bersepadu Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Terkini- Jabatan Pelajaran Sabah telah  melancarkan aplikasi kehadiran bagi guru di Negeri Sabah. Aplikasi yang dibangunkan ini dinamakan e-hadir : Sistem Pemantauan Kehadiran Bersepadu Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Sistem ini boleh di akses secara talian online di pautan (klik disini)

Usaha JPN Sabah amat dipuji memandangkan peratus kehadiran guru-guru di Sabah amatlah mendukacitakan. Sistem pengurusan data kehadiran yang lemah serta sikap sambil lewa mengisi kehadiran punca data kehadiran guru tidak berapa memuaskan. Namun secara realitinya, jika anda berada di sekolah-sekolah pedalaman yang mempunyai jarak yang jauh dari PPD mesti pekara ketidakhadiran akan timbul.

Namun apa yang membataskan pelaksanaan sistem pemantauan kehadiran bersepadu e-Hadir ini adalah capaian internet di setiap sekolah di Negeri Sabah. Jika hendak dilaksanaakan pelaksanaannya, capaian internet di semua sekolah aruslah berkeadaan baik. Jika disekolah pedalaman bagaimana mahu mengunakan aplikasi ini kerana ada diantara sekolah-sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai capaian internet. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini sebelum pelaksanaan sistem e-hadir dilaksanakan sepenuhnya.

Buat masa ini sistem ini baru dilaksanakan di beberapa buah sekolah di kawasan-kawasan bandar sahaja dan sekolah-sekolah yang mempunyai capaian internet yang baik. Diharap sistem ini dapat dilaksanaka untuk kesemua sekolah di negeri Sabah supaya isu ketidakhadiran guru di sekolah tidak menjadi duri dalam daging sistem pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger