Sponser

Selasa, 28 Jun 2011

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) UNTUK KSSR TAHUN 1

Setelah lama menanti, akhirnya Lembaga Peperiksaan telah menyediakan sistem pentaksiran untuk KSSR tahun 1. Seperti yang diketahui, pelaksanaan KSSR tahun 1 yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini memerlukan guru yang mengajar murid-murid tahun 1 membuat pentaksiran pada setiap matapelajaran yang diajar oleh mereka. Masalah yang timbul disini adalah kebanyakan guru yang mengajar KSSR ini masih lagi kabur bagaimana hendak melaksanakan pentaksiran ketika mengajar. Hal ini kerana kebanyakan guru tidak dapat standard yang ditetapkan untuk mentaksir. Yang ada pada mereka ialah draf pentaksiran yang kebanyakan dari mereka masih lagi kabur cara melaksanakan. Ini menyebabkan banyak dokumen berkaitan pentaksiran tidak dapat dibuat.

Dengan wujudnya sistem ini, kaedah dan cara pelaksanaan pentaksiran untuk KSSR tahun 1 bolehlah dikatakan mudah serta senang dikendalikan. Cuma peringkat pentadbiran dibawah S/U peperiksaan yang agak sukar sedikit untuk mengemaskini data sekolah, guru dan paling penting murid. Namun bila sahaja sudah wujud data tersebut, kerja-kerja lain mudah dilaksanakan.

Tetapi, adakah sistem ini boleh diakses kesemua sekolah. Secara umumnya, sistem ini akan berfungsi jika ada talian internet kerana sistem ini beroperasi secara ONLINE. Jika sekolah tersebut mempunyai capaian internet, pelaksanaan sistem ini akan dapat berjalan dengan baik. Namun jika sekolah tersebut tiada capaian internet terutama sekolah-sekolah dipedalaman, bagaimana pihak sekolah hendak mengemaskini data pentaksiran yang diperlukan. Bukan semua sekolah dipedalam mempunyai capaian internet. Kalau ada pun, capaiannya adalah amat perlahan dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet. Jadi bagaimana guru-guru hendak memasukan data yang diperlukan dalam sistem ini.

Ada diantara cadangan yang dikemukakan oleh pihak lembaga peperiksaan semasa bengkel yang dilakukan disetiap daerah adalah dengan pihak sekolah menggunakan kemudahan yang ada di PKG atau PPD bagi mengemaskini data. Cadangan yang diberikan ini adalah baik kerana diPPD atau PKG sendiri mempunyai kemudahan internet dan juga mereka juga boleh membantu dari segi teknikal. Tetapi masalah yang akan timbul adalah jika pengisian itu mengambil masa yang lama, sekolah akan kekurangan guru serta jarak sekolah-sekolah ke PPD dan PKG ada diantaranya berjarak beratus-ratus kilometer. Jadi berbaloikah pergi ke PKG dan PPD semata-mata melengkapkan data pentaksiran dalam sistem ini. Jika ditanya kepada guru-guru yang mengajar dipedalaman, mesti timbul permasalahan ini.

Namun kalau diikutkan, sebagai orang yang diamanahkan menjadi seorang pendidik, segala penat perit dan halangan perlulah dihadapi dengan cara bijaksana oleh guru yang bertanggungjawab. Jika tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang telah diamanahkan, tidak akan majulah pendidikan negara.

Namun, diharap pihak kementerian perlulah memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah talian internet disekolah-sekolah pedalaman kerana semakin hari, dunia pendidikan memerlukan internet bagi melaksanakan tugas-tugas pendidikan tidak kecuali internet juga memainkan peranan memberikan info dan berita terkini berkenaan pendidkan.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya masih kabur apa item yang perlu ada di dalam fail PBS setiap murid.. tolong berikan saya item-item tersebut kalau ada.. thanks

Tanpa Nama berkata...

sekiranya berlaku kesilapan dlm mengemaskini prestasi murid, macam mana mahu perbaikinya kerana rekod yang disimpan tidak dapat dibatalkan.

Tanpa Nama berkata...

Pada tahun 2009, seramamai 500 orang guru pentaksir secara kontrak telah dilantik dan ditempatkan di 500 buah sekolah rintis Pentaksiran, bg membantu guru kelas dan guru matapelajaran dalam bidang petaksiran. Namun begitu, kontraknya telah tamat pada akhir tahun 2009. Adakah pentaksiran untuk tahun ini membuka ruang mengambil semula guru pentaksir yang telah ditamatkan kontraknya bekerja semula sebagai guru pentaksir?

Tanpa Nama berkata...

saya belum jelas cara mengisi band bagi setiap murid.Tolong jelaskan cara pengisian secara ditil.

Tanpa Nama berkata...

Sy SU ABA6041 SKUM pn masih belum jelas jgk mcm mana nak isi data.Adakah perlu ditaksir mngikut setiap bulan yg diperuntukkn di web SPPBS bermula Januari hgga Disember?Atau dua bulan sekali atau taksir ikut dulu2;2kali setahun(PPT dan PAT) atau...????? TolonGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG....

Tanpa Nama berkata...

kalau tersalah isi atau klik band tak boleh buat apa apa ke??

Tanpa Nama berkata...

SPPBS dok errorr..terketar-ketarrrr.....supaaba6041

Tanpa Nama berkata...

salammmmmmmmmmmm....tak dpt le nk bkak SPPBS time ni....nape yek?

Mr. Mu berkata...

Untuk makluman, pentaksiran perlulah dibuat sebulan sekali. Tapi jangan lah risau kerana pelaksanaannya belum lagi dikuatkuasakan. Namun pengisian band tersebut adalah diperlukan kerana jika markah band tidak diisi, besar kemungkinan markah murid tersebut pada tahun depan akan menghadapi masalah dalam pengumpulan data. Bagi penerangan cara pengisian band, sila rujuk S/U sekolah kerana taklimat telah dibuat kepada mereka cara bagaimana hendak mengisi band diportal tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Mr Mus..
sppbs pada pendapat saya masih lagi samar-samar dalam perlaksanaannya. bukan shj guru..kementerian pun xde keputusan lagi cara penilaian yg pasti

Mr. Mu berkata...

Betul itu..Memandangkan secara realitinya pelaksanaan penilaian berasaskan peperiksaan diatas kertas soalan adalah yang menjadi keutamaan. Namun jika mahu SPPBS berjalan dgn baik dan memenuhi hasrat KPM, penerangan, taklimat dan kursus jangka panjang perlu dilakukan dengan berapa segera sebelum pekara menjadi lebih teruk(rungutan dari semua guru berkenaan SPPBS)

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana hendak menjalankan pentaksiran mengikut bulan sedangkan band tersebut bercampur2 topiknya. Sebagai contoh untuk B1D1E1 untuk subjek matematik termasuk dalam tajuk nombor bulat, panjang dan berat. Jika pentaksiran telah dibuat pada bulan Januari, hanya tajuk nombor bulat sahaja yang dilihat. Maka adakah perlu tunggu sehingga topik panjang dan berat diajar dulu baru masukkan band? Bagaimana jika murid tersebut dapat menjawab dengan baik untuk tajuk nombor bulat tetapi tidak bagi tajuk panjang dan berat? Adakah murid tersebut dianggap menguasai band B1D1E1 tersebut?

Tanpa Nama berkata...

nape la sistem sppbs ni lembap bebenor sakit ati di buatnya dh la kne keyin 11 kelas mane la x sakit dibuatnye pas2 lmbap mcm cput tlog la wahai pihak lp prihatin ckit ingat ckgu nie nk mgadap laptop je ke kt umh nie hbis fmily cam ner adoi la....

cikgushah berkata...

as-salam.

korang try web ni..http://www.zoom-a.com/
berjuta orang access dalam satu-satu masa..
cuba bandingkan ngan sistem sppbs...
bukan nak ngutuk....carik la webmaster dan server yang berkelayakan.
belambak-lambak kat malaysia ni....fakta tu...

Tanpa Nama berkata...

Macam celaka nak isi PBS.. dah lah x faham bende apa PBS nih... nak isi 2 org pun 2 hari x siap.. nak buat sistem biar betul2... baru 2 org.. ni aku ajar 5 kelas... 40 org satu kelas.. x ke gila namanya nak isi.. aopa ke jadahnye nih... buduh betul

Tanpa Nama berkata...

duk marah kat sini ader org dengar ke masalah guru?..dah 3 hari 3 malam x leh access SPPBS..dahlah ader dateline bagai...naper lah buat sistem yang mneyusahkan..cuba praktikal lah ckit..life cikgu bukannyer duk ngadap komputer 24 jam...mgkn akn yg kata kenapa awal2 x key in..dah lah yg menengah start bulan 7..nak kejar buat PBs dari awl bab..kena buat U turn..pada masa yang sama nak kejar silibus, nak check kertas budak, nak susun, nak tick dlm borang transit..bla..bla..bla..kalu ngajar 1 kelas 20 org mgkn sempat..tp kalu dah 45 org satu kelas..haaaa..lu pk lah sendiri...eisy apa pun tak boleh...saper lah nak mendengar luahan guru nie...

Tanpa Nama berkata...

ini lah bala dan celaka yang di bawa si umno muyiddin ....supaya semua guru guru di malaysia sibuk key-in band band sampai tak sempai ikut politik

Cikgu Arivai berkata...

Khas untuk guru PBS, sila dapatkan Borang Transit PBS yg fleksibel utk semua subjek di http://eformrpm-pbs.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan MANSUH JE SPPBS!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger