Sponser

Selasa, 4 September 2012

Ikhlaskah Guru-Guru pada Zaman ini Mengajar ?

 
Adakah anda salah seorang guru yang berkelakuan sebegini?
 
Suatu persoalan yang hanya boleh dijawab oleh guru-guru sendiri. Ikhlaskah anda mengajar ? Satu soalan yang membuka pintu hati dan fikiran untuk berfikir sedalam-dalamnya. Ikhlaskah aku mengajar?

Kenapa bertanya ikhlas atau tidak. Pada zaman ini dapat dilihat banyak guru-guru yang berkelulusan Ijazah dan kebanyakannya masih baru. Dalam soal mendidik memang tidak dinafikan mereka berusaha untuk memberikan apa yang terbaik untuk anak murid mereka. Namun ada juga yang sebaliknya. Apa yang perlu difikirkan ini ialah dari sudut keikhlasan mereka.

Guru-guru pada era 70-90 an adalah guru-guru yang terbaik dilahirkan dari segi keikhlasan. Walaupun guru-guru yang berkelulusan ijazah amat sedikit bilangannya tetapi mereka dapat melahirkan anak murid yang sekarang ini berkelulusan ijazah. Kalau tidak percaya cuba selidik guru-guru baru yang ditempatkan disekolah anda, semuanya terdiri daripada golongan yang bersekolah pada era 70-80 an. Sekarang mereka sudah berjaya dan menjadi seorang guru berijazah.

Guru-guru pada era ini juga tidak merungut tentang gaji yang mereka terima. Tidak lari atau berpindah sekolah apabila ditempatkan disekolah pedalaman. Tidak memiliki kereta yang besar-besar. Menurut arahan yang diberikan kepada mereka tanpa banyak bicara. Kerja pada hari sabtu dan ahad masih boleh beri kerjasama lagi.

Guru-guru pada zaman sekarang, gaji sudah tinggi tapi masih tidak cukup. Kereta kalau boleh mesti yang berjenama, kereta proton tidak mainlah mereka kata, mau kereta honda dan toyota juga. Telefon pintar jenama terkini dan Tab sentiasa dibawa kemana-mana termasuk ke dalam kelas ketika mengajar. Kalau diberi tugasan pada hari minggu mula sudah merungut bahawa ia akan menganggu rehat hujung minggu. Arahan dari KPM mengenai pelbagai aplikasi KPM dan kepentingannya untuk dikemaskini (contohnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah-PBS, SAPS dan lainlain lagi) dibuat dengan pelbagai rungutan dan alasan. Alasan yang paling popular ialah talian internet. Serta pelbagai lagi pekara yang berbeza dengan guru-guru era 70-90 an.

Apa yang mahu dinyatakan disini, kemana keikhlasan guru-guru semua. Adakah dengan gaji yang semakin meningkat, bebanan kerja yang semakin banyak atau cabaran teknologi yang mengaplakan guru-guru kita dalam memperkasakan keikhlasan ketika mengajar.

Ada juga dikalangan guru-guru kita yang sememangnya ikhlas dalam mendidik, tidak berkira masa dan tenaga. yang penting anak didik menjadi insan yang berguna. Cuma bila dilihat guru-guru tersebut adalah produk dari era 70-90 an iaitu guru-guru yang telah lama berkhidmat. Walaupun ada juga beberapa rungutan mereka namun tugas mendidik tersebut lebih diutamakan.

Guru-guru baru??? cukup ikhlaskah anda sekarang ???

1 ulasan:

Amran Shah berkata...

Makan dengan tangan kanan, jangan lupa baca Bismillah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger