
Awal sesi persekolahan sahaja sudah timbul banyak perkara yang melibatkan pendidikan dinegara kita. Dari isu novel Interlok hinggalah yang terbaru kisah cuti sakit suami calon pilihanraya Dun Tenang yang menjadi bual bicara orang politik dan pemimpin-pemimpin parti-parti politik tidak kira dari kerajaan ataupun pembangkang. Yang sangat dikesalkan ialah pendidikan negara juga turut terlibat dalam kancah politik ini.Memang tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan berkait rapat dengan dunia politik. Jika kita amati, jatuh bangun sesebuah badan politik disesebuah negara adalah dengan acuan sistem...