Sponser

Memaparkan catatan dengan label KSSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KSSR. Papar semua catatan

Isnin, 5 November 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Perlu Di Tambahbaik

Langkah kerajaan dibawah kementerian pelajaran untuk menambah baik Sistem Pentaksiran Berasaskan  Sekolah (PBS) adalah wajar dilakukan. Kementerian Pelajaran melalui Menteri yang bertanggunjawab mengatakan bahawa sistem PBS yang ada sekarang masih baru dan memerlukan masa untuk di adaptasikan. Oleh itu banyak ruang lagi yang boleh diperbaiki terhadap sistem tersebut. Masalah mengenai PBS ini disuarakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan terdapat juga keluhan-keluhan dari guru-guru yang mengunapakai sistem ini. Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru ialah :
  • Kelewatan pangkalan data
  • Sistem sukar di akses
  • Guru kurang faham kaedah pentaksiran kerana terdapat perbezaan antara versi manual dan secara online.
  • Bebanan kerja tambahan kepada guru-guru dalam penilaian.
  • Bagi sekolah pedalaman yang sukar mendapat akses internet, guru-guru terpaksa pergi ke kawasan bandar atau pekan yang mempunyai akses internet untuk mengisi hasil pentaksiran yang dilakukan secara manual.
Jika disenaraikan lagi banyak keluhan guru-guru mengenai PBS ini. Langkah untuk menambah baik PBS ini adalah satu langkah yang tepat diambil oleh pihak kerajaan dan penambahbaik sistem PBS ini haruslah dilaksanakan dengan secepat mungkin kerana dalam beberapa tahun sahaja lagi peperiksaan PMR akan menggunakan sistem PBS ini sepenuhnya. Apa yang mindapendidik harapkan ialah sistem PBS ini menjadi satu sistem yang mesra pengguna, mudah di akses dan penilaian yang dibuat semestinya telus. Apa ya ng paling penting supaya sistem ini boleh diakses tidak kira dimana sahaja dengan bekalan internet di semua sekolah pedalaman dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Selasa, 28 Jun 2011

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) UNTUK KSSR TAHUN 1

Setelah lama menanti, akhirnya Lembaga Peperiksaan telah menyediakan sistem pentaksiran untuk KSSR tahun 1. Seperti yang diketahui, pelaksanaan KSSR tahun 1 yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini memerlukan guru yang mengajar murid-murid tahun 1 membuat pentaksiran pada setiap matapelajaran yang diajar oleh mereka. Masalah yang timbul disini adalah kebanyakan guru yang mengajar KSSR ini masih lagi kabur bagaimana hendak melaksanakan pentaksiran ketika mengajar. Hal ini kerana kebanyakan guru tidak dapat standard yang ditetapkan untuk mentaksir. Yang ada pada mereka ialah draf pentaksiran yang kebanyakan dari mereka masih lagi kabur cara melaksanakan. Ini menyebabkan banyak dokumen berkaitan pentaksiran tidak dapat dibuat.

Dengan wujudnya sistem ini, kaedah dan cara pelaksanaan pentaksiran untuk KSSR tahun 1 bolehlah dikatakan mudah serta senang dikendalikan. Cuma peringkat pentadbiran dibawah S/U peperiksaan yang agak sukar sedikit untuk mengemaskini data sekolah, guru dan paling penting murid. Namun bila sahaja sudah wujud data tersebut, kerja-kerja lain mudah dilaksanakan.

Tetapi, adakah sistem ini boleh diakses kesemua sekolah. Secara umumnya, sistem ini akan berfungsi jika ada talian internet kerana sistem ini beroperasi secara ONLINE. Jika sekolah tersebut mempunyai capaian internet, pelaksanaan sistem ini akan dapat berjalan dengan baik. Namun jika sekolah tersebut tiada capaian internet terutama sekolah-sekolah dipedalaman, bagaimana pihak sekolah hendak mengemaskini data pentaksiran yang diperlukan. Bukan semua sekolah dipedalam mempunyai capaian internet. Kalau ada pun, capaiannya adalah amat perlahan dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet. Jadi bagaimana guru-guru hendak memasukan data yang diperlukan dalam sistem ini.

Ada diantara cadangan yang dikemukakan oleh pihak lembaga peperiksaan semasa bengkel yang dilakukan disetiap daerah adalah dengan pihak sekolah menggunakan kemudahan yang ada di PKG atau PPD bagi mengemaskini data. Cadangan yang diberikan ini adalah baik kerana diPPD atau PKG sendiri mempunyai kemudahan internet dan juga mereka juga boleh membantu dari segi teknikal. Tetapi masalah yang akan timbul adalah jika pengisian itu mengambil masa yang lama, sekolah akan kekurangan guru serta jarak sekolah-sekolah ke PPD dan PKG ada diantaranya berjarak beratus-ratus kilometer. Jadi berbaloikah pergi ke PKG dan PPD semata-mata melengkapkan data pentaksiran dalam sistem ini. Jika ditanya kepada guru-guru yang mengajar dipedalaman, mesti timbul permasalahan ini.

Namun kalau diikutkan, sebagai orang yang diamanahkan menjadi seorang pendidik, segala penat perit dan halangan perlulah dihadapi dengan cara bijaksana oleh guru yang bertanggungjawab. Jika tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang telah diamanahkan, tidak akan majulah pendidikan negara.

Namun, diharap pihak kementerian perlulah memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah talian internet disekolah-sekolah pedalaman kerana semakin hari, dunia pendidikan memerlukan internet bagi melaksanakan tugas-tugas pendidikan tidak kecuali internet juga memainkan peranan memberikan info dan berita terkini berkenaan pendidkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger