Menurut sumber berita yang dipetik dari Utusan Online pada hari ini(24/06/09 Rabu), keputusan PPSMI akan diketahui pada minggu hadapan.Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan mengenai PPSMI akan diumumkan awal bulan depan selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat ini.
Diharap, apa saja keputusan yang bakal di umumkan, ia tidak akan menimbulkan lagi konflik antara guru, pelajar dan juga kementerian itu sendiri kerana jika keputusan yang di ambil nanti ia akan melibatkan seluruh institusi pendidikan di negara ini.
Semoga apa yang di umumkan nanti mengembirakan semua pihak.
Admin_minda Pendidik : Saya rasa PPSMI akan dimansuhkan dan B.Melayu akan di mertabatkan semula. Namun matapelajaran B.Inggeris akan di ubah suai dan kemungkinan akan menjadi matapelajaran wajib lulus pada peringkat SPM.
Apa komen anda?? Bersetuju ??
Rabu, 24 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adverleds Sponser
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan