Sponser

Khamis, 3 Mei 2012

Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat PPPS Laluan Hakiki

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) mempunyai sebanyak 10 jenis laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang disediakan oleh kerajaan. Salah satu ialah laluan kenaikan pangkat secara Hakiki iaitu melibatkan 4 laluan urusan pemangkuan. Ia terdidi daripada laluan hakiki pertama bidang umum (BU), teknikal (BTek) dan pendidikan islam (BPI), kedua institut pendidikan guru (IPG)/Institut Aminuddin Baki (IAB), ketiga Kolej Matrikulasi (KM) dan keempat Tingkatan 6. Empat jenis laluan hakiki tersebut seperti dalam gambar rajah dibawah.


Ulasan mindapendidik :
Laluan Hakiki merupakan laluan kenaikan pangkat yang lebih menjaminkan kedudukan serta pangkat seseorang yang menerima laluan tersebut. Kalau diikut pada laluan bidang Umun (BU), laluannya akan sampai ditahap Jusa C dan keatas. Ini bermakna, seseorang yang memilih laluan hakiki ini besar kemungkinan akan dapat menjawat jawatan yang tinggi dalam perkhidmatannya.

Namun untuk mencapai ke tahap tersebut, pelbagai prosuder perlu dilakukkan sebelum dapat diterima dalam laluan hakiki tersebut. semuanya boleh di rujuk dalam pekeliling perkhidmatan Bil 7 tahun 1993 dan peraturan-peraturan pegawai awam (pelantikan, kenaikan, pangkat dan penamatan ) 2005.

Kalau ada pembaca blog ini masih kurang arif dan faham tentang perjalanan laluan kenaikan pangkat PPPS hakiki ini, bolehlah merujuk ke PPD masing-masing atau bolehlah bertanya kepada mindapendidik di ruangan komen dibawah. Mungkin mindapendidik akan dapat menjawab segala persoalan yang anda kurang faham.

Sebenarnya banyak maklumat tentang laluan kenaikan pangkat PPPS untuk laluan hakiki ini, tapi mindapendidik hanya dapat mencatatkan sebilangan dari info tersebut. Apapun lebih baik bertanya dari banyak bercerita.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera....boleh saya tumpang tanya.saya amat berharap bimbingan Tuan dalam kerjaya saya ini.Saya adalah PPPS di sek rendah yg berkhidmat selama 8 tahun pd 2013 ni dan saya mempunyai ijazah master in education.Apakah laluan terbaik yg patut saya pilih utk menjawat jawatan hakiki ini.Saya masih belum arif dlm perjawatan yg boleh saya pilih.Terima kasih.

Mr. Mu berkata...

Untuk kefahaman saya, jika PPPS yang mengajar disekolah rendah, skop untuk menjawat jawatan hakiki amat kurang. Ini kerana buat masa ini, perjawatan hakiki yang ada untuk sekolah rendah hanyalah ada jawatan Guru besar,Pengolong Kanan Pentadbiran, hal ehwal murid, kokurikulum dan penyelia petang. Gred perjawatan pula lebih tertumpu kepada PPPLD gred DGA34(DG41 bagi yang sambung belajar) bagi guru besar dan DGA32 bagi penolong2 kanan. PPPS disekolah rendah tidak berpeluang menjawat jawatan hakiki DG44 atau DG48 kerana tiada perjawatan untuk kumpulan ini. Ini antara kelemahan yang dirasakan perlu pihak kementerian pendidikan perhalusi kerana semakin ramai kumpulan PPPS DG41 disekolah rendah akan berada dalam zon 8 - 10 tahun berkhidmat.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera....terima kasih atas penerangan di atas.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera Tuan....saya ingin bertanya samada apabila seorang guru bertukar angin ke ppd atau ke jabatan jawatan hakiki boleh di perolehi.saya adalah pps di sekolah rendah dan sudah 10 thn mengajar.Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera...adakah pengiraan pencen ada kena mengena dgn jawatan hakiki dan kup.Terima kasih.

Mr. Mu berkata...

Untuk soalan Tuan, "saya ingin bertanya samada apabila seorang guru bertukar angin ke ppd atau ke jabatan jawatan hakiki boleh di perolehi" ia tertakluk kepada perjawatan yang ada di PPD atau JPN. Utk PPD, ramai rakan2 di PPD hanya bersifat sementara maksudnya jawatan mereka hanya dipinjamkan ke PPD dari sekolah ataupun jawatan interim. Hanya PPD yang berstatus gred A sahaja ada jawatan hakiki namun masih terhad. Kebanyakan pegawai didalam PPD masih berstatus pinjaman dan interim. Untuk peringkat JPN, saya kurang mendapat maklumat mengenai perjawatan diperingkat negeri, cuma yang pasti, ketua sektor atau unit dalam JPN berstatus hakiki. Jika mahu jawatan hakiki tetap dlm sektor pengurusan, selain menjawat jawatan penting seperti Guru besar atau peng.kanan..jawatan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri serta PKG adalah berstatus hakiki. Itu yang saya faham serba sedikit

Mr. Mu berkata...

Untuk soalan pencen, ada yang menyatakan bahawa jika tidak mengambil hakiki, jawatan pencen kita akan jatuh ke gred jawatan asal kita. Contohnya jika tuan dlm gred DGA29 mengambil gred time based DGA32. dan apabila pencen, dikatakan pencen kita akan jatuh ke gred DGA29. Itu antara cakap-cakap beberapa orang rakan cikgu. Tapi sebenarnya, kalu ikut kefahaman saya, pencen kita akan tetap dibagi mengikut gaji akhir semasa bersara. Cuma apabila kita mengambil gred time based, kita tidak akan digelar mengikut gred time based kita, contohnya saya pencen pada gred time based DGA34. pada surat pencen gred kita akan ditulis DGA29 dgn time based 34. Bermakna kita akan diiktiraf semasa pencen di gred sebenar kita bukan yang time based. Itu pula pemahaman saya. Tetapi tuan jangan risau, dasar kerajaan sentiasa beubah setiap 5-10 tahun. Kalau dulu kita masih mengguna skim SSB, lepas itu SSM, kemudian digubal semula dan akan datang SST. Pembaharuan akan sentiasa dibuat untuk disesuaikan dengan peredaran zaman. Mesti perkara mengenai pencen ini akan diambil berat oleh pihak kerajaan.

Ammes berkata...

Bagaimana pula dengan jawatan pensyarah(akademik), PPPS gred DG41secara khas untuk penyandang (KUP) gred hakiki jawatan ialah gred DG44? Adakah ia bermaksud jika saya sudah mendapat jawatan hakiki dg44 dalam masa 3 tahun dan saya ingin berpindah masuk ke sekolah, jawatan hakiki saya akan berubah ke time-based? Mohon pencerahan, tuan.

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya ada jawatan hakiki tyang ditawarkan kepada saya di ppd untuk dg41 tahun hadapan saya akan akn complete 8 thn apa keistimewaan yang akan diperoleh oleh saya dari memasuki ppd

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger