Sponser

Selasa, 28 Disember 2010

aSc Time Tables : Memudahkan pembinaan jadual waktu kelas dan matapelajaran sekolah.

Musim persekolahan sesi 2011 akan bermula tidak lama lagi. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah tentu sedang bertungkus lumus menyiapkan pelbagai kemudaan asas dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan sebelum sesi persekolahan bermula.
Bagi guru yang bertanggungjawab membina dan menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran. Menjadi kerumitan serta masalah yang amat membebankan jika tugasan diberikan dan perlu disiapkan dengan seberapa segera. Mungkin pelbagai cara dan kaedah akan digunakan untuk menyusun jadual waktu kelas serta matapelajaran supaya jaudal waktu tersebut mengikuti standard yang telah ditetapkan serta memastikan jadual waktu tersebut tidak bertembung dengan guru-guru lain dalam satu kelas yang sama. Itu adalah tugas yang amat rumit dan memerlukan pemerhatian serta kecekapan yang tinggi. Apatah lagi kalau jumlah guru yang sedikit dan pemhagian matapelajaran tidak adil. Tentu amat menyulitkan.

aSc Time Tables

Namun, masalah ini boleh diatasi dan mungkin dapat memudahkan pembinaan jadual waktu dengan lebih terancang dan mudah dengan menggunakan perisian aSc Time Tables ini. Perisian ini boleh digunakan dengan pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia. Ini akan memudahkan penguna perisian ini memahami cara mengunakan perisian ini. Selain itu, bagi pengguna baru, tutorial juga ada disertakan dan tutorial ini akan mengajar anda menggunakan erisian ini dengan betul.

Kepada guru jadual waktu, janganlah teragak-agak mencuba perisian ini. Ianya boleh didapati di laman web berikut (klik) dan yang pastinya ianya adalah percuma. Cuma kalau mahu lebih dari perisian ini kenalah membeli perisian ini untuk mendapat versi lengkapnya. Tapi perisian yang versi percuma ini pun sudah cukup berguna bagi membina jadual waktu. Selamat mencuba..

mindapendidik : membuat jadual waktu secara manual dengan menggunakan kertas manila kad dan kertas berwarna bagi setiap guru. memang sakit nak buat sampai berpinar-pinar mata..

SEJARAH WAJIB LULUS SPM 2013

Pada tahun 2013, subjek sejarah akan menjadi salah satu subjek lulus pada peperiksaan SPM.Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menimbulkan pelbagai polemik dan komen-komen yang baik dan ada juga yang sumbang mengenai keputusan yang dibuat itu. Apa lagi keputusan yang telah diumumkan di dalam perhimpunan Agung UMNO ini ditafsirkan sebagai keputusan dari UMNO dan kelak nanti sejarah yang akan ditafsirkan adalah lebih berkisarkan dengan kepentingan UMNO sahaja. Banyak pihak yang mempertikai keputusan tersebut malah dalam ahli komponen BN pun ada yang kurang bersetuju.

Namun daripada semua pihak bercakap-cakap dan mengheret subjek sejarah dalam arena politik sekarang, lebih baik semua berfikir bagaimana menjadikan matapelajaran sejarah ini menarik dan bagaimana meningkatkan sistem pelajaran sejarah ini bukan dari sekadar fakta tapi sebaliknya mesti mempunyai kebenaran yang sebenarnya.

Dari penerbitan buku teks yang dilaporkan ada ralat dalam fakta sejarah dan juga bahan-bahan sokongan lain semestinya mempunyai satu penelitian tentang fakta sejarah yang sebenar supaya tiada pihak lain yang mempolitikkan sejarah tersebut untuk kepentingan polotik mereka. Memang sejarah wajib diketahui oleh segenap rakyat di dunia serta Malaysia umumnya tapi jika sejarah yang digubal dalam pelajaran di sekolah-sekolah hanya berlandaskan fakta tapi kesimpulan dan pemahaman tentang sejarah itu tidak diterapkan mungkin pelajar yang akan mengambil SPM pada 2013 nanti akan lulus dengan baik dalam subjek sejarah tersebut dengan fakta yang diberikan namun besar kemungkinan pemahaman mereka dalam sejarah yang dipelajari hanya berlandaskan fakta sahaja bukan dalam pemahaman yang diperlukan dalam menilai sejarah yang diperlukan untuk jati diri mereka.

Oleh itu diharap orang-orang politik janganlah memperbesarkan tentang subjek sejarah ini. Biarlah orang yang mahir terdiri daripada ahli-ahli sejarahwan serta ahli akademik sahaja yang merencana bahan sejarah tersebut dengan mengira nilai-nilai yang terdapat dalam negara kita ini supaya ia tidak lari dari fakta sejarah yang sebenar. Kalau ada campurtangan politik dalam sejarah maka hasilnya akan terbit dengan agenda politik. Ini akan menimbulkan lebih banyak lagi bibit-bibit pepecahan dalam negara.

mindapendidik : suka pada sejarah negara kita serta dunia. Itu adalah asal usul bangsa Malaysia yang merdeka

Jumaat, 24 Disember 2010

Harapan dan Impian di Tahun 2011

Kepada semua warga pendidik di Malaysia. Minda pendidik ingin meninjau serta mengetahui apa yang ingin dihajatkan pada tahun 2011 tentang dunia pendidikan di Malaysia. Dengan komen dan cadangan dari anda semua, bolehlah kita bersama-sama mengubah pandangan kita terhadap pendidikan di negara kita. Segala ulasan dan pandangan akan dihargai. Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga pendidik.

Rabu, 22 Disember 2010

Muat Turun Dokumen KSSR tahun 1

Klik pada Imej untuk terus ke Laman web BPK
Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia(BPK) telah memuat turun dokumen KSSR Tahun 1 pada tahun hadapan di laman webnya. Dokumen itu adalah penting bagi setiap sekolah rendah di Malaysia bagi melaksanakan KSSR yang akan dilaksanakan pada tahun 2011. Dokumen di dimuat turun bagi memudahkan sekolah-sekolah yang belum lagi mendapatkan dokumen KSSR yang lengkap. Bagi sekolah-sekolah yang belum lagi mempunyai dokumen KSSR yang terdiri dari HSP dan juga bahan sokongan lain bolehlah memuat turun di laman web BPK ini

Klik pada Imej untuk terus ke Laman web BPK/muat turun KSSR

Selasa, 21 Disember 2010

WIKILEAKS : Gosip atau Konspirasi Barat

Buat seketika, Blog Mindapendidik ingin keluar tajuk dari menceritakan cerita-cerita pendidikan. Sekali sekala mahu juga blog ini keluar tajuk dari kebiasaan. Seperti yang kita dengar, tonton, baca dan ikuti di internet, surat khabar, berita televisyen, dalam CNN dan pelbagai lagi sumber berita, muncul sebuah laman internet yang digelar WIKILEAKS.

Apa dia WIKILEAKS ?

Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan. Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya. Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta. (sumber Wikipedia. Klik di sini untuk ke laman web Wikipedia)

Oleh yang demikian, apa fungsi utama pertubuhan Wikileaks ini. Dalam pendedahan-pendedahan yang dilancarkan dan disebarkan kepada umum, semuanya menceritakan tentang kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh Amerika dan negara-negara yang berkaitan dengan Amerika. Malaysia juga tidak terkecuali terkena tempiasnya dan negara jiran kita yang telah dimanipulasi oleh Wikileaks untuk mengeruhkan kerjasama antara negara-negara di Asean ini.
Apa yang tidak didedahkan di Wikileaks ini adalah tentang Negara Israel. Wikileaks ini tidak pula mahu mendedahkan tentang kekejaman Israel dan juga kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Israel. Kalau adapun ia tidaklah sehebat pendedahan kepada negara lain.

Adakah Wikileaks ini adalah bertujuan untuk mengalih tumpuan masyarakat dunia kepada kekejaman Israel ataupun sebagai usaha Israel untuk berkawan dengan dunia antarabangsa dengan menjadikan negara-negara lain sebagai penganas dan mereka adalah lebih baik dari negara lain.

Rabu, 15 Disember 2010

INFO : Persediaan Menghadapi Temuduga Bakal Guru KPLI

Seperti yang kita tahu, setiap bakal guru KPLI akan terlebih dahulu menghadapi saringan yang ketat sebelum di ambil memasuki IPG bagi dilatih menjadi seorang guru yang berkebolehan dan berkelayakan. Peringkat pertama yang akan dihadapi ialah menghadapi ujian bertulis dan setelah lulus dengan cemerlang, bakal-bakal guru KPLI ini akan di panggil untuk ditemuduga.

Semasa zaman kami (bekas pelatih maktab sijil/Diploma).Bila sudah dipanggil temuduga, peratus diterima menjadi pelatih maktab adalah amat tinggi. 75% sudah berada dalam gengaman namun selebihnya perlu dicari melalui usaha sendiri ketika di temuduga. Jika kita berjaya dan yakin semasa ditemuduga, harapan untuk memasuki maktab adalah amat cerah sekali.

