Sponser

Ahad, 21 Jun 2009

Program Jejak Maklumat PKG Beluran


Taklimat program oleh Pegawai PKG Beluran

Segmen 1 : Ketahanan Fizikal
(Peserta/kumpulan akan melalui halangan yang disediakan)

Segmen 2 : Isu Semasa
(Peserta/kumpulan akan mencari maklumat dalam bentuk teks dan surat khabar)

Segmen 3 : Pemikiran Kreatif
(peserta/kumpulan akan menghasilkan arca)

Segmen 4 : Uji Minda
(peserta/kumpulan akan berusaha menyelesaikan soalan-soalan menguji minda.)

Murid-murid berkumpul untuk upacara penutupan oleh PPD Beluran

PPD Beluran bersama jemputan khas

Ucapan alu-aluan oleh pengerusi pengelola jejak maklumat
Penyelia PPD Beluran : Pn. Kasmih Bolah

Ucapan Penutupan dari PPD Beluran
Encik Suhaimi Haji Othman

Satu program jejak maklumat telah dijalankan di PKG Beluran pada . Ia adalah program yang di pengelolakan oleh PPD Beluran dan dikendalikan oleh PKG Beluran dengan dibantu oleh guru-guru serta persertanya dari murid-murid sekitar daerah Beluran. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di pusat sumber khususnya dan juga sumber ilmu lain amnya. Konsep pertandingan ini pula berkonsepkan "treasure Hunt" ataupun "explorace". Diharap program ini diteruskan pada setiap tahun bagi merangsang minat murid-murid untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber.Selain itu sehari sebelum itu, satu bengkel telah dijalankan kepada guru-guru penyelaras pusat sumber daerah Beluran bagi menghasilkan kertas kerja dan modul jejak maklumat di sekolah masing-masing. Tahniah kepada PPD Beluran, PKG Beluran, AJK Pengelola program ini serta peserta yang terlibat dalam menjayakan program Jejak Maklumat ini.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger