Sebaiknya, biarlah kerajaan melalui kementerian pelajaran merancana apa yang telah dirancangkan untuk kebaikan semua. Bukan dasar PPSMI itu tidak baik malah dasar PPSMI ini adalah dasar yang sangat baik, namun pihak kerajaan telah memikirkan apa yang lebih terbaik untuk menjadikan dasar PPSMI serta penguasaan Bahasa Inggeris menjadi lebih terbaik. Bantulah kerajaan menjalankan dasar MBMBI dan berilah segala pengalaman yang ada untuk meningkatkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Janganlah asik membantah kerana ia tidak banyak membantu. Takkan benda yang sudah dilaksanakan mahu diundurkan semula. Fikir-fikirkanlah...
Isnin, 31 Oktober 2011
ISU-ISU SEMASA : Cukup-cukuplah desak PPSMI
Sebaiknya, biarlah kerajaan melalui kementerian pelajaran merancana apa yang telah dirancangkan untuk kebaikan semua. Bukan dasar PPSMI itu tidak baik malah dasar PPSMI ini adalah dasar yang sangat baik, namun pihak kerajaan telah memikirkan apa yang lebih terbaik untuk menjadikan dasar PPSMI serta penguasaan Bahasa Inggeris menjadi lebih terbaik. Bantulah kerajaan menjalankan dasar MBMBI dan berilah segala pengalaman yang ada untuk meningkatkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Janganlah asik membantah kerana ia tidak banyak membantu. Takkan benda yang sudah dilaksanakan mahu diundurkan semula. Fikir-fikirkanlah...
Jumaat, 28 Oktober 2011
Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia peringkat Negeri Sabah.
Pelaksanaan Kem Mambaca 1 Malaysia (KM1M) 2011 ini akan didaftarkan kepada The Malaysia Book Of Records. Untuk tujuan tersebut, semua peserta KM1M di semua peringkat daerah akan membaca buku Bahasa Inggeris.
Semoga usaha murni Jabatan Pelajaran Sabah untuk mencapai rekod yang diharapkan.
Jumaat, 14 Oktober 2011
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN 2012 AKAN DIBUKA 17 OKTOBER 2011
Sabtu, 8 Oktober 2011
BUGET 2012 : Pendidikan Dapat Durian Runtuh, Terima Kasih PM !!!
- Yuran persekolahan sekolah rendah (RM24.50) dan Sekolah Menengah (RM33.50)
- Bantuan kewangan kepada semua jenis sekolah.
- Kenaikan secara Time Base hanya 8 tahun berkhidmat.
- Penstrukturan sistem gaji kakitangan awan yang baru. SSM ke SBPA
- kenaikan gaji antara 7 hingga 13 peratus mengikut gred.
- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dinikmati pada gaji bulan Disember tahun ini.
- Umur pesara dinaikan kepada 60 tahun dari 58 tahun sebelumnya.
- bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup.
- durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
- Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.
- Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
- Pemberian Baucer Buku RM200 kepada pelajar warga malaysia dari pelajar tingkatan 6 hingga institusi pengajian tinggi.
- Potongan cukai kepada penderma yang menderma kepada sekolah.
Mindapendidik : Terima Kasih PM..
Rabu, 5 Oktober 2011
ISU - ISU PENDIDIKAN : Isu PPSMI Masih Lagi Berbunyi
Ini kerana ada pihak beranggapan dengan pemansuhan dasar PPSMI akan menyebabkan pelajar-pelajar akan mundur dalam mengusai bahasa Inggeris. Namun secara realitinya, apabila dasar ini dilakukan, peningkatan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia semakin menurun prestasi pencapaiaanya. Dimana silapnya?
Niat kerajaan adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi yang menjadi mangsa bahasa Kebangsaan iu sendiri.
Oleh yang demikian, kerajaan melalui kementerian pelajaran telah memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini wujud akibat kepincangan yang dikesan dalam pelaksanaan dasar PPSMI yang mengakibatkan penguasaan Bahasa Malaysia menjunan jatuh dan penguasaan Bahasa Inggeris tidak meningkat seperti yang diharapkan. Selain itu pengenalan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah (KSSR/KSSM) yang telah beroperasi tahun lalu akan mengukuhkan lagi penguasaan kedua-dua bahasa penting tersebut. Penukaran semula pengajaran sains dan matematik ke bahasa melayu dalam KSSR/KSSM dapat membuka peluang luas kepada pelajar-pelajar dari pedalaman untuk menguasai matapelajaran tersebut. Disamping itu, pemantapan semula bahasa inggeris dalam KSSR/KSSM ini akan dapat menganti kekosongan yang ditinggalkan dalam mata pelajaran sains dan matematik yang mengunapakai bahasa Inggeris sebelum ini.
