Sponser

Khamis, 1 April 2010

ISU-ISU PENDIDIKAN TERKINI

Banyak isu-isu pendidikan yang terpapar di dada akhbar dalam minggu ini. Antara isu-isu yang menarik ialah :-
  1. Penambahan elaun pendalaman kepada 5 kategori.
  2. Kajian beban kerja guru
  3. Penambahan masa untuk mata pelajaran BI tahun 2011.
  4. Pendidikan muzik mungkin di kurangkan masa mengajar kepada 30 minit seminggu daripada 60 minit.
  5. Kesatuaan guru siswazah sabah meminta elaun perumahan wilayah untuk guru-guru semenanjung dikaji semula supaya adil dan menyebelahi para pendidik di sabah dan juga semenanjung.
Banyak lagi isu-isu yang terlibat namun 5 perkara ini yang menarik minat kami untuk dimuatkan dalam minda pendidik. Kalau ada komen tentang pekara ini, silalah kongsi.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
Pada pendapat saya, jika guru pedalaman menikmati kadar kenaikan elaun baru dan juga disyorkan agar dapat menikmati kenaikan pangkat yang cepat, diharap pihak kementerian dan jabatan bersikap adil dan selalulah memantau para guru yang tinggal dan mengajar di pedalaman. Bukan iri hati atau tidak puas hati dengan insentif yang diberi, memang layak pengorbanan mereka dihargai, tetapi untuk berlaku adil kepada masyarakat yang tinggal di pedalaman serta guru-guru lain juga, maka hendaklah kerja mereka dipantau selalu supaya apa yang diberi tersebut berbaloi.Diharap juga, insentif elaun yang diberi hendaklah bersama dengan penanda aras bagi kemajuan dan peningkatan prestasi sekolah, supaya masyarakat nampak hasil insentif yang diberi berkadaran dengan prestasi yang diraih oleh pihak sekolah. Kita tidak mahu, pihak kerajaan mengeluarkan jumlah peruntukan yang bukan sedikit untuk membayar pengorbanan guru-guru yang sanggup mengajar di pedalaman, tetapi prestasi pencapaian murid pedalaman tetap di takuk lama atau pun di sesetengah tempat,langsung tiada peningkatan. Di sesetengah tempat, oleh kerana sekolah berada jauh di pedalaman, maka para guru jarang dilawati oleh nazir, ini memberi keadaan selesa bagi sesetengah guru. Ada yang didapati tidak menyiapkan buku rekod, meninggalkan masa mengajar lebih awal dari sepatutnya waktu kelas berakhir dan ada juga terdapat kes guru besar jarang hadir ke sekolah kerana sekolah tersebut terletak di pulau dan jarang dilawati mahu pun dipantau jabatan.Kejadian begini patut diambil perhatian dan ditangani segera kerana mereka telah diberi insentif yang lebih dan bakal menerima insentif yang lebih banyak. Pendek kata, harapan kita semoga elaun yang diberi bukan sahaja sebagai balasan rasa terima kasih dan penghargaan kerajaan kepada para guru yang sanggup berkhidmat di pedalaman, tetapi ianya seharusnya sebagai jaminan kepada para pelajar di pedalaman yang mereka juga akan dapat menikmati kualiti pengajaran yang sama seperti rakan mereka yang tinggal di bandar.

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaha pandai- Betul betul betul

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju dengan tanpa nama tu.

Tanpa Nama berkata...

Sebaiknya begitu, agar rezeki yang dapat diberkati.Jangan hanya minta ditambah itu dan ini tetapi kecemerlangan pelajar langsung tidak dipantau.....

Tanpa Nama berkata...

agak kurang setuju pasal pendidikan muzik tu...

Tanpa Nama berkata...

saya terpanggil mengenai isu beban guru..terutamanya aktiviti hujung minggu terutamanya sabtu..saya lihat sekolah semakin kerap menggunakan cuti hari sabtu untuk mengadakan aktiviti, kalau tak cuti ganti, pelbagai mesyuarat aktiviti luar diadakan..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun setuju.walaupun dulu saya pernah mengajar d kwsn pdlman memang wajar para pendidik kwsn pdlman tingkatkan lagi mutu pkhdmatan mereka d kwsn pdlm bg mlhirkan murid yg berkualiti.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger