Semasa lawatan Timb. Menteri Pelajaran Dr Mohd
Puad bin Zarkashi ke Sabah bagi acara penyerahan bangunan SK Pulau Gaya, Kota
Kinabalu pada 9 Jan 2013 yang lepas, Beliau ada menyatakan bahawa Kementerian
Pelajaran sedang merancang untuk menjadikan lima buah sekolah di pedalaman
Sabah sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9). Sekolah yang terlibat ialah
SK Pekan Pensiangan di Nabawan, SK Bawang di Beluran, SK Sabur di Kudat, SK
Buis Dan Sk Menanam di Tongod,Telupid.
Pelbagai persoalan yang bermain difikiran
guru-guru tentang Sekolah K9. Ramai yang bertanya-tanya dan mahu sedikit
penjelasan mengenai maksud sebenar sekolah K9 ini. Sekolah K9 yang dalam bahasa
penuhnya ialah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang merupakan salah satu
model sekolah yang hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah dipedalaman. Di Sabah,
buat permulaan 5 buah sekolah telah dipilih untuk menjadi perintis kepada
penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah-sekolah pedalaman. Sebelum itu 2
buah sekolah telah menjadi perintis iaitu sekolah di Kuala Lipis, Pahang dan
satu di Long Bedian, Sarawak.
Sekolah-sekolah yang akan dijadikan sekolah K9
ini akan menawarkan sekolah diperingkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1
hingga 3. Ini bermakna sekolah tersebut bukan
sahaja mempunyai kelas dari pra sekolah hingga darjah 6 tetapi akan turut
ditambah ke tingkatan 1 hingga 3. Seorang murid yang belajar disekolah tersebut
akan dapat belajar disekolah tersebut dari pra sekolah hingga ke tingkatan 3.
Rasional sekolah K9 ini diwujudkan ialah
kebanyakan murid-murid disekolah dipedalaman tidak mahu meneruskan pelajaran ke
sekolah menengah. Murid-murid ini akan berhenti sekolah setelah tamat darjah 6
dan apabila ditawarkan ke sekolah menengah murid-murid ini akan mengemukakan
pelbagai alasan untuk tidak mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Alasan dan kekangan itu pula seperti masalah perhubungan ke sekolah menengah
yang jauh, tidak boleh berjauhan dengan keluarga dan masalah kewangan. Minda
pendidik juga ada menulis tentang isu tidak melanjutkan pelajaran selepas
darjah 6 dalam tajuk artikel MASALAH KECICIRAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 UNTUK SEKOLAHPENDALAMAN
Dengan wujudnya sekolah K9 ini, kementerian
berharap masalah keciciran murid ke sekolah menengah dapat dikurangkan. Namun
bagi memastikan sekolah K9 ini berjalah dengan lancar, penambahbaikan sekolah
yang dipilih untuk menjadi perintis kepada sekolah K9 ini di Sabah seperti
penambahbaikan dari segi infrastruktur sekolah, pentadbiran sekolah, guru-guru
yang cukup dan berdedikasi dan yang paling penting kefahaman tentang fungsi dan
matlamat sekolah K9 dikalangan pendidik dan murid-murid sekolah. Jika projek
rintis di 5 buah sekolah ini berjaya seharusnya ia perlu diperluaskan ke
sekolah-sekolah pulau kerana sekolah-sekolah pulau merupakan salah satu
penyumbang kepada keciciran pelajar sekolah menengah atas faktor jarak dan
kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
5 ulasan:
Sekolah k9 pertama di pahang di daerah pekan baru diikuti di kuala lipis.
Sekolah k9 pertama di pahang di daerah pekan baru diikuti di kuala lipis.
memahami keperluan murid n ibubapa
SK Buis dan SK Menanam, dicadangkan bermula tahun 2013 lagi (tahun posting ini ditulis), dilaksanakan dan berkuatkuasa tahun 2023 - 10 tahun kemudian 😌
Anak saya bersekolah di SK Satak K9
Catat Ulasan