Sponser

Sabtu, 29 Januari 2011

PENDIDIKAN JADI MEDAN BERPOLITIK

Awal sesi persekolahan sahaja sudah timbul banyak perkara yang melibatkan pendidikan dinegara kita. Dari isu novel Interlok hinggalah yang terbaru kisah cuti sakit suami calon pilihanraya Dun Tenang yang menjadi bual bicara orang politik dan pemimpin-pemimpin parti-parti politik tidak kira dari kerajaan ataupun pembangkang. Yang sangat dikesalkan ialah pendidikan negara juga turut terlibat dalam kancah politik ini.

Memang tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan berkait rapat dengan dunia politik. Jika kita amati, jatuh bangun sesebuah badan politik disesebuah negara adalah dengan acuan sistem pendidikan yang digarap mengikut idea dan garapan parti politik yang memerintah negara tersebut. Namun jika semua benda yang berkait rapat dengan pendidikan di politikkan, apalah nilai pendidikan yang boleh diterima oleh rakyat khususnya murid,pelajar dan juga pelajar universiti. Setiap dasar akan turut berubah setiap kali tampuk pemerintahan berubah atau menteri berubah. Oleh yang demikian, untuk mengwujudkan suasana sistem pendidikan yang lebih kukuh dan telus, adalah lebih molek kalau sistem pendidikan ini diurus oleh pendidik yang berkecuali dari bidang politik dan tidak berpaksikan sesebuah parti politik. Tetapi, ia perlu dikuatkan dengan pihak kerajaan(menteri pendidikan/pelajaran) yang menjadi tulang belakang badan tersebut dalam menentukan hala tuju pendidikan negara tanpa mengira pegangan politik bawaan mereka.

Apa pun, sistem pendidikan tetap menjadi tunjang kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, mantapkanlah sistem pendidikan dengan sewajarnya supaya anak bangsa kita tidak ketinggalan. Janganlah semua benda dipolitikkan nanti apa yang dirancang akan musnah dan kita akan tetap ketinggalan.

1 ulasan:

fifi berkata...

mahu atau tidak, pendidikan masih lagi berkait rapat dengan kerajaan, which is defined by politics itself. sebuah kerajaan yg ikhlas dan telus tidak akan memperkotakkatikkan sistem pendidikan dan menggunakan pendidikan untuk kepentingan sendiri! :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger