Sponser

Ahad, 21 Jun 2009

11,000 pembantu guru diperlukan

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mencadangkan agar pembantu guru di 10 000 sekolah diseluruh negara. Hal ini kerana,penbantu guru tersebut akan diperlukan bagi meringankan beban guru yang terpaksa menjalankan 'kerja sosial' di luar tugasan seperti mengemas kini rekod, logistik, kegiatan kokurikulum dan ada antaranya menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan sekolah.

Ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan.

Menurut NUTP, jika cadangan itu dilaksanakan, pekerja am ini mengurangkan beban guru serta sebagai persiapan awal menjayakan rancangan program penilaian prestasi sekolah yang dijangka pada 2010 atau 2011.Hal ini akan meningkatkan fokus guru kepada bidang pengajaran kepada murid.

Bagi saya sebagai warga pendidik, jika ini dilaksanakan, ia akan memberi peluang kepada warga pendidik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dikelas. Adalah wajar cadangan ini di setujui oleh pihak Kementerian Pelajaran kerana ia akan dapat memperbaiki sistem persekolahan di negara kita supaya lebih berdaya saing dengan negara luar yang lebih maju dari negara kita.

Apa komen anda??

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger