Hujan yang turun sejak awal minggu lalu telah menimbulkan kerisauan kepada sekolah-sekolah yang sering terlibat dengan banjir. Daerah Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Telupid dan juga Ranau adalah daerah-daerah yang sekarang terlibat dengan musim hujan yang tidak berhenti sejak awal minggu ini. Hujan yang turun ini telah menyebabkan beberapa sekolah di daerah Beluran (Sk Nangoh, Sk&SMK Simpangan, Sk Lingkabau, Sk Perancangan, Sk Ulu Muanad, Sk Sungai-Sungaidan beberapa buah sekolah lagi sedang dilanda banjir. Unit bencana banjir Daerah Beluran juga sedang memantau dan memberikan bantuan kepada beberapa buah kampung dan sekolah yang dilanda banjir tersebut. Beberapa buah sekolah di daerah Telupid, Pitas, Kota Marudu dan Kinabatangan juga ditengelami dengan air banjir. Diharap sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir haruslah mengambil langkah berjaga-jaga ketika benjir berlaku. Pastikan harta benda disimpan ditempat yang selamat dan yang paling penting nyawa mesti diutamakan. Jika ada arahan berpindah, segera lah berpindah untuk menjamin keselamatan semua yang terlibat dengan banjir. Diharap pihak Kementerian Pelajaran akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir ini terutama sekolah-sekolah dipedalaman. Sudahlah jauh dan sukar dihubungi, bencana lagi menimpa. Kesian mereka yang berada di pedalaman. Malang tidak berbau.
mindapendidik: Sekali air berubah, sekali bah menjelma
Jumaat, 28 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adverleds Sponser
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan