Masalah keciciran murid tahun 6 untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 adalah begitu serius di sekolah-sekolah pendalaman. Sebagai contoh, jika murid tahun 6 di sekolah tersebut seramai 20 atau 24 orang, jumlah yang akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 mungkin seramai 12 orang atau 8 orang dari jumlah yang sebenar. Hal ini timbul mungkin kerana jarak ke sekolah menengah yang terdekat mungkin agak jauh dan masalah perhubungan yang menyukarkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Namun dari realitinya adalah sebaliknya. Pihak kami telah menebual beberapa orang murid dan juga guru yang terlibat dan apa yang dinyatakan oleh mereka adalah sangat mengejutkan. Alasan yang mereka gunakan bila di tanya kenapa tidak menyambung belajar ke tingkatan 1 adalah kerana mereka ingatkan ibubapa di rumah dan ibu bapa tidak membenarkan anak mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Kenapa alasan ini diguna pakai? Jelas sekali mereka lebih suka hidup dalam keadaan sebegitu dari merubah hidup mereka melalui pendidikan. Guru-guru yang terlibat juga ditanya kenapa mereka tidak berusaha untuk memujuk anak murid mereka untuk ke sekolah menengah, mereka memberitahu yang mereka telah cuba sedaya upaya untuk memujuk dan berkeras untuk menyekolahkan murid-murid tersebut ke sekolah menengah namun jawapan yang diterima adalah menghampakan. Kadang-kadang guru-guru juga berkata pihak atasan tidak berkerjasama dalam membantu guru-guru untuk memujuk murid-murid untuk melanjutkan pelajaran. Pihak atasan cuma buat lewa dan jika murid yang tidak mahu menyambung tersebut jangan la di paksa.
Bila melihat situasi tersebut, itu sebablah negara kita Malaysia mempunyai kadar keciciran pelajar yang paling tinggi. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku.
Pihak kementerian haruslah memantau perkara ini. Jika masalah keciciran ini tidak dapat diatasi, kemunduran masyarakat di pendalaman akan lebih ketara dan ini akan menyulitkan kerajaan untuk mencapai status negara maju.
0 ulasan:
Catat Ulasan