Untuk kes sekarang, kebanyakan prosuder temuduga ini telah berubah. Ada penemuduga akan menyoal soalan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan ada juga mencampur aduk bahasa mengikut situasi. Persediaan bakal guru KPLI pula adalah perlu tinggi. Dari segi bahasa pertuturan, pakaian, pemikiran dan kesediaan untuk menjadi guru akan perhatikan setiap masa. Pengetahuan asas tentang dunia pendidikan serta dunia sekitar adalah sangat perlu untuk bakal guru KPLI. Ini kerana setiap calon akan dinilai dari aspek kesediaan mereka dalam dunia pendidikan. Ini bersesuaian dengan segulung ijazah yang telah diterima oleh calon tersebut ketika calon masih menuntut di universiti. Pemikiran mestilah seimbang dengan ijazah yang dipegangnya.

Salah satu soalan yang mungkin menjadi agenda penting ketika temuduga berlangsung ialah "Mahukah anda mengajar di sekolah pedalaman nanti?" ataupun "Kalau dapat jadi guru, kami hantar di sekolah pendalaman kat Sabah atau Sarawak? Mahu atau Tidak?". Itu antara soalan-soalan yang mungkin ditanya dan calon kena menjawab dengan seberapa ikhlas yang boleh. Ini kerana, jika kita berdolak dalik dan menjawab sekadar penyedap bibir bahawa kita bersetuju tapi dalam hati kalau dapat jawatan sebagai guru, mesti minta di kawasan bandar kerana ada kabel kuat di mana-mana. Para penemuduga merupakan orang yang profesional. Setiap perbuatan akan boleh ditafsir dan di nilai. Jika perbuatan kita ikhlas dan jujur mungkin kita dapatlah menghadapi temuduga tersebut dengan jayanya tapi jika sebaliknya mungkin kita akan kecundang awal.

Satu lagi faktor yang boleh menyebabkan kita boleh tersungkur awal ialah terlalu banyak berkata-kata. Ini kerana jangan lah kita terlalu banyak berkata-kata kerana guru yang sebenar tidak perlu berkata banyak tetapi berkata dengan penuh infomasi pada setiap pertuturanya. Oleh itu, kalau kita banyak berkata semasa ditemuduga tetapi pertuturan hanyalah kosong dan tidak bermakna maka ini akan mencacatkan sesi temuduga calon guru KPLI itu nanti.

Segala ilmu tentang temuduga boleh dibaca dan diperolehi dari pelbagai sumber, namun ilmu untuk menjadi seorang guru bukannya mudah. Walaupun kita dapat memasuki IPG dan mengajar di sebuah sekolah yang lengkap dan moden, tetapi murid yang kita ajar tidak juga pandai membaca atau mengira, kita sudah gagal menjadi seorang guru yang dibanggakan.

mindapendidik : orang dulu-dulu berkata, kalau dahi kita sudah tertulis seorang guru, sampai kita mati pun orang akan ingat dan panggil kita cikgu!

Isnin, 13 Disember 2010

Dua guru 1 kelas :Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

2010/12/13

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.
Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.

Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.

Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.

Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.

“NUTP difahamkan mulai Januari depan, penilaian itu akan diamalkan setiap bulan yang menjurus kepada ujian pendek dengan soalan disediakan guru.

“Ini bermakna beban guru semakin bertambah lagi dan tiada pengurangan, kita berharap kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” katanya.


INFO: Antara beban tugas guru
  • Kekerapan guru keluar berkursus
  • Kokurikulum/sukan
  • Tugas hujung minggu
  • Tugas rencam
  • Tugas tidak jelas
  • Penempatan guru
  • Rantaian arahan (chain of command)
  • Ujian/peperiksaan
  • Silap padanan (mismatch)
  • Saiz kelas
  • Sebaran kurikulum.

    INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru
  • Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian
  • Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah
  • Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17
  • Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa
  • Pelan Operasi Latihan Tahunan
  • Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan
  • Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak
  • Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum
  • Pengenalan kurikulum secara atas talian
  • Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas
  • Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar di sekolah menengah
  • Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif
  • Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi
  • Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.
  • Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya
  • Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun
  • Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran
  • Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif
  • Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
  • Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi.
  • Jumaat, 10 Disember 2010

    Angkat status sekolah kebangsaan

    SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.

    Hal ini akan menjadikan sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan - menengah atau rendah - setanding dengan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, atau sekolah swasta dari segi status elitis dan pembiayaan kewangannya, sekali gus mengubah topografi pendidikan dan tanggapan terhadap sekolah kebangsaan di negara ini.

    Apakah pula perbezaan Sekolah Amanah dengan sekolah swasta?

    Perbezaan besar ialah Sekolah Amanah merupakan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang bakal mendapat penajaan syarikat, sementara sekolah swasta ialah sekolah yang dimiliki secara berdaftar oleh sebuah pegangan swasta sepenuhnya.

    Inisiatif Sekolah Amanah akan mencakupi sekolah kerajaan iaitu sekolah kebangsaan harian, sekolah menengah harian, sekolah agama, sekolah vokasional, sekolah berasrama, sekolah pendidikan khas, sekolah Orang Asli, Sekolah Sukan dan Sekolah Seni.

    Turut mendapat tempias ialah sekolah bantuan kerajaan yang meliputi sekolah aliran dan sekolah mubaligh.

    Turut diberi jaminan ialah, tiada bayaran tambahan - sama ada berbentuk yuran, aktiviti atau yang tersembunyi - yang akan dikenakan kepada pelajar atau ibu bapa untuk memasuki Sekolah Amanah.

    Hal ini berbeza dengan sekolah swasta yang mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajar.

    Namun begitu, hal ini tidak bermakna pihak swasta yang menjadi penaja bakal mempunyai kuasa autonomi ke atas pentadbiran sedia ada di sekolah.

    Pengetua atau guru besar masih berkuasa penuh.

    Sebagai permulaan, Khazanah Nasional melalui perbadanannya, Yayasan Amir - sebuah organisasi bukan komersial yang baru diperbadankan - akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran merintis pelaksanaan di 10 sekolah rintis, yang akan diumumkan kelak.

    ''Kita akan cuba menerapkan budaya korporat dalam budaya sekolah dan mempercepatkan keberhasilan yang dirancang di bawah inisiatif utama Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2010," kata Pengarah Eksekutif Pengurusan Strategik Pembangunan Sumber Manusia Khazanah Nasional, Shahnaz Al-Sadat.

    Inisiatif tersebut ialah program prasekolah, tawaran baru kepada pentadbir dan pengetua sekolah, program sekolah berprestasi tinggi, program literasi dan numerasi (LINUS) dan program penambahbaikan sekolah.

    Beliau menggambarkan, Khazanah Nasional akan mengeluarkan belanja yang besar bagi merintis program Sekolah Amanah.

    ''Mungkin RM4,000 bagi setiap pelajar," ujar Shahnaz sambil membayangkan penerapan budaya korporat melalui corak pentadbiran, serta pengenalan beberapa kurikulum sampingan baru yang ada 'sentuhan' korporat.

    Kepada pertanyaan yang lebih mendalam, khususnya yang menyentuh tentang 'imbuhan' kepada guru dalam persekitaran dan kesesuaian terma gaji korporat, beliau menjawab: ''Terlalu banyak perkara yang hendak diteliti dan kalau soal itu, ia tertakluk pula kepada terma Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan tentang insiatif Sekolah Amanah itu hari ini.

    Kepada satu soalan pemberita pada taklimat khas tentang Sekolah Amanah di Kuala Lumpur baru-baru ini, Shahnaz menekankan bahawa projek rintis telah dijalankan selama lebih setahun ke atas sembilan kesatuan dan persatuan guru, seramai 60 pengetua dan guru serta 10 pakar subjek selain kumpulan guru dan orang awam.

    ''Rata-rata positif, dan Khazanah Nasional sendiri tidak mahu merosakkan anak bangsa dengan projek ini," tegasnya.

    Tambah beliau, objektif Sekolah Amanah ialah merapatkan jurang elitis, menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), memantapkan program pedagogi, menambah baik jaringan pentadbiran antara sekolah primer dengan sekolah yang kurang berkemampuan, merangsang guru untuk lebih berinovatif dan seterusnya menjadi contoh kepada transformasi sekolah.

    Jika berdasarkan pelan asal yang dibentangkan oleh Khazanah Nasional yang bakal mengambil 10 sekolah sulung sebagai sekolah angkatnya bagi projek berkenaan mulai tahun depan, peranan pihak swasta lebih kepada menaja sebarang program untuk kebaikan sekolah.

    Khazanah Nasional turut menganggap program berkenaan sebagai melangkaui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), kerana ia melibatkan pertaruhan pembangunan modal insan.

    Secara teknikalnya, pihak Kementerian Pelajaran serta penaja akan mengadakan perjanjian pelaksanaan dan pengurusan (OMA) - satu ikatan perjanjian yang akan menentukan had autonomi, indeks utama pencapaian (KPI) serta terma yang menggariskan bidang pelaksanaan dan pengurusan oleh pihak swasta.

    Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk memilih dan menjalin kontrak dengan mana-mana penaja, memilih sekolah yang layak serta menentukan prestasi berdasarkan sasaran awal.

    Bagi penaja atau yayasan yang telah dilantik, mereka akan terlibat secara langsung dengan aspek pengurusan berasaskan sekolah, perkhidmatan nilai tambah dan pembiayaan tambahan.

    Hal ini bermakna pihak berkenaan akan menetapkan garis panduan dan piawaian bagi bidang autonomi yang telah dipersetujui, memastikan kemapanan kewangan sekolah, menyediakan kawalan kualiti dalaman dan memilih penyediaan perkhidmatan jika difikirkan perlu.

    Apa pula peranan pengetua sekolah?

    Mereka akan meneruskan rutin tugas harian seperti sekarang dalam hal berkaitan dasar pengajaran dan pembelajaran, dasar staf dan pelajar serta pengurusan bajet.

    Shahnaz menambah, pihaknya membuat kajian terperinci tentang program Sekolah Amanah daripada beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), India dan Sweden, yang ada keperluan khusus masing-masing.

    Katanya, model perkongsian pintar sektor awam dan swasta (PPP) wujud di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.

    Di AS, katanya, Sekolah Amanah berfungsi menangani 'sekolah yang gagal' di kawasan yang 'paling sukar', memenuhi keperluan pelajar yang tidak mendapat cukup perhatian dan meningkatkan keseluruhan aspek persekolahan melalui persaingan.

    Di UK pula, konsep yang sama dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan, seperti mana juga di India. Di Sweden, konsep yang sama telah berjaya merapatkan jurang pendidikan antara sekolah yang berprestasi tinggi dan sekolah yang berprestasi rendah khususnya di kawasan ramai anak penghijrah.

    Di atas premis yang lebih kurang sama, kata Shahnaz, Yayasan Amir akan memilih berdasarkan kriteria berikut: lima sekolah adalah berdasarkan prestasi yang rendah , prestasi sederhana (3) dan prestasi tinggi (2)

    ''Dengan pemilihan ini, kita akan mewujudkan rangkaian supaya sekolah berprestasi rendah boleh belajar daripada rakan mereka di tahap yang lebih baik," kata Shahnaz.

    Sumber :utusanonline

    Selasa, 7 Disember 2010

    Pendidikan kesihatan, reproduktif mulai 2011

    Istilah pendidikan seks secara umumnya mungkin boleh membawa kepada satu persepsi atau pemahaman bahawa ia hanya layak untuk diketahui oleh golongan dewasa sahaja.

    Sebahagian besar masyarakat tidak mahu anak-anak mereka yang mentah didedahkan dengan perkara itu malah kebanyakan ibu bapa sendiri malu atau tidak mahu untuk membincangkan mengenai pendidikan seks sebagai asas pemahaman anak- anak mereka.

    Maka, tidak hairanlah jika banyak pihak terutamanya golongan ibu bapa akan melatah dan memberi pandangan negatif apabila Kementerian Pelajaran mengambil keputusan untuk memperkenalkan pendidikan tersebut di sekolah rendah bermula tahun hadapan.

    Harus diingat bahawa pendidikan seks atau istilah sebenarnya Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial itu bukanlah bermaksud pendidikan mengenai teknik hubungan kelamin atau perkara-perkara yang tidak perlu diketahui oleh kanak-kanak.

    Ia lebih menjurus kepada asas terhadap perkembangan badan, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

    Pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial yang akan diperkenalkan ini termasuk dalam subjek Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu (tahun satu hingga tiga) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan bermula pada Januari 2011.

    Subjek lain yang terdapat di bawah Modul Teras Asas ini termasuklah Pendidikan Jasmani, Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik dan Pendidikan Islam/Moral.

    Elemen perkembangan manusia yang terdapat dalam pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial itu bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan pula mendedahkan mengenai sifat kasih sayang dan persahabatan.

    Pendedahan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa turut diajar kepada murid.

    Sementara itu, kebolehan untuk membuat keputusan pula menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

    Kesihatan dan tingkah laku seksual akan menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan AIDS. Manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan.

    Oleh yang demikian, stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak sesuai untuk golongan bawah umur harus dikikis agar pemahaman asas itu dapat diserap oleh kanak-kanak seterusnya mendidik mereka dengan betul.

    Pendedahan awal seperti ini adalah perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial.

    Guru-guru yang terlibat untuk pengajaran subjek tersebut telah diberi kursus sementara bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid.

    Masyarakat khususnya ibu bapa disaran menyokong dan memberi kerjasama terhadap pembaharuan yang dilakukan ini supaya pelaksanaannya berjalan dengan baik dan lancar.

    Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat dua lagi modul selain Modul Teras Asas iaitu Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

    Modul Teras Tema memperkenalkan subjek baru iaitu Dunia Kesenian yang memberi penekanan terhadap Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik serta satu lagi subjek iaitu Dunia Sains dan Teknologi.

    Modul Elektif pula terdapat subjek Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Tamil SK, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

    Sumber : Utusanonline

    ARKIB : 06/12/2010

    Isnin, 6 Disember 2010

    SBP: Antara dua darjat

    Reputasi sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi sudah terbukti. Saban tahun, pencapaian akademik pelajar SBP secara keseluruhan adalah yang ter- baik. Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepuluh sekolah terbaik sentiasa didominasi oleh SBP.

    Kecemerlangan ini disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SBP sangat kondusif. Kemudahan prasarananya lengkap dan sempurna. Komitmen pengurusan dan guru di sekolah kategori ini juga amat tinggi.

    Faktor tersebut membuat ramai ibu bapa mahu menghantar anak ke SBP termasuk yang tidak mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

    Hakikatnya tempat yang ada sangat terbatas. SBP hanya mampu menampung sepuluh peratus daripada 48,327 calon yang mendapat semua A dalam UPSR baru-baru ini.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kementerian Pelajaran akan menggunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke SBP mulai pengambilan tahun depan.

    Hal ini selari dengan matlamat asal penubuhan SBP iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera yang cemerlang dan berpotensi daripada keluarga berpendapatan rendah sama ada dari bandar, kampung mahupun pedalaman.

    Sejak tiga dekad yang lalu, dasar ini telah berjaya membanteras kemiskinan melalui pendidikan. Hasilnya, ramai lepasan SBP yang kini mengisi jawatan utama sama ada di sektor awam mahupun swasta. Ramai juga yang menjadi pemimpin ternama dan usahawan yang berjaya.

    Justeru, ibu bapa yang berkemampuan usahlah bersaing untuk merebut tempat ke SBP ini. Berilah ruang dan peluang kepada yang lebih memerlukannya. Hantarlah anak kita ke sekolah harian biasa yang tidak kurang hebatnya.

    Ada juga sekolah harian yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Walaupun bilangan sedikit namun ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

    Manakala ibu bapa yang pendapatan isi rumahnya puluhan ribu sebulan pula boleh memilih sekolah swasta sebagai alternatif.

    Secara sifir mudahnya, ibu bapa kategori ini mampu menyediakan kemudahan pendidikan yang setara atau lebih baik daripada apa yang terdapat di SBP.

    Mereka tentunya tidak menghadapi kekangan kewangan untuk menghantar anak ke pusat tuisyen atau mengupah guru mengajar di rumah. Apatah lagi membeli buku latih tubi atau sisipan pendidikan Utusan Malaysia.

    Jika masih belum mencukupi, langgan pakej pembelajaran atas talian yang banyak terdapat di pasaran, misalnya Portal Pendidikan Utusan di www.tutor.com.my.

    Kepada alumni SBP, inilah masa untuk membalas jasa. Pertama, jangan hantar anak ke SBP walaupun layak secara akademik supaya anak orang susah dapat menikmati kemudahan belajar yang sempurna. Hal ini keranan mungkin itu satu-satunya peluang untuk keluarga tersebut keluar daripada belenggu kemiskinan.

    Kedua, hulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk khususnya kewangan untuk membantu pelajar di SBP yang memerlukannya sama ada sebagai wang saku atau untuk membeli buku, alat tulis dan pakaian kelengkapan sekolah.

    Sumber : utusanonline
    ARKIB : 29/11/2010

    Selasa, 23 November 2010

    Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011
    bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat
    di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah
    (PPD) / sekolah rendah / sekolah menen...gah / sekolah bantuan kerajaan di
    bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman
    web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini.
    Sumber dari KPM

    Isnin, 22 November 2010

    Dilema penempatan guru

    Mindapendidik: Bila membaca artikel ini barulah dapat difahami prosedur penempatan guru. Kalau di ikut kepada bilangan guru, sesetengah negeri jumlah guru adalah mencukupi namun bila dilihat dari segi taburan penempatannya, kebanyakan guru lebih banyak berada dikawasan bandar dari kawasan pedalaman. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini.

    Dipetik dari Utusan Online..

    Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam perkhidmatan memohon bertukar sekolah dengan alasan yang kurang wajar.

    Rata-rata mahu mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lalu mereka cenderung menjadikan alasan rumah sedia ada atau rumah yang baru dibeli berhampiran sekolah sebagai sebab untuk bertukar tempat mengajar.

    Sememangnya semua orang dalam apa jua profesion pun menginginkan jarak tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Jimat masa dan jimat kos.

    Namun, kita juga perlu profesional kerana penempatan guru adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan. Bukannya mengikut kesesuaian tempat tinggal.

    Faktor ini penting demi meminimakan masalah kekurangan guru di kawasan luar bandar dan pedalaman tetapi terlebih guru di sekolah tertentu di kawasan bandar.

    Misalnya, satu sekolah hanya memerlukan tiga guru Matematik tetapi terdapat lima guru di situ. Jika opsyen kedua semua guru ini berbeza, maka mereka boleh mengajar subjek yang lain. Tiada masalah.

    Sebaliknya, masalah akan timbul jika ada pertindihan opsyen. Ia membabitkan guru terbabit, pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran. Akhirnya pelajar menjadi mangsa keadaan, diajar oleh guru yang tidak terlatih dalam subjek berkenaan.

    Justeru, bertukarlah dengan alasan yang konkrit seperti disebabkan isu keselamatan atau faktor kesihatan.

    Contoh isu keselamatan ialah hal yang berbangkit akibat keganasan rumah tangga. Misalnya seorang guru wanita menerima ugutan dan ancaman daripada bekas suami. Bila ini berlaku memang wajar dan ada keperluan untuk beliau berpindah ke sekolah lain.

    Manakala dalam masalah kesihatan pula mestilah yang melibatkan sakit kronik dan memerlukan rawatan rapi. Kemudahan perubatan mungkin hanya terdapat di hospital di kawasan bandar sahaja.

    Bagaimanapun, ia terhad kepada guru itu sendiri dan ahli keluarga terdekatnya iaitu anak, suami atau isterinya sahaja.

    Ibu bapa tidak termasuk dalam kategori ini. Rasionalnya, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur perlu dipikul bersama dan bukannya diletakkan kepada guru berkenaan sahaja.

    Selain itu, alasan mengikut suami perlu diberi keutamaan agar tumpuan guru terbabit tidak terjejas. Ia juga bagi memastikan guru itu dapat memberikan prestasi yang tinggi dan terbaik untuk para pelajarnya.

    Jelas di sini, Kementerian Pelajaran menitikberatkan tahap kemanusiaan yang tinggi dalam penempatan para guru supaya kebajikan mereka terbela.

    Hal ini secara tidak langsung akan memotivasikan guru untuk komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

    Dalam pada itu, pertukaran guru juga dilakukan secara pentadbiran. Sebagai contoh, jika Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mendapati ada lebihan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah A dan sekolah B memerlukannya. Maka guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah B walaupun beliau tidak membuat sebarang permohonan pertukaran tempat mengajar.

    Bagi guru yang memohon pertukaran secara atas talian, keputusan telah pun diumumkan. Kepada yang berjaya, selamat mencurah bakti di sekolah yang baru. Kepada yang kurang bernasib baik, bersabar dan jika perlu, buatlah rayuan.

    Bila membuat rayuan pastikan mengikut etika dan tatacara urusan rasmi. Jangan dibawa bayi atau anak kecil ke pejabat. Apatah lagi ibu atau bapa yang uzur. Ia boleh mengganggu ketenteraman dan menjejaskan urusan pihak lain. Malah ia mungkin menjejaskan tugasan lain pegawai terbabit.

    Memadai dengan menyediakan dokumen sokongan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Bukti itu sudah mencukupi tanpa perlu ditambah dengan elemen emosi dan simpati.

    Ahad, 14 November 2010

    Pelajar cemerlang miskin diutama masuk SBP 2011

    Menurut laporan akbar Berita Harian, Tempat untuk pelajar yang cemerlang UPSR tahun ini yang ingin masuk ke sekolah berasrama penuh tahun depan akan ditentukan dengan hanya pelajar cemerlang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah akan dipilih memasuki sekolah berasrama penuh (SBP).

    Timbalan Perdana Menteri berkata, pemilihan berdasarkan kriteria yang saksama dan merit pencapaian pelajar sejajar matlamat asal penubuhan sekolah itu.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, ketika kerajaan mewujudkan SBP dulu, ia bertujuan memberikan peluang kepada pelajar cemerlang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah belajar di tempat selesa tanpa mengeluarkan belanja besar.

    Oleh yang demikian, tempat untuk pelajar dari pedalaman yang cemerlang dalam UPSR tahun ini akan mempunyai tempat dalam SBP. Namun jika penempatan ke sek SBP tersebut akan diukur lagi dengan merit pencapaian pelajar tersebut, mungkin pelajar-pelajar kita dipedalaman mungkin agak sukar untuk ditempatkan ke sek SBP. Tapi kalau dikira dari segi keluarga miskin, besar kemungkinan pelajar kita yang cemerlang dari pedalaman akan berjaya masuk ke sek SBP. Kita lihat lah nanti.

    Jumaat, 12 November 2010

    Subjek baru diperkenal

    Oleh Syuhada Choo Abdullah
    choo@bharian.com.my
    2010/11/12

    Dunia Sains dan Teknologi dedah murid kemahiran ICT

    KUALA LUMPUR: Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun depan untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

    Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru yang terbabit dalam subjek baru itu sudah mula menjalani kursus peringkat daerah.

    Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer.

    “Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.
    “Bagaimanapun, penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

    “Selepas pendedahan enam minggu, murid akan mengasah dan memantapkan kemahiran dikuasai itu secara berterusan dan menggunakannya merentasi kurikulum untuk membantu keberkesanan pembelajaran mata pelajaran lain,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

    Dari segi pengisian kurikulum Sains pula, Mohamed Sabri berkata, sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk.

    “Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik,” katanya.

    Bagaimanapun bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Mohamed Sabri berkata, Kementerian Pelajaran perlu bertindak proaktif melengkapi semua sekolah rendah dengan kemudahan makmal komputer atau sekurang-kurang peralatan komputer di setiap kelas Tahun Satu menjelang sesi persekolahan tahun depan.

    “Masih ada sekolah rendah yang tidak memiliki kemudahan makmal komputer atau peralatan itu di bilik darjah. Sekiranya tidak ditangani segera, dikhuatiri akan menjejaskan matlamat pelaksanaan KSSR,” katanya.

    sumber Berita Harian

    BERITA PENUH : 48,327 calon UPSR dapat semua A

    PUTRAJAYA 11 Nov. - Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A iaitu keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

    Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat kepada 10.2 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.

    Bagaimanapun, katanya, peratusan yang berada di bawah tahap pencapaian minimum iaitu semua Gred D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini.

    ''Peratusan calon yang mendapat minimum Gred C didapati menurun sebanyak 1.37 peratus berbanding tahun lalu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

    Abd. Ghafar berkata, pencapaian calon luar bandar dan bandar turut meningkat, dan ini telah merapatkan jurang pencapaian calon cemerlang sebanyak 0.04 peratus.

    "Peningkatan calon dapat dilihat secara keseluruhan melalui nilai GPN yang mengecil iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.05 bagi luar bandar.

    ''Pencapaian calon di bawah tahap penguasaan minimum di luar bandar juga menurun menandakan pencapaian mereka semakin baik," katanya.

    Abd. Ghafar berkata, bilangan calon istimewa pada tahun ini bertambah sebanyak 184 orang dan pencapaian baik mereka meningkat sebanyak 1.97 peratus manakala GPN bagi pencapaian keseluruhan meningkat sebanyak 0.02 peratus.

    Menurut Abd. Ghafar, bagi prestasi mengikut pelajaran pula diukur mengikut Gred Purata Mata pelajaran (GPMP) dan analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) perlu dibuat secara berasingan memandangkan bilangan waktu pembelajaran berbeza dan kertas soalan disediakan tidak setara.

    Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu 4.5 peratus namun bagi Bahasa Melayu Penulisan bagi Gred A menurun sebanyak 8.9 peratus.

    ''Prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK secara keseluruhannya meningkat dengan mencatatkan nilai GPMP sebanyak 2.74 peratus pada tahun ini berbanding 2.79 peratus pada tahun lalu.

    ''Di SJK pula, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan bagi Gred A menurun masing-masing sebanyak 2.9 peratus dan 3.4 peratus, bagaimanapun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris meningkat 2.69 peratus berbanding 2.8 peratus tahun lalu.

    ''Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, peratusan calon mendapat Gred A meningkat iaitu masing-masing 1.9 peratus dan 1.7 peratus daripada tahun lalu," katanya.

    Dalam pada itu, tahun ini merupakan tahun kedua Ujian Aptitud diduduki semua pelajar Tahun Enam sebagai memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental sebelum memasuki sekolah menengah.

    Katanya, keputusan ujian itu yang dilaksanakan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan turut diambil kira sebagai salah satu syarat pemilihan ke sekolah berasrama penuh.

    ''Daripada keputusan ujian ini, kecenderungan pelajar kepada bidang sosial dan budaya dan sukan menunjukkan peningkatan mendadak sebaliknya bidang akademik, teknik dan vokasional serta seni menunjukkan penurunan ketara pada tahun ini.

    ''Bagaimanapun, kecenderungan ini mungkin boleh berubah mengikut masa, persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber," katanya.

    Bagaimanapun, katanya, ujian tersebut telah berjaya mengumpul maklumat tentang minat, potensi, kecenderungan pelajar pada akhir tahun persekolahan dan harus digunakan di peringkat nasional untuk pelbagai tujuan dalam membentuk modal insan berkualiti pada masa depan.

    Khamis, 11 November 2010

    TAHNIAH !!! UPSR 2010

    Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam UPSR yang diumumkan siang tadi. Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang berjaya meningkatkan peratus UPSR sekolahnya. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Ini bermakna semakin tahun semakin meningkat tahap penguasaan pelajar kita dalam bidang pelajaran. Namun apa keputusan di sekolah-sekolah pedalaman. Meningkat atau menurun. Kita lihat nanti apa berita dari sekolah-sekolah pedalaman.

    Utusan Malaysia Online - Terkini

    Rabu, 10 November 2010

    Profesion keguruan ke tahap lebih tinggi

    PUTRAJAYA 9 Nov. - Ketua Pengarah Pelajaran yang baru, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berazam menambah baik skim perkhidmatan pendidikan dan mengangkat profesion keguruan ke tahap lebih tinggi dalam perkhidmatan awam.

    Beliau berkata, dengan memartabatkan profesion itu maka ia akan memperkemaskan lagi sistem penyampaian dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini secara menyeluruh.

    ''Saya menyeru semua warga guru di Malaysia supaya meneruskan usaha bakti mendidik anak bangsa dengan memastikan setiap murid dapat menerima pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat menengah atas.

    ''Guru mulai sekarang semestinya berusaha dengan gigih untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pengajaran mereka. Diharapkan sumbangan mereka dapat melahirkan warganegara yang kreatif dan inovatif ke arah Wawasan 2020," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

    Abdul Ghafar, 56, yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang bersara wajib.

    Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat; Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum serta Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran.

    Abdul Ghafar berkata, Alimuddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang merupakan mentor untuk meneruskan agenda transformasi pendidikan.

    ''Saya akan memberi komitmen yang tinggi dalam meningkatkan imej pendidikan negara selaras dengan Model Baru Ekonomi," katanya.

    Dalam pada itu, Abdul Ghafar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepercayaan yang diberikan.

    ''Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kepercayaan untuk menjalankan tugas ini.

    ''Sesungguhnya pelantikan ini merupakan amanah yang besar dan saya sangat menghargainya," katanya.

    Utusan Malaysia Online - Berita Utama

    Isnin, 8 November 2010

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAR 2011

    Sabtu, 6 November 2010

    KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 11 NOV INI

    Keputusan rasmi peperiksaan UPSR 2010 akan diumumkan pada 11 Nov ini. Kepada semua pelajar dan guru yang menunggu keputusan tersebut, bolehlah mengambil keputusan tersebut di sekolah ataupun di PPD masing-masing.

    mindapendidik : Bedebar menanti keputusan UPSR tahun ini

    Khamis, 28 Oktober 2010

    Falsafah di sebalik pemansuhan UPSR

    Oleh WAHID HASHIM wahid.hashim@utusan.com.my

    PENGGUBALAN apa juga sistem dan proses dalam pendidikan memang dibenarkan. Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak mengehadkan seseorang pelajar untuk membuat apa, menjadi apa atau bersikap bagaimana ketika berada dalam sistem.

    Asalkan pelajar boleh menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka, maka sistem dibenarkan untuk berubah.

    Guru perlu tahu dan faham akan hal ini kerana kebanyakan yang kurang senang dengan cadangan itu, khabarnya ialah mereka - para guru sendiri.

    Sebenarnya, kita tidak perlu bimbang akan keselesaan dan kesenangan yang kita kecapi selama ini akan tergugat kalau yang kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita dan negara.

    Jadi, bila ada cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) saya tidak ada alasan untuk membuat bantahan kerana sistem pendidikan kita terbuka kepada perubahan yang dinyatakan dalam FPK.

    Namakan apa sahaja - evolusi, revolusi, penambahbaikan - tujuannya adalah sama, menyediakan anak-anak kita dengan perubahan yang bersesuaian dengan zamannya nanti.

    Memang tidak ada yang kekal di muka bumi Allah ini kecuali perubahan. UPSR bukan makalah wahyu yang tidak boleh diubah semata-mata ia telah dilaksanakan lebih daripada 15 tahun.

    Secara asasnya, FPK - daripada dahulu sehingga sekarang - ialah pembangunan modal insan bermatlamat memperkembang potensi individu secara menyeluruh, untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

    Hal ini bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berilmu dan berketrampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai kecemerlangan dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau jargon semasa, k-ekonomi.

    Oleh itu, asas kepada perubahan ini terletak kepada beberapa perkara dan semua orang perlu bersikap terbuka - bukan sahaja masyarakat, tetapi juga guru, para pegawai kementerian, penggubal dasar dan sebagainya.

    Kita juga sering mendengar rungutan tentang sikap segelintir pegawai di dalam kementerian yang beria-ia benar hendak mempertahankan kurikulum sedia ada, kononnya yang terbaik - sehingga menutup pintu kepada cadangan oleh pihak luar yang mungkin lebih profesional dan semasa sifatnya.

    Parameter pertama di bawah FPK yang perlu mengalami perubahan ialah penyediaan kurikulum yang lebih relevan. Kurikulum perlu diubah suai mengikut keperluan semasa supaya murid memperolehi pengetahuan terkini, mengikuti perkembangan sosial dan menguasai kemahiran yang bernilai dari segi ekonomi.

    Kedua ialah penyediaan sistem penyampaian yang berkesan - Sistem penyampaian yang berkesan akan meluaskan pengalaman murid kerana mereka dapat maklumat daripada pelbagai punca maklumat di seluruh dunia dengan menggunakan teknologi yang canggih seperti ICT. Sistem ini juga membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan.

    Ketiga ialah penekanan kepada pendidikan agama dan moral. Peningkatan kepada salah laku dalam kalangan pelajar sekolah dan gejala sosial dalam masyarakat memerlukan penerapan nilai agama dan moral pada semua peringkat pendidikan diperkukuh dan memastikan nilai baik dapat dihayati dalam semua aspek kehidupan.

    Sebagai tambahan, pemupukan semangat patriotik perlu dipupuk melalui semua mata pelajaran. Pemupukannya juga dapat dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.

    Pemupukan semangat patriotisme bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat cinta- kan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain pembangunan insan, pendekatan strategik juga seharusnya berfokus kepada pembangunan sumber pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan.

    Setelah memahami kandungan FPK, marilah kita bertanya, sama ada UPSR - juga peperiksaan awam lain - telah mencapai gagasan membangunkan modal insan yang kita impikan itu.

    Kalau belum, mengapa tidak kita ganti sahaja dengan yang lain. Mungkin perubahan dalam sistem pendidikan kelak umpama banjir besar - menghanyutkan terus sistem lapuk dan orang yang enggan berubah di dalam laluannya.

    Isnin, 18 Oktober 2010

    BEBANAN KERJA YANG SEMAKIN BANYAK AKHIR-AKHIR INI

    Bukan sekadar luahan atau rungutan tapi ini adalah kenyataan. Bebana kerja yang dipikul sekarang semakin tinggi. Untuk melonjakkan prestasi sekolah seperti apa yang telah digariskan dalam NKRA, ramai golongan pendidik semakin merasa bebanan kerja yang semakin bertindih-tindih. Bagi sekolah pendalaman, walaupun dilihat tidak banyak kerja namun hakikatnya adalah disebaliknya. Ini kerana bebanan kerja yang ada diserah bulat-bulat kepada guru baru dan guru yang rajin serta berkebolehan. Pembahagian kerja juga ada kalanya tidak seimbang antara guru baru dengan guru lama. Oleh itu setiap ketua jabatan perlulah melihat situasi ini seperti kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

    mindapendidik : kerja yang dibuat oleh saya juga terlalu banyak sampai blog minda pendidik pun tak dapat nak di update

    Sabtu, 16 Oktober 2010

    Sistem pendidikan dirombak-BAJET 11

    KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan penekanan diberi kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.

    Bagi tujuan itu Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan sudah meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, peralatan serta memartabatkan profesion guru.

    Pada masa yang sama beliau memberitahu, tambahan sejumlah RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru yang cemerlang.

    “Kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan dan kita juga tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka (anak-anak) akan disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing,” katanya semasa membentang Bajet 2011, di Dewan Rakyat, hari ini.

    Dalam pada itu, Najib menegaskan, bidang pendidikan harus bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara.

    Sehubungan itu katanya, kerajaan menyediakan dana pembangunan RM250 juta kepada sekolah bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil, sekolah bantuan modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara.

    “Bagi mengiktiraf Pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat sama ada rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta.

    “Manakala, bagi menyediakan guru dan tenaga pengajar kompeten serta berkualiti agar dapat membimbing dan mendidik pelajar dengan baik, RM576 juta diperuntukan dalam bentuk biasiswa untuk mereka melanjutkan pengajian,” katanya.

    Mengenai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar pula, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru asing dari United Kingdom dan Australia.

