Sponser

Rabu, 18 Januari 2012

Berani ambil risiko menjadi guru

Salam..
Menjadi seorang guru bukanlah mudah seperti yang dijangka. Maksudnya kalau mahu menjadi seorang guru memanglah senang tetapi adakah anda sanggup ditugaskan jauh dipedalaman Sabah dan Sarawak. Itu sebenarnya cabaran yang harus dihadapi oleh bakal guru-guru baru. Dalam fikiran guru-guru baru mestilah mahu mengharapkan mereka ditempatkan di sebuah sekolah yang mudah dihubunggi, ada kemudahan elektrik dan air dan yang paling utama dapat menggunakan telefon. Namun apabila terima surat penempatan sekolah, tempat yang mereka tujui adalah jauh dipedalaman. Mulalah disana mereka merayu, membuat surat, mengunakan orang dalam dan sebagainya supaya tidak ditempatkan disekolah yang diberikan. Pelbagai alasan dibuat, sakitlah, sudah kawin lah, mahu menjaga ibubapalah dan pelbagai lagi. Makin susahlah kerja kementerian melayan karenah guru-guru ini.

Seperti laporan akhbar pada hari ini 18 Jan 2012,‘Guru j-Qaf perlu sedia terima tugas’ Berita Harian melaporkan bahawa Guru j-Qaf diminta bersedia menerima tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka walaupun terpaksa bertugas di pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak.Jika difikirkan sesiapa yang mahu menjadi guru pada masa sekarang, mereka kena bersedia menghadapi risiko dihantar ke pedalaman. Ini kerana kekurangan guru dikawasan tersebut masih lagi berada ditahap yang kritikal dan kebanyakan pembahagian guru matapelajaran disekolah pedalaman adalah masih kurang, Guru B. Inggeris, Sains, Matematik dan yang terbaru guru agama dan j-Qaf amat lah kritikal. Ada sebuah sekolah dipedalaman langsung tidak mempunyai guru agama padahal sekolah tersebut rata-rata mempunyai murid islam 100%. Jadi bagaimana sekolah tersebut hendak melakukan penilaian ujian PAFA dalam UPSR. Mestilah murid-murid tersebut gagal dalam PAFA sebab tidak ada guru agama yang mengajar mereka. Namun apabila UPSR murid-murid tersebut lulus pula PAFA. Bagaimana ia berlaku?.......Fikir-fikirkanlah..

Oleh itu, kepada guru baru yang akan ditempatkan dipedalaman Sabah dan Sarawak, apa yang perlu dibuat oleh anda, pergilah menyahut cabaran disana dan janganlah menolak penempatan tersebut kerana kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak tidak lagi seperti dahulu yang penuh dengan kesukaran. Persiapkan diri dengan menerima ketiadaan elektrik dan sumber air dan berazamlah untuk menigkatkan prestasi sekolah tersebut sehingga jasa anda disekolah tersebut tidak dilupakan apabila berpindah. Jangan risau, selepas 3 tahun anda boleh sudah berpindah. Bukan juga lama tempoh masa itu. Fikir-fikirkanlah

mindapendidik: 8 Tahun di pedalaman, seronok dan penuh cabaran

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger