Sponser

Jumaat, 17 Februari 2012

Disleksia - Gangguan dalam pelajaran yang sering dialami oleh kanak-kanak di luar bandar

Gambar : Sumber Google Imej

Disleksia adalah masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah. Kebanyakan masalah ini sering melanda dikalangan murid-murid di sekolah-sekolah pedalaman. Menuruk sumber dari Wikipedia, Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Punca-punca Disleksia 

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
  
Rawatan 

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.



Gamabr : Sumber Google Imej

Disleksia bukan merupakan kecacatan tetapi adalah masalah dari segi pembelajaran. Murid-murid yang mengalami Disleksia akan kelihatan normal seperti murid-murid yang lain dari segi kecergasan intelektual dan tidak mempunyai masalah dari segi pendengaran dan penglihatan namun murid-murid ini hanya mempunyai masalah dari segi pembelajaran iaitu murid-murid ini mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Mereka juga sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.Murid-murid ini sering menulis dengan perkataan yang terbalik.Selain itu murid ini juga mengalami masalah penulisan dengan tulisan mereka akan kelihatan tidak elok dan sukar dibaca.Namun setiap murid akan mempunyai masalah desleksia yang tidak serupa dengan murid lain.

Apabila menghadapi murid-murid yang Disleksia ini, jangan lah diangap murid-murid ini bodoh dan tidak boleh diselamatkan dari segi pembelajaran mereka. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu dilakukan bagi membantu murid-murid ini. Selalunya murid-murid ini akan dikesan seawal Prasekolah lagi. Setelah dapat dikesan, teknik pengajaran yang diterapkan keatas murid ini perlulah disesuaikan mengikut jenis masalah Disleksia mereka.

Bagi ibubapa pula, apabila mengetahui anak mereka mengalami masalah Disleksia, mereka bolehlah memilih untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas Disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.(Wikipedia)

Kerajaan Malaysia juga turut memberi bantuan kepada murid-murid yang menghadapi masalah Disleksia ini. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) murid-murid ini boleh didaftarkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam masalah pembelajaran. Mereka akan diberikan kad OKU dan layak menerima bantuan bulanan sebanyak RM150 yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta diberikan kemudahan mengikuti kelas Pendidikan Khas dibawah seliaan JPN.

Info :

Ciri-ciri penghidapnya

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

4 ulasan:

Sweetamieda. Blo berkata...

salam kenal.tq share info yang amat berguna ini. jemput singgah blog saya juga. sweetamieda.blogspot.com

Fazidah Mohd Saad berkata...

salam sejahtera, buat pertama kali seoarng saintis menemui satu nutrisi dari AFA Extrak yang 100%organik dpt membantu memangkin sel dewasa dari tulang sum sum kita sendiri untuk membaiki apa jua penyakit dihadapi.contoh sel dewasa ini akan pergi ke otak untuk jadi sel otak. Sila layari www.healthstation.stemtechbiz.com banyak info berguna disini.

leya berkata...

cikgu macaman cara saya nak handle atau menolong anak anak disleksia ni?? saya rasa anak saya pon menghadapi masalah ini...

Unknown berkata...

saya masih belajar sebagai doktor dan saya ingin mengkaji bagaimana penyakit sebegini boleh berlaku di kalangan murid sekolah. Setelah saya mengkaji barulah saya tahu tentang penyakit ini.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger