Selasa, 24 Mei 2011
BEZA GURU LAMA & BARU
Suasana mengajar di sekolah-sekolah pedalaman adalah sangat mencabar dan unik. Ini kerana kemudahan yang terhad serta murid-murid sekolah yang tahap kecerdikan mereka tidak seperti murid-murid dibandar namun ia tidak mematahkan semangat para pendidik di pedalaman. Namun apa yang menjadi masalah dan sering merunsingkan para-para pentadbir di sekolah pedalaman dan juga di PPD adalah masalah pemikiran guru lama dan guru baru.
Kalau dihitung secara kasar, kebanyakan guru-guru baru ramai di hantar ke pedalaman. Ini adalah kerana dasar kementerian pelajaran yang mewajibkan setiap guru yang baru di"posting"kan di hantar ke pedalaman. Seperti yang diketahui juga, guru-guru baru tersebut adalah seorang guru yang penuh dengan ilmu dan idea baru dan terkini. Mereka tanpa segan silu ingin menggunakan ilmu serta idea yang mereka ada tersebut untuk memajukan anak-anak didik yang mereka ajar. Tapi kebanyakan idea serta ilmu yang mereka ada tersebut telah di salahguna oleh guru-guru lama yang mengajar di sekolah mereka atau lebih dikenali guru senior yang telah lama berkhidmat sebagai guru dan adakalanya mereka menunggu sahaja pencen walaupun tempoh perkhidmatan masih lagi lama.
Inilah senario yang dihadapi. Bukan semua guru-guru senior ini bersikap demikian, cuma sebilangan sahaja tetapi jumlah yang sebilangan itulah telah menimbulkan implikasi yang tidak baik kepada guru-guru muda ini. Baru-baru ini seorang guru muda mengadu bahawa guru senior di sekolahnya sering mengelak tugas yang diberikan oleh Guru Besar. Alasan yang sering diberikan ialah "bagilah tugas kepada orang baru, mereka lebih banyak idea dan pandai menggunakan komputer". Namun bila sesuatu hal yang memerlukan guru senior itu menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar, kuasa dan pentadbiran mengalahkan kuasa yang dipegang oleh guru besar. Sampai menyindir dan sering bercakap yang guru-guru muda ini melanggar arahan yang beliau berikan padahal Guru Besar pun tidak setuju dengan arahan yang beliau arahkan. Sampaikan guru muda tersebut mahu berbincang dengan cara baik tidak pula mahu didengarnya. Pelbagai andaian dibuat kepada guru muda tersebut. Kesian lah pada guru muda tersebut.
Sepatutnya, guru yang lebih senior sepatutnya membmbing guru-guru muda tersebut menjalankan tugasnya. Setelah guru tersebut boleh bergerak sendiri, barulah guru senior tersebut lepaskan guru tersebut menjalankan tugas yang diamanahkan. Bukan mengarah sahaja tetapi tidak memberikan bimbingan yang sewajarnya. Walaupun mereka ini guru baru yang penuh idea dan ilmu, tetapi ilmu yang mereka ada tidak cukup untuk digunakan dalam dunia pendidikan yang sebenar. Oleh itu bimbinglah mereka kerana guru-guru senior ini satu hari nanti akan bersara dan jika generasi baru ini tidak dibimbing dengan betul maka rosaklah anak murid kita pada masa akan datang.
Semoga guru lama dan baru menjadi lebih baik.
mindapendidik: saya pun turut menjadi mangsa kepada guru lama yang terlalu ortodoks pemikirannya.
Label:
Isu Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adverleds Sponser
Dikuasakan oleh Blogger.
2 ulasan:
Tetapi kadang-kadang ada jugak guru baru yang tidak mau diajar. Yang guru pertengahan baru/lama pula pandai jugak pengaruh guru baru supaya tak nak ikut cakap guru lama. Istilah guru lama sebagai 'Old brooms does'nt sweep well" jugak menyakitkan hati orang 'lama'. Jika guru lama 'Old brooms' , guru baru 'vacuum cleaner' laaaa.
Sekadar kongsi pengalaman.
✅💯
Catat Ulasan