Diharap semua pihak berganding bahu melaksanakan dasar-dasar yang telah dibuat oleh kementerian pelajaran daripada berbahas dan berpolitik isu-isu yang menjadi kepentingan.
Mindapendidik : Utamakan Bahasa Kebangsaan.
Khamis, 22 September 2011
ISU-ISU PENDIDIKAN : Sekolah Sepatutnya Dinilai Jika Berjaya Bantu Murid Lemah dari Dinilai dari segi Kecemerlangan Peperiksaan Pekolah.
Isu melibatkan tiga orang murid sekolah rendah tidak dibenarkan mengikuti peperiksaan UPSR masih lagi panas dibahaskan. Namun tindakan yang diambil oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran telah mengarahkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) membenarkan calon berkenaan menduduki UPSR dalam tempoh empat minggu lagi. Selain iti TPM juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pentadbir sekolah yang telah melakukan perbuatan tersebut. Menurut fakta kes, tiga orang murid berkenaan yang dianggap lemah oleh guru masing-masing, minggu lalu tidak dapat mengambil UPSR kerana didakwa dikurung pentadbir sekolah.Pentadbir sekolah dikatakan bertindak demikian kerana tidak mahu prestasi keseluruhan sekolah itu terjejas berikutan mereka dijangka gagal dalam ujian berkenaan.
Mindapendidik bersimpati dengan ketiga-tiga calon berkenaan serta memahami perasaan ibu bapa mereka. Sebagai Ibu bapa,sesiapa pun akan kecewa dan marah jika anak diperlakukan sedemikian. Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku. Ini kerana masyarakat pasti akan mempersoalkan keikhlasan guru serta sekolah berkenaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Sepatutnya guru dan pihak sekolah lebih mengetahui mengenai pentingnya setiap pelajar diberi peluang dan hak membuktikan potensi masing-masing. Jika peluang ini disekat, ia akan menutup terus potensi yang kemungkinan dimiliki pelajar ini.Besar kemungkinan ia akan menggelapkan masa depan mereka.
Sistem penilaian di sekolah sepatutnya diubah dari dinilai dari segi kecemerlangan peperiksaan kepada penilaian berteraskan keupayaan sekolah membantu murid yang lemah dari semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Sebagai contoh, jika murid itu tidak berjaya menguasai kebolehan membaca dan menulis, dan pihak sekolah telah berusaha menjadikan murid tersebut berjaya menguasai kebolehan membaca dan menulis, penilaian yang baik akan diberikan ke atas usaha pihak sekolah tersebut. Itu merupakan ukuran penilaian yang sebenar-benarnya untuk menilai sekolah.
Penambah baik dari segi penilaian prestasi sekolah perlu dan wajar dilakukan. Janganlah menilai dari jumlah bilangan A yang di dapat dalam peperiksaan awam tetapi perlulah dinilai dari keseluruhan pengurusan sekolah. Pihak kementerian pula janganlah terlalu menekan sekolah jika sesebuah sekolah itu mendapat 0% dalam UPSR atau peperiksaan awam lain. Banyak rungutan dan keluhan dari rakan-rakan di sekolah yang mendapat 0% dalam UPSR kerana pihak kementerian dan jabatan pelajaran telah mengarahkan mereka membuat pelbagai program untuk memperbaiki prestasi buruk tersebut. Hal itu telah menimbulkan banyak tekanan kepada sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan kementerian haruslah memikirkan pelbagai pendekatan yang perlu bagi memastikan tahap prestasi sekolah tidak menjadi beban kepada pihak sekolah selain itu memastikan prestasi sekolah sentiasa maju ke hadapan.
Rabu, 21 September 2011
ISU-ISU PENDIDIKAN : Kerana Mahu Menjaga Status, Sanggup Buat Apa Sahaja.
Apalah dosa murid-murid tersebut dilayan sedemikian. Adakan ketidak pandaian mereka menyebabkan mereka menjadi beban kepada pihak sekolah. Jika demikian, buat apalah sekolah diwujudkan jika sekolah ditujukan untuk murid-murid yang pandai sahaja manakala murid yang tidak pandai diabaikan dan kalau boleh disingkirkan terus dari sekolah. Dimana sudah tujuan sekolah sebenarnya. Bukankan sekolah bertujuan untuk mendidik anak bangsa kita supaya menjadi pandai dan tidak mengira perbezaan murid tersebut dari segi kaum, kekayaan serta kepandaian. Dimana sudah tugas guru sekolah tersebut yang sebenar. Bukankan guru-guru tersebut perlulah membela anak murid mereka walaupun mereka itu tidak bernasib baik seperti yang kita harapkan. Sudahlah murid-murid tersebut datang dari golongan keluarga yang sederhana, dilayan lagi sedemikian, apalah nasib mereka pada masa akan datang. Jangan disangka murid-murid yang dikategori kurang bijak ini akan menjadi tidak bijak sampai bila-bila. Ini kerana nasib mereka pada masa hadapan kita tidak boleh menjangkakan. Mungkin semasa mereka berada disekolah menengah, mereka menjadi murid yang bijak dan mempunyai kemahiran yang tersendiri. Oleh yang demikian, janganlah dilayan mereka demikian. Kerana ingin menjaga nama baik sekolah dan ingin mengejar status sekolah yang cemerlang, murid-murid menjadi mangsa. Cuba bayangkan kalau anak kita sendiri yang dibuat macam begitu. Apa perasaan anda. Suatu masa nanti tuhan akan membalas apa yang kita pernah lakukan. Oleh itu, buat lah yang terbaik dan layanlah semua anak murid kita dengan adil kerana sudah menjadi tanggungjawab kita menunaikan tannggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.
Mindapendidik : Sangat marah dan kecewa apabila ada lagi sekolah membuat perkara keji tersebut. Tindakan sekeras-kerasnya haruslah dilakukan.
Selasa, 6 September 2011
ISU-ISU PENDIDIKAN : Antara Kerja Hakiki dengan Kerja Luar, Mana Satu Pilihan Guru.
Perkara ini bukan lagi asing kepada para guru-guru. Faktor taraf hidup yang semakin tinggi sejak akhir-akhir ini mendorong guru-guru mengambil peluang yang ada untuk membuat kerja-kerja sampingan bagi menambah sumber pendapatan. Jika guru-guru yang hidup dibandar, peluang mendapat kerja sampingan seperti membuat bisnes kecil-kecilan seperti terlibat dalam jualan langsung (MLM) serta menawarkan perkhidmatan tuisyen adalah salah satu sumber pendapatan tambahan yang mereka boleh rebut. Ini kerana jika mereka tidak melakukan kerja luar tersebut, kehidupan di bandar yang tinggi nilainya akan menyebabkan guru-guru tersebut akan hidup dalam kesederhanaan sahaja. Oleh yang demikian peluang sebegitu perlu mereka rebut supaya hidup guru-guru dibandar akan lebih bermakna.
Jika diluar bandar pula, peluang menjadi petani moden akan dapat dicapai oleh guru-guru tersebut. Yang penting guru tersebut mempunyai tanah untuk bercucuk tanam. Memang pelik kalau ada guru yang sanggup menjadi petani tapi ini adalah kebenarannya. Di Sabah terutama di pedalaman, guru-gurunya ada yang mampu memakai kereta mewah seperti PRADO model terbaru serta memakai kenderaan 4x4 yang berharga diatas RM180 000 ke atas. Ini kerana selain bertugas mengajar, guru-guru tersebut menguruskan kebun atau ladang kelapa sawit seluas berekar-ekar. Itulah kerja guru-guru dipedalaman, seorang guru dan juga seorang petani moden. Mereka tidak perlu turun ke ladang memegang tombak untuk mengambil buah kelapa sawit, mereka cuma duduk dalam kereta mewah mereka dan mengarahkan pekerja-pekerja ladang mereka menjalankan tugas. Hasil dari jualan buah sawit yang dijual ada kalanya melebuhi gaji mereka bertugas sebagai guru disekolah mereka. Percaya atau tidak tetapi itu adalah kebenaran di Sabah. Namun bukan semua guru-guru di pedalaman beruntung seperti tersebut. Ada yang tidak mempunyai tanah sebegitu dan mereka hidup sederhana seperti insan-insan lain. Sebab rezeki setiap orang adalah tidak sama. Yang membezakan adalah usaha dan kerajinan setiap insan yang hidup didunia ini.
Namun apa yang menjadi topik perbincangan tersebut adalah kesan kepada tugas hakiki di sekolah kepada guru-guru yang mengambil kerja luar. Banyak pihak meminta kementerian membuat kajian bagi mengetahui kenapa dan mengapa guru-guru tersebut perlu membuat kerja luar sedangkan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak bangsa. Sementara itu tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, pihak sekolah perlu menggariskan sasaran yang harus dicapai oleh guru-guru bagi memastikan mereka sentiasa menjalankan amanah mendidik dengan baik.
Apa juga keputusan yang dicapai tentang perkara tersebut, yang paling penting, tugas hakiki kita sebagai guru mestilah diutamakan. Walaupun kerja luar tesebut menjanjikan pendapatan yang melimpah-limpah namun apa yang paling penting kerja guru-guru sebagai pendidik haruslah diutamakan terlebih dahulu. Janganlah kerja luar kita dahulukan, kerja hakiki kita belakangkan. Nanti duit gaji yangh kita terima tidak halal dan tidak berkat. Jika pendapatan kerja luar itu lebih menguntungkan, berhentilah jadi cikgu dan bergiatlah dalam bidang yang mendatangkan pendapatan yang lebih memuaskan tersebut. Jangan lah mengadaikan masa depan anak murid kita.
Jumaat, 26 Ogos 2011
ISU-ISU PENDIDIKAN : Memperkasa Pendidikan Islam
Kurikulum baru Pendidikan Islam yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran ini amat perlu pada masa sekarang memandangkan pendidikan islam yang diajar disekolah-sekolah belum cukup mantap dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri serta keperibadian diri para pelajar dalam mendalami agama islam yang sebenarnya.
Untuk memantapkan lagi pendidikan islam di sekolah-sekolah, ada lebih baiknya kurikulum tersebut perlulah diselaraskan dengan situasi pelajar pada masa sekarang. Kalau dilihat pelajar-pelajar pada masa sekarang, sahsiah dan keperibadian diri pelajar tidak mencerminkan apa yang dituntut dalam kurikulum pendidikan islam. Kita lihat sahaja gejala-gejala sosial yang melanda para pelajar-pelajar kita disekolah dan diluar sekolah. Pelajar-pelajar ini semuanya tahu dan faham apa yang diajar dalam islam tetapi hendak melaksanakan jati diri islam yang sebenar tidak ada dalam diri pelajar-pelajar. Ada pelajar-pelajar yang keputusan peperiksaan mereka sangat baik dalam pendidikan islam tetapi kelakuan dan perangai tidaklah mengikut markah yang diperoleh dalam peperiksaan. Oleh itu dimana silapnya perkara ini? Adakah ustaz&ustazah yang mengajar tidak cukup berkesan ataupun ia berpunca dari institusi kekeluargaan yang menjadi penyebabnya. Kita boleh menilai dan memikir dimana puncanya.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran haruslah memantapkan kurikulum pendidikan islam dengan sebaik-baiknya supaya apabila kurikulum ini digunakan kelah, akan lahirlah pelajar yang mempunyai jati diri islam yang betul-betul melaksanakan syariat agama itu sendidri dari hanya pelajar itu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi mempunyai keperibadian islam yang teruk sekali.
Apapun mindapendidik amat menyokong pemantapan kurikulum pendidikan islam yang bakal dilaksanakan kelak. Semoga kurikulum tersebut dapat menjadikan pelajar-pelajar kita lebih islamik dan maju kedepan tanpa meninggalkan syariat islam yang sebenar.
Rabu, 24 Ogos 2011
Pandu Selamat, Jiwa Selamat
Sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, jalan raya di seluruh negara akan menjadi sesak pada awal pertama cuti sekolah nanti. Oleh yang demikian, keselamatan dijalan raya ketika memandu adalah diutamakan. Bila sahaja musim hai raya, tidak dinafikan kes kemalangan dijalan raya merupakan salah satu fenomena diMalaysia kerana kemalangan semasa hari raya meningkat berganda-ganda. Pelbagai cara dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengelakan kemalangan semasa hari raya bertambah. Pelbagai cara telah dilakukan namun jumlah kemalangan tetap tidak pernah menurun peratusnya malah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Antara penyumbang kadar kemalangan yang tinggi adalah kemalangan dari penunggang dan pembonceng motorsikal. Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berwajib kepada para pengguna kenderaan dua roda ini supaya tidak terbabit dengan kemalangan semasa hari raya.Kepada warga pendidik sekalian. Jika anda menggunakan kenderaan semasa cuti hari raya nanti untuk pulang ke kg halaman nanti. Diharap memandulah dengan berhati-hati supaya selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali semula ke tempat mengajar dengan selamat apabila berakhir cuti raya nanti. Janganlah warga pendidik terlibat dalam kemalangan kerana perjuangan mendidik masih belum selesai. Sayangilah diri anda dan keluarga anda. Selamat Balik Kampung. Pandu selamat jiwa akan selamat.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Jumaat, 19 Ogos 2011
6,000 guru prasekolah dilatih 2012-UTUSANONLINE
Menurut berita yang disiarkan semalam. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melatih seramai 6,000 guru prasekolah pada tahun depan bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah di negara ini bertaraf dunia. Selain itu, Timb. Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran mencadangkan bahawa pada masa akan datang guru-guru pra sekolah dan pengasuhnya akan terdiri dari kalangan guru-guru serta pengasuh yang mempunyai tahap pendidikan dan kelayakan yang tinggi. Ini bertujuan untuk merealisasikan impian negara untuk menjadikan taman asuhan kanak-kanak dan prasekolah mencapai tahap kelas pertama dan bertaraf dunia.
Semoga apa yang dinyatakan ini akan menjadi kenyataan supaya setiap anak murid yang akan mula bersekolah mendapat pendidikan yang berkualiti sejak awal persekolahan lagi.
Rabu, 17 Ogos 2011
Isu Pendidik berhadapan dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Banyak laporan didengar dari golongan S/U Peperiksaan sekolah berkenaan dengan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Kebanyakan rungutan yang mereka terima adalah berkenaan masalah apabila hendal masukan data (key in) kedalam sistem ini. Ini kerana ketika mereka hendak masukan data pada waktu itulah sistem itu tidak aktif dan adakalanya tidak dapat beroperasi dengan baik. Sistem yang dilancarkan ini adalah sangat bagus untuk mengukur tahap peperiksaan disekolah-sekolah namun apa yang menjadi masalah ialah berkenaan kecekapan sistem itu beroerasi dengan baik ketika jumlah penguna melayari sistem itu terlalu ramai. Diharap pihak kementerian dapat memperbaiki sistem tersebut supaya lebih mesra pengguna supaya guru-guru tidak banyak membuang masa untuk memasukan data kedalam sistem SAPS.
Selasa, 16 Ogos 2011
Dokumen KSSR Tahun 2 telah dikeluarkan
Dokumen KSSR Tahun 2 yang akan digunakan pada tahun depan boleh dimuat turun di laman rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum ataupun lebih dikenali sebagai BPK (klik disini untuk pergi ke laman web BPK).Menurut laman web BPK,semua Dokumen Standard Kurikulum (DSK) KSSR di halaman ini adalah dalam bentuk DRAF. Terdapat kemungkinan akan berlaku pindaan pada dokumen berkenaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua WEBMASTER agar membuat pautan terus ke halaman ini bagi memastikan pengguna mendapat dokumen terkini.
Kepada guru-guru yang akan mengajar tahun 2 pada tahun hadapan, bolehlah memuat turun dokumen KSSR di laman web BPK yang telah disediakan.
Sabtu, 13 Ogos 2011
myMetro | ‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’
Rencana dalam Harian Metro berkenaan tugas guru mendidik di sekolah menarik minat mindapendidik. Oleh itu cuba baca dan fahami apa isi kandungan yang disampaikan oleh rencana ini.
Khamis, 4 Ogos 2011
Sila Klik Suka pada FACEBOOK DAN TWITTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaktifkan Facebook dan Twitter bagi berkongsi maklumat, pandangan dan cadangan berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar baru, perkhidmatan-perkhidmatan, pencapaian-pencapaian, program dan aktiviti kpm kepada semua mulai 02 ogos 2011. Oleh yang demikian, warga pendidik bolehlah menyertai facebook dan twitter KPM ini dengan mengklik pada gambar dibawah :






