Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Disamping itu keluasan dan bentuk muka bumi di Sabah yang mencabar turut mempengaruhi pembangunan yang diterima di Sabah. Sebenarnya itu bukan alasan, jika ada kemahuan dan daya usaha pembangunan boleh dilakukan biarpun jauh di ceruk pedalaman sekalipun.
Berbalik pula dengan soal pendidikan, Sabah merupakan salah satu negeri yang memegang status pencapaian akademik yang paling dibawah sekali.Kalau orang Sabah gelaran ini dipanggil "Uncit". Jika keputusan peperiksaan awam diumumkan maka dengan rasminya Sabah adalah salah sebuah negeri yang berada dalam kelompok dibawah terutama UPSR. Itu belum lagi dalam pelaksanaan data-data yang diperlukan dan pelaksanaan program-program oleh KPM, Sabah adalah antara negeri yang bermasalah dalam pelaksanaan data-data serta pelaksanaan program yang dilancarkan KPM.
Bagaimana mahu meningkatkan prestasi pendidikan di Sabah ? Salah satu yang boleh dibuat ialah menyediakan KPI pendidikan kepada setiap wakil rakyat yang mewakili Parlimen ataupun ADUN. KPI yang perlu dicapai ialah mesti meningkatkan akademik peperiksaan awam.
Buat masa ini, wakil Parlimen dan Adun hanya menumpukan soal meningkatkan tahap infraksuktur sekolah dibawah jagaan kawasan mereka. Mereka berusaha membawa pembangunan kepada sekolah berkenaan daripada melihat prestasi akademik. Prestasi akademik diberi tugasan kepada guru-guru dan Pejabat Pelajaran Daerah. Jika diumumkan prestasi peperiksaan di kawasan jagaan beliau berjaya barulah beliau membuat kenyataan akhbar dengan bercerita dengan bangganya. Kalau prestasi merosot, yang dipersalahkan pihak guru-guru dan PPD. Kalau diikutkan mereka langsung tidak membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah. Yang difikirkan adalah membuat pembangunan sahaja. Yang penting bila ada pembangunan adalah wang peruntukan masuk.
Oleh itu adalah wajar dibuat setiap wakil rakyat terutama di Sabah mempunyai KPI peningkatkan prestasi akademik di tempat yang diwakilinya. KPI tersebut bukannya dibuat semata-mata untuk menambah bebankan lagi tugas guru-guru dan PPD. Ini kerana mereka juga mempunyai KPI tersendiri yang perlu dicapai. Wakil rakyat perlulah mencapai KPI tersebut dengan membuat program-progam peningkatan akademik dengan bantuan pihak sekolah dan PPD. Jika ini dapat dbuat, peningkatan peperiksaan akademik di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat tersebut akan dapat dilihat.
Jika ini berjaya, ia juga patut diluaskan kepada setiap ketua kampung atau PIBG sekolah. Biarlah semua orang tahu tanggungjawab pendidikan. Jangan mahu wang peuntukkan sahaja untuk menaik taraf sekolah. Itu tidak berguna jika akademik pendidikan dibawah status "UNCIT".
Sabtu, 8 September 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adverleds Sponser
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan