Sekarang heboh dalam kalangan guru-guru membincangkan isu terbaru yang sedang hangat sekarang. Isunya adalah pelaksanaan kerja selama 9 Jam sehari kepada guru-guru di 4 buah negeri rintis. Program ini menurut kementerian adalah sebagai kajian awal memandangkan pelaksanaannya belum lagi muktamat. Jika pelaksanaan program rintis ini tidak berjaya maka pelaksanaannya mungkin tidak akan dibuat. Bergantunglah apa dapatan hasil program rintis tersebut.
Namun apa yang menjadi isu disini, ramai pihak mula menentang pelaksanaan program tersebut. Pihak kesatuan terutama NUTP membantah pelaksanaan program tersebut.Bagi NUTP, cadangan menetapkan tempoh waktu kerja bagi guru adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan bagi menyokong pendirian ini ialah tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan. Adakah perkara ini betul ?
Sering kita mendengar rungutan bahawa kerja dan bebanan guru semakin banyak. Pelbagai rungutan dan kekesalan dibuat oleh para guru. Sehinggakan kementerian membuat kajian berkenaan bebanan kerja guru-guru. Namun secara tidak sedar, apa yang dirungutkan oleh guru-guru berkenaan bebanan kerja telah menarik minat pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk menstuktur semula sistem kerja bidang pendidikan. Antara satu caranya ialah penambahan jumlah waktu bekerja dan juga yang guru-guru tidak tahu bahawa PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) akan ditugaskan mengisi kekosongan bahagian pentadbiran bagi mengurangkan bebanan kerja guru-guru. Kenapa PTD ? Adakah PTD akan mula mentadbir Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah ? Guru-guru mungkin ada jawapanya kerana guru-guru jugalah yang menyumbang kepada rungutan bebanan kerja.
Isu kerja 9 Jam sehari merupakan satu isu yang perlu perbincangan yang lebih teliti. Sekarang isu ini mula dimainkan oleh pihak-pihak yang ingin menanguk di air yang keruh. Para-para parti politik mula membahaskan isu ini seolah-olah mereka membela nasib para guru-guru. Almaklumlah, guru-guru menupakan penjawat awam yang paling ramai di negara. Maka membela para guru-guru mungkin boleh menentukan untung nasib parti politik tersebut.
Tapi perlulah diingat bahawa, isu ini perlulah diselesaikan dengan cara yang baik. Biarkan lah dahulu kajian terhadap program rintis ini diselesaikan dan kita lihat hasilnya. Jika ia mencapai matlamat, maka segala infakstuktur sekolah perlulah dikemaskini, sekolah yang mempunyai 2 sesi dan meja guru yang tidak mencukupi perlulah dibaiki dahulu. Ingatkah, kebajikan para guru perlulah dititikberatkan sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dibuat.
Isnin, 14 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adverleds Sponser
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan