Sponser

Khamis, 17 November 2011

Isu Kerja 9 Jam dari luahan hati guru-Bahagian 1

Sumber gambar : Google image
Isu guru kerja 9 jam sehari masih lagi hangat didebatkan dikalangan guru. Semasa isu ini dikeluarkan, ramai guru menyuarakan pendapat dan ulasan peribadi mengenai isu ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong isu tersebut. Baru-baru ini, mindapendidik(mp) sempatlah berbual dan mendengar pendapat beberapa orang guru yang terdiri dari 3 kawasan penempatan mengajar iaitu di sekolah kawasan bandar, luar bandar(pekan) dan pedalaman. oleh itu, hasil dari temubual beberapa orang guru tersebut, mp telah membuat rumusan hasil dapatan temubual ketiga-tiga bahagian kawasan mengajar bagi guru-guru tersebut mengikut situasi semasa mereka.




Guru mengajar di Kawasan Bandar

Guru A : "Kerja 9 jam sehari adalah tindakan yang tidak wajar. Saya sekarang disekolah terlalu banyak kerja. Macam-macam jawatan yang saya pegang. Lepas itu, tiap-tiap hari saya sudah balik dari sekolah jam 3 petang. Belum lagi kalau ada kelas tambahan atau melatih murid sekolah. Ini lagi kalau kerja 9 jam. Tiada la rehat kalau begini. Sudahlah malam pun kena siapkan kerja-kerja pengkeranian macam menanda buku dan menyiapkan markah ujian bulanan. Saya tidak bersetuju lah dengan cadangan ini".

Guru B : "Susahlah macam ini, saya sudahlah ada kelas tuisyen swasta waktu petang. Kalau dilaksanakan benda ini, habislah bisnes tuisyen saya".

Guru C : "Ala..kalau macam ini susahlah nak cari pembantu rumah ni. Pembantu rumah saya hanya boleh kerja sampai jam 2 ptg ja. Selalunya petang saya yang jaga anak saya".

Guru D : "Macam mana mau buat kalau sekolah ada 2 sesi. Macam sekolah saya, meja guru pun berkongsi, kalau dibuat juga, macam mana guru-guru petang mahu buat kerja dan duduk. Kalau ditambah bangunan serta dibuat 1 sesi sahaja mungkin lah boleh dibuat.

Rumusan mp : Rata-rata ramai pihak yang tidak bersetuju. Namun ini adalah temubual yang tidak rasmi. Segala kenyataan mereka adalah luahan pendapat mereka sahaja. Namun apa yang boleh dilihat disini, jika seorang guru tersebut memberikan komitmen yang tinggi kepada profesion mereka sebagai seorang guru, setiap masa mereka akan digunakan untuk mendidik murid tanpa mengira waktu. Walaupun terdapat rungutan kerja yang memenatkan, mereka tetap memberikan apa yang terbaik untuk pelajarnya. Berbeza pula dengan guru yang kurang komitmen dalam tugasnya. Contohnya guru yang mempunyai sumber pendapatan lain seperti bisnes kecil-kecilan, mempunyai kebun atau ladang kelapa sawit ataupun guru yang mempunyai bisnes kelas tuisyen, kerja 9 jam ini akan menggangu pekerjaan sampingan mereka. Jika sekolah sebelum ini membuat aktiviti tambahan luar waktu mengajar pun juga ada kala diikuti dan ada juga dibangkang tidak mengikuti dengan alasan komitmen luar membataskan penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah, inikan lagi jika diwajibkan kerja 9 jam yang memang menjadi kewajiban untuk dilaksanakan, alamat golongan-golongan inilah yang paling memberikan rungutan yang tidak berbelah bagi. Percaya atau tidak?? cuba dengarkan apa kata mereka.

Untuk bahagian seterusnya (Bhg ke 2), mp akan membincangkan apa pula pendapat dari kalangan guru-guru yang mengajar dikawasan luar bandar iaitu kawasan pekan dan kampung yang banyak mengetahui sekolah-sekolah tersebut adalah kurang sibuk berbanding dengan sekolah bandar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai guru yang mengajar di bandar berpendapat bahawa guru sememangnya sudah bekerja 9 jam sebab tidak ditambah dengan kerja pengkeranian yang dibawa balik untuk disiapkan.pelbagai perisian sekolah mahupun KPM terpaksa dibuat dirumah sehingga pukul 2 hingga 3 pagi.Ianya amat membebankan bagi guru-guru yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.Terpaksa tunggu anak tidur baru boleh buat kerja sekolah.Di sekolah, tiada waktu rehat bagi guru, yang mana sblum msuk sekolah, wktu rehat, dan waktu balik guru terpaksa 'menjaga' pelajar.waktu mengajar 27 waktu ditambah dengan relief 3 hingga 4 waktu seminggu.buku karangan 42 orang pelajar sekelas juga perlu ditanda.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger