Dunia Pendidikan sekolah rendah di Malaysia gempar apabila tiga murid lelaki yang tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka
dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan
sekolah. Sekolah yang dimaksudkan adalah Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor di Sarawak. Menurut laporan dari media masa dan juga laporan dari polis, tiga orang murid tersebut telah disembunyikan dari mengikuti peperiksaan UPSR yang sepatutnya mereka ikuti. Murid-murid tersebut telah hadir kesekolah tetapi telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk duduk disatu tempat sehingga peperiksaan itu berakhir. Hal ini kerana, pihak sekolah beranggapan tiga orang murid tersebut yang diketegorikan mereka sebagai tidak cerdik akan menyebabkan prestasi pencapaian sekolah mereka akan jatuh menjunam. Akibat ingin memastikan pencapaian prestasi sekolah meningkat, pihak pentadbir sekolah sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka.
Apalah dosa murid-murid tersebut dilayan sedemikian. Adakan ketidak pandaian mereka menyebabkan mereka menjadi beban kepada pihak sekolah. Jika demikian, buat apalah sekolah diwujudkan jika sekolah ditujukan untuk murid-murid yang pandai sahaja manakala murid yang tidak pandai diabaikan dan kalau boleh disingkirkan terus dari sekolah. Dimana sudah tujuan sekolah sebenarnya. Bukankan sekolah bertujuan untuk mendidik anak bangsa kita supaya menjadi pandai dan tidak mengira perbezaan murid tersebut dari segi kaum, kekayaan serta kepandaian. Dimana sudah tugas guru sekolah tersebut yang sebenar. Bukankan guru-guru tersebut perlulah membela anak murid mereka walaupun mereka itu tidak bernasib baik seperti yang kita harapkan. Sudahlah murid-murid tersebut datang dari golongan keluarga yang sederhana, dilayan lagi sedemikian, apalah nasib mereka pada masa akan datang. Jangan disangka murid-murid yang dikategori kurang bijak ini akan menjadi tidak bijak sampai bila-bila. Ini kerana nasib mereka pada masa hadapan kita tidak boleh menjangkakan. Mungkin semasa mereka berada disekolah menengah, mereka menjadi murid yang bijak dan mempunyai kemahiran yang tersendiri. Oleh yang demikian, janganlah dilayan mereka demikian. Kerana ingin menjaga nama baik sekolah dan ingin mengejar status sekolah yang cemerlang, murid-murid menjadi mangsa. Cuba bayangkan kalau anak kita sendiri yang dibuat macam begitu. Apa perasaan anda. Suatu masa nanti tuhan akan membalas apa yang kita pernah lakukan. Oleh itu, buat lah yang terbaik dan layanlah semua anak murid kita dengan adil kerana sudah menjadi tanggungjawab kita menunaikan tannggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.
Mindapendidik : Sangat marah dan kecewa apabila ada lagi sekolah membuat perkara keji tersebut. Tindakan sekeras-kerasnya haruslah dilakukan.
0 ulasan:
Catat Ulasan