
Minggu ini, pihak perkhidmatan awam telah membenarkan guru-guru yang bergred DG41-DG48 bergiat aktif dalam politik. Ramai pihak menyokong kebenaran ini, namun ada juga yang tidak bersetuju. Namun, setiap yang baiknya mesti ada keburukannya.Sebelum ini, kakitangan kumpulan sokongan sahaja yang dibenarkan berpolitik. Namun setelah kebenaran ini dikuatkuasa, kumpulan guru yang bergred DG41-DG48 bolehlah berpolitik. Tapi apa yang kita tidak mahu terjadi dikalangan guru-guru ini adalah janganlah terlalu mementingkan berpolitik sehingga tugas hakiki yang sepatutnya di dahulukan tidak dilaksanakan dengan...