    Sementara itu, Najib menambah, pembangunan modal insan di peringkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata).

    “Peruntukan ini antaranya bagi pembinaan Fasa Kedua Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN), membiayai operasi 52 PAPN serta meneruskan program Permata Pintar,” katanya.

    dipetik dr UTUSANONLINE

    Ahad, 10 Oktober 2010

    UPSR DIKEKALKAN, PMR DI BERI NAFAS BARU PADA 2016

    Akhirnya keputusan kerajaan melalui kementerian pelajaran mengenai keputusan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR telah mencapai keputusannya. Hasil dari persidangan meja bulat dalam beberapa bulan yang lepas, kementerian pelajaran telah mendapat keputusan yang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.

    Keputusan yang diambil oleh pihak kemnterian ini adalah tepat dan pelaksanaannya yang dijangka pada 2016 adalah satu langkah yang betul. Ini kerana kementerian perlulah membuat perancangan yang teliti dan sistem yang diguna pakai bagi kedua-dua peperiksaan ini haruslah menepati standard yang te;lah ditetapkan mengikut arus permodenan yang kita kecapi sekarang. Selain itu ia juga dapat memberi persediaan yang terperinci terhadap anak murid kita kerana jika ia dilaksanakan secara tergesa-gesa, ia akan menimbulkan masalah kepada pendidik serta pelajar sekolah.

    Namun apa yang diharapkan disini, walaupun format dan peperiksaan yang bakal diubah. Penambah baikan peperiksaan perlu melihat ke sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap dan jalan perhubungan yang jauh. Jika tidak format peperiksaan yang bakal di laksanakan tidak akan berjalan seperti dirancang dan mungkin akan bertambah rumit pada masa akan datang.

    mindapendidik :Jurang antara pelajar bandar dan pendalaman amat berbeza, oleh itu jangan menilai dari keupayaan pelajar di bandar sahaja. Lihatlah prestasi dan kemudahan dipendalaman secukupnya. Jika tidak pelajar dipendalaman akan lebih jauh ketinggalan.

    Selasa, 21 September 2010

    SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR

    Kepada murid-murid di seluruh negara, Selamat Menyambut Peperiksaan UPSR. Semoga anak-anak murid kita berjaya menjawab dengan baik dan tenang.

    Rabu, 8 September 2010

    SELAMAT HARI RAYA

    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog mindapendidik ini. Jika ada salah silap, terkasar bahasa penulisan, tersentuh hati dan jiwa dan sebagainya yang telah menyakitkan hati blogger-blogger semua, kami di mindapendidik memohon ampun serta maaf zahir dan batin kepada semua pembaca mindapendidik. Ucapan hari raya ini juga ditujukan khas kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia. Teruskan perjuangan dan Selamat Hari Raya.

    Selasa, 7 September 2010

    NEW CHILDREN MINUS ONE SONG

    Sabtu, 4 September 2010

    VIDEO SUMBANGSIH GURU PEDALAMAN

    Video ini telah dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan yang memaparkan kehidupan serta perit juang seorang guru yang mengajar di pedalaman. Kesukaran mengajar di pedalaman seperti kekurangan infrastuktur serta kemudahan asas tidak mematahkan semangat guru-guru di pedalaman mencurahkan bakti mengajar di sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Video ini ditujukan khas kepada guru-guru yang bertugas di seluruh pedalaman di Malaysia sempena menyambut Hari Raya Puasa. Terima Kasih Cikgu atas jasa anda di sekolah pedalaman. Jasa dan bakti anda tidak ternilai harganya.


    video

    PART 1


    video

    PART 2

    BLOG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


    Sila Klik di sini untuk pergi terus ke Blog Rasmi KPM

    Jumaat, 20 Ogos 2010

    LAGU KBSR MINUS ONE MINDA PENDIDIK

    IKHLAS VS TIDAK IKHLAS

    Salam 1Malaysia kepada semua warga pendidik. Pada zaman sekarang, kebanyakkan guru yang kita lihat seperti biasa mengajar dan mendidik anak muridnya tidak kira masa dan waktu. Namun isu yang ingin di bincangkan ini adalah berkenaan dengan KEIKHLASAN dan KETIDAK IKHLASAN guru-guru mendidik anak muridnya.

    Seperti yang kita lihat, ada sesetengah guru berusaha keras untuk mendidik anak muridnya didalam kelas sehinggakan ada diantara mereka berjuang habis-habisan mengorbankan tenaga dan wang ringgit sendiri untuk memastikan anak muridnya menjadi orang yang berguna.

    Ada juga sesetangah guru berjuang dengan sederhana dan mengajar untuk memenuhi syarat dan kehendak yang telah ditetapkan oleh kementerian ataupun ketua jabatan masing-masing. Mereka juga ada dikalangan mereka tidak mengambil peduli tentang benda lain kerana bagi mereka jika ilmu dan tenaga yang digunakan berbaloi serta mencukupi untuk mendidik anak muridnya tugas yang dilaksanakan sudah selesai.

    Namun, ada sebilangan pendidik bersikap sambil lewa. Ada yang menjadikan kerja sebagai guru ini sekadar pekerjaan tetap, yang lebih penting bisnes dan pangkat yang dibawa atau dikejar diluar itu lebih penting. Ada juga sesetengah guru yang mahu berpencen menganggap kerja mereka sebagai golongan pendidik sudah berakhir, maka bila masuk dalam kelas kerjanya hanyalah berbual dengan murid dan jika mengajar hanyalah ala kadar. Ini kerana mereka berpendapat mereka sudah mahu pencen dah.

    Bagi golongan ketua jabatan, ada ketua jabatan yang berusaha bersungguh-sungguh memastikan kebajikan guru-guru dan murid dibawa jagaannya mendapat kebajikan serta pendidikan yang mencukupi. Selain itu ada ketua jabatan mahu menjadikan sekolahnya menjadi cemerlang dengan mengorbankan kebajikan guru-gurunya asalkan sekolahnya gah didalam daerah atau di negeri.Ada golongan ketua jabatan buat sambil lewa memegang jawatan yang diberikan. Jika ada anak muridnya yang tidak menyambung ke tingkatan 1(sekolah menengah) mereka cuma berkata jagalah diri dan macam-macam lagilah. Namun tidak pula mereka menyuruh serta memaksa murid-muridnya meyambung pelajaran ke tingkatan 1. Lepas itu ketua jabatan itu pula memaksa guru-gurunya mengajar kelas tambahan dan bermacam-macam lagi aktiviti belajar sahaja bagi memastikan murid-muridnya boleh lulus di dalam UPSR. Namun bila dirancang aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan, lawatan atau aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan pengalaman murid-murid dalam kemahiran asas mereka tidak pula dipersetujui oleh ketua jabatan dengan alasan sekolah tidak perlu aktiviti yang mcm tersebut. Yang penting katanya BELAJAR..BELAJAR..BELAJAR..Akhirnya keputusan UPSR masih sama dan tidak pun menjadi cemerlang.

    Itulah situasi yang dihadapi oleh di sekolah-sekolah dipendalaman. Bila datang guru-guru baru yang keluaran ijazah yang betul-betul mahu menjadi cemerlang dan menjadi guru yang betul-betul mendidik anak muridnya, dia akan menjadi guru yang lemah dan akan terikut-ikut dengan budaya tersebut. Akhirnya guru tersebut bila berpindah dari sekolah tersebut akan menjadi guru yang tidak ikhlas ataupun menjadi ikhlas mendidik. Fikir-fikirkanlah..

    Jumaat, 30 Julai 2010

    GURU GRED DG41 - DG48 BOLEH DIBENARKAN BERPOLITIK

    Minggu ini, pihak perkhidmatan awam telah membenarkan guru-guru yang bergred DG41-DG48 bergiat aktif dalam politik. Ramai pihak menyokong kebenaran ini, namun ada juga yang tidak bersetuju. Namun, setiap yang baiknya mesti ada keburukannya.

    Sebelum ini, kakitangan kumpulan sokongan sahaja yang dibenarkan berpolitik. Namun setelah kebenaran ini dikuatkuasa, kumpulan guru yang bergred DG41-DG48 bolehlah berpolitik. Tapi apa yang kita tidak mahu terjadi dikalangan guru-guru ini adalah janganlah terlalu mementingkan berpolitik sehingga tugas hakiki yang sepatutnya di dahulukan tidak dilaksanakan dengan jayanya. Pelajar-pelajar di sekolah terbiar akibat guru-guru yang terlalu taksub berpolitik. Kalau tidak pun,pelajar-pelajar dihasut dan diajar dengan politik yang salah dan membenci individu-individu tertentu atas nama politik. Mungkin juga guru-guru tersebut akan mempengaruhi pelajar dengan mengajak mereka mengikuti parti-parti politik yang tertentu dan menabur fitnah serta cerita-cerita yang salah tentang parti-parti politik yang bukan disokong oleh guru tersebut.

    Setiap yang baik mesti ada buruknya. Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang ingin berpolitik, diharap berpolitiklah hanya diluar dari kelas. Jangan lah dibawa politik yang diluar tersebut masuk ke dalam kelas. Ingatlah tugas hakiki untuk menbimbing pelajar kita adalah lebih penting dari berpolitik sahaja.

    Sabtu, 17 Julai 2010

    SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BELURAN

    BELURAN : 17/07/2010 (Sabtu)
    Sambutan Hari Guru Peringkat daerah Beluran telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan ini telah dirasmikan oleh En James Ratib, Ketua Bahagian UMNO daerah Beluran. Sambutan ini disambut secara santai dan penuh warna warni. Kepada warga pendidik daerah Beluran, Selamat Hari Guru.

    Senarai Penerima Anugerah Hari Guru Daerah Beluran.

    Anugerah Guru Inovatif :
    Cikgu Mohd. Salleh B. Roslie
    (membina perisian mengira prestasi murid dan KPI guru mengunakan MS Excel)
    Anugerah Guru Pemulihan Khas :
    En. Moris B. Taki

    Anugerah Pengetua :
    En. Henley Liew Yun Ye

    Anugerah Guru Bear :
    En. Awang Abdullah B. Sulaiman

    Anugerah Khidmat Bakti Pendalaman :
    En. Zufly B. Abdul Kadir

    Anugerah Jasamu Dikenang :
    1) Arwah Hj. Julkifli B. Mustapha (mantan GB Sk Terusan Sugut)
    2) En. Baung B.nTiting (Bekas Guru Sk Sualok)
    3) Tuyang Bt Panggaga (Bekas Guru Sk Sualok)
    4) Leslie Lainte @ Into Samsudin (Bekas Guru Sk Holy Cross)
    5) WKAN Andiang Mawan (Pengasas Sk Binsulung)

    Tokog Guru Daerah Beluran:
    En. Kambang B. Dambul





    Selasa, 1 Jun 2010

    FACEBOOK MINDAPENDIDIK

    Kepada semua warga pendidik. Anda di alu-alukan menyertai rangkaian facebook mindapendidik. Sila taip mindapendidik dalam facebook dan anda bolehlah berkongsi segala infomasi yang terdapat dalam rangkaian sosial ini. Terima kasih

    Isnin, 31 Mei 2010

    MENGAJARLAH DIPEDALAMAN KALAU MAU TAHU KESUSAHAN YANG DIHADAPI DISANA!!!



    Sebenarnya ada sebilangan guru-guru yang tidak berpuas hati terhadap kelebihan yang diterima oleh guru-guru yang mengajar dipendalaman Sabah, Sarawak dan sebahagian dipedalaman semenanjung. Ini kerana kelebihan elaun pedalaman yang mereka dapat mengikut tahap lokasi kesukaran yang sangat besar dan lumayan. Kalau diikutkan melalui komen dari Facebook diatas, tidak dinafikan bahawa mereka sangat kecewa kerana mereka tidak dilayan sama dengan guru dipedalaman. Mereka beranggapan tinggal dibandar lebih teruk kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak bagi menampung kos hidup di bandar. Berbeza dengan dipedalaman yang tidak bersusah payah menanggung kos hidup yang tinggi.

    Tapi tidakkan mereka berfikir bahawa kalau mereka dihantar mengajar di pedalaman, adakah mereka sanggup terima dan pergi ke pendalaman tersebut. Mungkin tidak sampai sebulan, sudah mereka mohon pindah.

    Untuk pengetahuan semua, elaun yang diberikan oleh kerajaan tersebut sebenarnya tidak berbaloi dengan apa yang diterima dan dihadapi oleh guru-guru dipedalaman. Ini kerana, wang yang mereka dapat tersebut sebenarnya hanyalah cukup untuk membayar kos pengangkutan dan juga kos kehidupan mereka disana. Mindapendidik mengandaikan satu situasi yang pernah terjadi kepada rakan guru di sebuah kawasan pedalaman ketegori P3.

    Kawasan sekolah tersebut sangat jauh dari bandar. Jaraknya hampir 500km dengan perlu melalui 3 penggangkutan iaitu kereta, bot dan jalan kaki. Kereta yang digunakan ialah kereta 4wd kerana kereta jenis itu sahaja yang boleh masuk kedalam sekolah berkenaan. Ketika menaiki bot, guru tersebut terpaksa mengharung sungai yang berjeram dan deras. Bekalan minyak yang sukar didapati menyebabkan minyak terpaksa dibeli dibandar dan perlu dibawa sepanjang perjalanan guru tersebut. Halangan-halangan ini hanya sedikit kerana setibanya di sekolah, beliau terpaksa tinggal di dalam kelas kerana tiada rumah guru di sekolah tersebut. Bekalan elektrik pun tiada dan kalau ada pun tidak mencukupi untuk keperluan 6 jam sehari. Talian telefon yang tidak ada dan guru tersebut hidup dalam serba kekurangan.Kalaulah elaun yang diberi itu tidak berbaloi, mungkin tidak ada guru yang mahu mengajar disekolah-sekolah pedalaman. Kalau dibandar lain cerita. Sebesar mana kos yang ditanggung, semua itu adalah untuk keselesaan hidup. Dipedalaman pula sebesar mana elaun diberi, keselesaan hidup yang dikecapi tidak seperti dibandar. Cuba fikir-fikirkan ...

    mindapendidik :
    Cuba fikirkan jika ahli keluarga guru terbabit meninggal dunia dan guru tersebut gagal dihubungi oleh kerana tiada talian telefon yang boleh menghubungi guru tersebut. Apa perasaannya bila saja dia keluar dari sekolah dan mengetahui yang ahli keluarganya telah meninggal dunia hampir sebulan yang lepas..Sedih kan..

    Jumaat, 7 Mei 2010

    PERUTUSAN HARI GURU 2010 OLEH Y.BHG. TAN SRI KPPM

    PERUTUSAN HARI GURU 2010

    oleh
    Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekelian.

    1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010, kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.

    2. Tahun ini, sekali lagi tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik agar setiap kita dapat mengembangkan potensi dan bakat secara optimum. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.

    3. Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Para guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan. Guru harus bijak membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri dalam usaha mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan pembina negara bangsa.

    4. Falsafah Pendidikan Guru menekankan kriteria seorang guru haruslah berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Setiap guru juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya generasi pelapis akan mampu mengorak langkah kearah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.

    5. Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan menbentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik. Saya penuh yakin dengan kewibawaan para guru di Malaysia dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi.


    Warga pendidik dan pelajar sekelian,

    6. Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Kementerian Pelajaran menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi.

    7. Bagi merealisasikan hasrat ini agen perubahan yang utama adalah guru dan institusi pendidikan.Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik. Guru harus menggalas tugas berat menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, berkemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara.

    8. Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri menekankan kesejahteraan rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mencapai kesejahteraan, warga pendidik harus menghayati dan berkongsi bersama falsafah dan objektif ‘collegiality’ yang membawa maksud “the cooperative relationship with colleagues” (keserakanan). Kita harus faham bahawa prinsip keserakanan yang positif boleh mempercepatkan proses pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasi negara dapat diterjemahkan dalam satu kefahaman bersama.


    9. Saya dengan ini menyeru kepada semua warga pendidik supaya membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama-sama bekerja bagi memartabatkan organisasi pendidikan kita. Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah dengan semangat keserakanan bagi memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia yang menekankan ideologi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Penerapan konsep 1Malaysia harus dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter remaja adalah ketika di alam persekolahan. Sama-samalah kita berdoa agar apa yang direncana akan terlaksana mengikut rangka kerja dan perancangan.

    10. Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 meliputi semua agensi kerajaan. Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI dan sasaran prestasi boleh digunakan dalam setiap aspek pengurusan sekolah di mana prestasi boleh diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah. Sasaran prestasi perlu mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan.

    11. Saya yakin sistem pengukuran KPI sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan perkhidmatan pendidikan akan dapat meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan kualiti sistem pendidikan negara kekal dan bertaraf dunia.

    12. Akhir kata, sempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia dan berharap tahun 2010 ini akan membawa kecemerlangan kepada institusi pendidikan negara dengan melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang yang akan menjadi tonggak kekuatan negara bangsa.


    TERIMA KASIH CIKGU! …“SELAMAT HARI GURU”

    Isnin, 26 April 2010

    Insentif menarik warga sekolah akan diumum pada Hari Guru


    Terbit dalam Utusan Malaysia- Rabu 14 April 2010

    KANGAR 13 April – Warga sekolah iaitu para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira latar belakang sekolah berkenaan.

    “Berdasarkan pencapaian tahun ini dengan didokong oleh Pelan Penambahbaikan Sekolah (SIP) dan tool kit pembangunan prestasi sekolah (SIT), kita akan menilai semua ini untuk diberi pengiktirafan tersebut,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Khas Warga Pendidikan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Perlis di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

    Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat.

    Muhyiddin berkata, pengiktirafan itu juga bertujuan agar tidak ada sekolah-sekolah terutama di pedalaman dan luar bandar yang berasa terasing dan terpinggir.

    “Kita tidak mahu walaupun sebuah sekolah yang berasa terasing seolah-olah hanya sekolah ini (Sekolah Berprestasi Tinggi -SBT) sahaja yang diberi perhatian, sekolah lain tidak diberi perhatian,” katanya.

    Menurut beliau, terdapat ruang yang ketara berhubung pencapaian sekolah di seluruh negara terutama di Sabah.

    “Bukan saya hendak memperkecil-kecilkan rakan kita di Sabah tetapi saya lihat mutu pembelajaran lebih rendah berbanding negeri lain berdasarkan keputusan peperiksaan,’’ katanya.

    Namun beliau berkata, setelah diteliti, keadaan tersebut berlaku bukan kerana pelajar tidak cerdik dan tidak cerdas atau guru yang tidak melaksanakan tugas tetapi disebabkan oleh prasarana yang tidak lengkap.

    Justeru kata Muhyiddin, perkara penting yang harus diberi perhatian dalam tahun-tahun akan datang ialah untuk merapatkan jurang perbezaan secara beransur-ansur.

    “Mungkin tidak secara drastik tetapi satu peratus sehingga lima peratus setiap tahun,” katanya.

    Dalam pada itu beliau berkata, bagi meningkatkan prestasi sukan, sebuah sekolah sukan akan dibina di Perlis dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

    Katanya, tapak bagi projek pembinaan sekolah itu telah disediakan dan beliau berharap ia dapat dilaksanakan demi kepentingan pembangunan sukan negara dan sejajar program Satu Pelajar Satu Sukan.

    “Saya juga tidak mahu alasan tidak ada padang atau stadium mahupun dewan untuk menerapkan program ini kerana dahulu semua kemudahan ini tiada tetapi bidang sukan boleh maju,’’ katanya

    Khamis, 22 April 2010

    Berita Harian Online | Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

    Berita Harian Online | Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

    Mindapendidik : Lebih baik lagi pendidikan agama islam dan moral diperkukuhkan daripada pelajaran pendidikan seks di sekolah dilakukan.

    Sabtu, 17 April 2010

    Nisbah guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan

    Nisbah guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan

    MindaPendidik : Kalaulah betul bagai nak di kata, perkara ini sepatutnya di buat dari dahulu lagi. Masalah ini tidak akan timbul jika perkara ini awal-awal di rancangkan. Apapun semoga rancangan yang di rancang oleh kerajaan ini akan terlaksana. Kami akan menyokong apa sahaja rancangan yang baik terutama sekali tentang rancangan memajukan golongan pendidik di pendalaman.

    Khamis, 1 April 2010

    ISU-ISU PENDIDIKAN TERKINI

    Banyak isu-isu pendidikan yang terpapar di dada akhbar dalam minggu ini. Antara isu-isu yang menarik ialah :-
    1. Penambahan elaun pendalaman kepada 5 kategori.
    2. Kajian beban kerja guru
    3. Penambahan masa untuk mata pelajaran BI tahun 2011.
    4. Pendidikan muzik mungkin di kurangkan masa mengajar kepada 30 minit seminggu daripada 60 minit.
    5. Kesatuaan guru siswazah sabah meminta elaun perumahan wilayah untuk guru-guru semenanjung dikaji semula supaya adil dan menyebelahi para pendidik di sabah dan juga semenanjung.
    Banyak lagi isu-isu yang terlibat namun 5 perkara ini yang menarik minat kami untuk dimuatkan dalam minda pendidik. Kalau ada komen tentang pekara ini, silalah kongsi.

    Jumaat, 19 Mac 2010

    1 Sukan 1 Murid&Pelajar Mulai 2011

    Melalui berita semalam. Mulai tahun depan, kementerian akan mengalakan setiap pelajar kan menyertai atau mengikuti 1 jenis sukan. Pekara ini amatlah baik untuk membudayakan sukan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Namun, adakah budaya sukan ini akan merebak di sekolah-sekolah di kawasan pendalamam. Mungkin ia amat sukar di laksanakan. Kebanyakan sekolah-sekolah di pendalaman kebanyakannya kekurangan kemudahan sukan terutama sekali padang dan gelangang. Kalau ada pun padang dan gelangang nya sangatlah uzur dan tidak selamat digunakan untuk bersukan. Faktor kewangan juga salah satu faktor yang menyebabkan impian untuk membudayakan sukan ini akan menjadi seperti angin. Bila sekolah-sekolah di kawasan pendalaman ingin membuat acara sukan, wang adalah faktor utama. Sumber kewangan yang terhad dan jumlah sumbangan yang diterima boleh menyebabkan sekolah-sekolah pendalaman mungkin tidak akan membuat sukan sekolah. Kalau dibuat pun kebanyakannya adalah wang dari guru-guru itu sendiri. Adalah sebelum dikuatkuasakan perkara ini, pihak kementerian terlebih dahulu melihat dan membantu para pelajar di kawasan pendalaman supaya mereka dapat bersukan di tempat yang selesa dan pelajar dapat mengembangkan bakat mereka di luar dari sekolah mereka. Ini kerana bakat-bakat sukan di sekolah pendalaman adalah lebih baik dari di bandar, cuma pendedahan yang mereka terima tidak memungkinkan mereka untuk keluar mengembangkan bakat mereka di luar dari sekolah mereka kerana faktor sumber kewangan yang terhad.

    Khamis, 18 Mac 2010

    Berita Harian Online | Sukan sekolah diperkasa 2011

    Isnin, 15 Mac 2010

    TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM

    Kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam spm 2009, tahniah diucapkan kepada mereka. Hasil usaha keras belajar dan menimba ilmu dari guru-guru akhirnya mereka berjaya menempah kejayaan dalam SPM yang lalu. Namun ada yang menyedihkan, peningkatan cemerlang SPM di sekolah pendalaman masih lagi kurang. Satu pendekatan baru perlu dilakukan untuk meningkatkan peratus cemerlang pelajar-pelajar di luar bandar khususnya di pendalaman.

    Apa-apapun tahniah diucapkan.

    Khamis, 25 Februari 2010

    BEZA GURU PEDALAMAN DENGAN GURU BANDAR

    Disini, kami ingin berkongsi apa yang kami nampak dan rasai keatas fenomena ini. Beza Guru Pedalaman (GP) dengan Guru Bandar (GB)..Jom apa yang kami telah tengok..
    • GP :Baju GP selalunya kusut dan tidak di iron dan juga bajunya lama dan tidak up to date kerana sekolah tiada bekalan elektrik untik iron baju.
    • GB : Baju GB selalunya kemas dan licin setiap masa. Penampilan kena jaga depan anak murid.
    • GP : GP mungking lupa da cara pakai tie, itulah kebanyakannya tak pakai tie..lagipun keadaan dipendalaman yang panas kerana tiada kemudaan kipas menyebabkan tie tidak dipakai.
    • GB : Tai sentiasa kena pakai. Baru hebat depan murid
    • GP : Kasut sentiasa kotor sebab jalan atas tanah berlumpur serta ada kalanya kena pakai selipar ketika mengajar disebabkan banjir.
    • GB : Kasut yang berkilat dan berjenama. Jarang kotor kerana jalan atas simen.
    • GP : Kebanyakan guru adalah tenaga muda yang baru keluar dari IPG atau Universiti. Kurang pengalaman dan kurang idea pengajaran. Guru berpengalaman pula yang da mau pencen.kurang aktif dan selalu nak ingat mau pencen dan mau urus tanah saja.
    • GB : Banyak guru pakar dan tenaga muda yang dihantar selalunya dibimbing dan diberi tunjuk ajar.
    • GP : Kemahiran mengunakan komputer terhad. Tiada elektrik di sekolah maka mau guna komputer pun tidak dapat.
    • GB : Ramai yang tahu dan sentiasa menggunakan komputer untuk urusan.
    • GP : Ramai yang ada kemahiran bertukang, bertani dan juga menjadi nelayan. Kalau mahu terus hidup di kawasan pendalaman kenalah mahir dengan kemahiran macam ini. Silap-silap boleh jadi sumber pendapatan kedua selepas mengajar.
    • GB : Ada kemahiran tetapi kurang sikit.
    • GP : Kebanyakan yang dihantar di pendalaman selalunya selepas 10 - 15 tahun disana, banyak sudah tanah dapat dibeli. silap-silap dapat buka ladang lagi. klu di pulau pula, boleh jadi nelayan. Boleh beli kapal tunda tidak pun ada sangkar ikan. Kaya beb..
    • GB : Beli rumah 2 3 buah, kereta 2 3 buah..silap2 bini pun 2 3 orang..hehehe (bukan semualah)
    • GP : Duit simpanan banyak lah katakan. Mana tidak..jarang keluar dari dalam. pas 2 dapat lagi elaun pendalaman. Ribu-Ribu gaji ooo..Tapi habis juga sebab kena beli kereta 4WD. Mahal 2.
    • GB : Duit tidak cukup. Hutang keliling pinggang. Tapi bisnes boleh buat. Jualan langsung pun boleh, Jual reload pun boleh. Yang penting padai cari peluang.
    Apapun..matlamat yang sama di kalangan GP & GB adalah mendidik anak bangsa kita. 2 lah yang penting dari semua perbezaan ini.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Adverleds Sponser

    Dikuasakan oleh Blogger.
     

    Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger