Sponser

Jumaat, 20 April 2012

Guru memakai Selipar ketika Mengajar!!!

Baru-baru ini telah keluar dalam ruangan FORUM melalui surat dari pembaca di Utusan Malaysia berkenaan dengan pekara diatas. Guru itu melalui suratnya yang bertajuk "Wajarkah guru memakai selipar semasa mengajar?" (Klik disini) telah mempersoalkan tentang beberapa orang guru wanita disekolahnya memakai selipar semasa bekerja/mengajar. Oleh yang demikian guru tersebut menjadi keliru dengan situasi tersebut.

Dalam surat tersebut ada juga dinyatakan yang guru tersebut masih lagi baru bertugas. Kiranya guru baru posting lah ini dan ia juga menyatakan terdapat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Perempuan menyebutkan guru perempuan boleh memakai selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.

Dalam hal ini siapa yang benar dan salah dalam membentuk pribadi seorang guru. Ketika di maktab perguruan yang sekarang ini dipangil IPG, pelati-pelati guru wanita mestilah memakai kasut wanita dan berstokin dan tidak boleh memakai selipar. Itu adalah peraturan di IPG. Tetapi apabila di dunia sekolah yang sebenar, peraturan itu tidak pula dikuatkuasa. Oleh itu memang betullah guru tersebut merasa keliru. Kadang kala kita boleh melihat guru wanita memakai kasut bertumit tinggi ketika mengajar. Jadi dimana silapnya pekara ini. Kalau ikut pekeliling tersebut dibolehkan pula memakai selipar tetapi kat IPG tidak boleh pula. Saya pun turut keliru juga ini..hahaha

Tapi apa yang penting disini bolehlah dikatakan bahawa di IPG sebenarnya kita masih merupakan pelajar dan bukan guru lagi. Kalau masih pelajar kita kenalah ikut peraturan sebagai pelajar.Sebagai pelajar pula kenalah ikut peraturan ditempat dimana kita belajar. Tapi bila dah bekerja. Kita kenalah menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar pula. Tentang kasut itu pula, sebenarnya tiada masalah kalau mahu memakai selipar ketika mengajar bagi guru wanita. Kalau lelaki tidak bolehlah. Ini kerana selipar itu juga merupakan sebahagian pakaian kita. Kalau guru memakai pakaian yang sama sahaja dan tidak menarik maka pelajar-pelajar kita pun akan jadi boring. Itulah kenapa guru sahaja tiada pakaian seragam seperti doktor ataupun polis kerana mengelakkan pelajarnya jadi boring dengan penampilan gurunya. Ini adalah sebahagian dari psikologi kepada pelajar kita. Cuma ketika berpakaian kenalah memakai persalinan yang sopan dan menujukkan anda seorang guru. Kalau berlebih-lebih pula nanti lain pula anak murik kita berkata dibelakang mereka.

Oleh itu kepada guru keliru tersebut. Jika anda merasa keliru dengan pekara tersebut, cubalah bertanya dengan guru-guru senior tentang pekara tersebut. Kenapa mereka memakai selipar dan apa implikasinya kepada pelajar? anda akan mendapat jawapanya.

*mindapendidik: BerSelipar Jepun ketika banjir..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger