Sponser

Memaparkan catatan dengan label Perisian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perisian. Papar semua catatan

Khamis, 21 Jun 2012

Aplikasi terjemahan terbaik : Google Translate VS CitCat











Salam, lama sudah tidak update blog ini. Tertalu banyak urusan kerja dan aktiviti dibuat dalam 2 bulan kebelakangan ini. Tidak apa, bila ada kesempatan ini bolehlah menulis semula. Kali ini aku menulis tentang aplikasi terjemahan yang terbaik antara kedua sistem terjemahan internet. Jadi mana satukah yang terbaik dan boleh dipercayai. Mari kita tengok apa yang kita boleh dapat dalam kedua-dua aplikasi ini.

Google Translate.

Siapa tidak kenal dengan google. Google bukan saja merupakan enjin carian yang amat terkenal malah didalamnya terdapat pelbagai-bagai aplikasi sampingan yang sangat bermanafaat. Antaranya ialah google maps, gmail, google docs dan yang menjadi tajuk perbincangan kita ialah google translate.

Apa dia google translate ? google translate merupakan aplikasi terjemahan internet yang diselia oleh google. Google translate menukarkan pelbagai bahasa yang ada dalam dunia ini. Untuk kita di Malaysia, google juga menawarkan bahasa Malaysia untuk ditukarkan dalam pelbagai bahasa. Namun apa yang dapat dilihat setelah mencuba aplikasi ini, bahasa malaysia yang digunakan apabila menukarkan bahasa inggeris ke bahasa malaysia adalah menggunakan bahasa malaysia yang kearah bahasa indonesia. Mungkin penterjemah google translate untuk bahasa malaysia adalah menggunakan penterjemah yang mahir bahasa indonesia. Ini kerana bahasa indonesia lebih banyak digunakan dan lebih kuat sebagai bahasa ilmu berbanding bahasa malaysia. Oleh itu bahasa malaysia dalam google derbunyi agak ke indonesiaan sedikit. Tapi apapun ia masih boleh difahami.

Lagi satu, apabila kita menggunakan google translate ini dan cuba menukarkan bahasa inggeris ke bahasa malaysia, tatabahasa yang akan diterjemah agak sedikit lari. Ini kerana ia menukarkan 100% bahasa inggeris tersebut ke bahasa malaysia tanpa menukarkan sedikit tatabahasanya. Ini salah satu keburukan sistem ini.

Tapi apa yang baiknya ialah, sistem ini dapat menterjemah dengan jumlah perkataan yang banyak. Oleh itu, kita bolehlah paste perkataaan dengan banyak tanpa sekatan kedalam google translate.

Citcat

Citcat merupakan sistem terjemahan kendalian anak tempatan (Malaysia). Dari segi bahasa yang digunakan semestinya menggunakan bahasa malaysia. Sistem ini apabila digunakan sangatlah mudah dan menarik sama dengan google translate. Kelebihan yang boleh didapati ialah sistem ini dapat menukarkan bahasa cina ke bahasa inggeris walaupun masih dalam peringkat beta. Namun ia merupakan satu percubaan yang menarik dibuat oleh kumpulan yang mengendalikan sistem ini.




Dari segi tatabahasa ayat setelah diterjemah, sistem ini boleh membetulkan semula ayat yang diterjemah ke tatabahasa yang betul. Ini memudahkan jika ingin membuat suntingan kepada ayat yang telah diterjemah.. Apabila mencuba sistem ini, tidak banyak yang perlu dibetulkan bagi susunan ayat yang telah diterjemah dan kebanyakkannya terjemahannya adalah baik dan mudah.

Kekurangan yang boleh dikatakan ialah sistem ini hanya boleh memuatkan sebanyak 500 patah perkataan dalam satu-satu masa sahaja. Ia tidak boleh menterjemah lebih dari 500 patah perkataan dalam satu-satu masa. Namun ia bukan satu kelemahan yang boleh menjatuhkan reputasi sistem ini. Sistem ini mempunyai kelas yang tersendiri.

Cadangan
Bagi saya sendiri, sistem terjemahan citcat adalah yang terbaik buat masa ini. Jadi bagi saya sendiri, citcat adalah pilihan saya kerana ia dapat menterjemah dengan baik dan bahasa malaysia yang digunakan memang mengunakan bahasa malaysia yang original. Tapi jika mahu menterjemah ke bahsa asing lain seperti hindi, portugis atau latin disarankan gunakanlah google translate sebab ia lebih mudah dan meluas.

Khamis, 23 Februari 2012

PHOTOSCAPE : Perisian mengedit gambar termudah dan percuma

Salam kepada guru-guru semua. Anda pernah atau ingin mengubah suai gambar ataupun ingin mencantikkan lagi gambar yang ada tetapi tidak mahir mengunakkan Adobe Photoshop ataupun beberapa perisian gambar yang ada. Kali ini mindapendidik ingin memperkenalkan perisian mengedit gambar yang mudah dan ringkas digunakan. Perisian tersebut digelar Photoscape. Kenapa memilih Photoscape ? Photoscape ini merupakan perisian yang 100% percuma seperti yang diterangkan dilaman web rasmi perisian ini http://www.photoscape.org 
"Photoscape is provided free of charge. We are always upgrading Photoscape. You can support future development by donating "

Melalui Photoscape ini, anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang ada didalam perisian ini. Antara aplikasi yang terdapat dalam perisian ini ialah : 
  • Pratonton: Lihat gambar di dalam folder anda dan mencipta pertunjukan slaid.
  • Editor: pelarasan saiz semula, kecerahan dan warna, imbangan putih, pembetulan latar, bingkai, belon, mod mozek, teks menambah, melukis gambar-gambar, tanaman, penapis, pemindahan mata merah, mekar, berus cat, setem klon, kesan berus
  • Editor batch: Batch sunting berbilang foto
  • Halaman: Gabung berbilang foto pada rangka halaman untuk mewujudkan satu foto akhir
  • Menggabungkan: Lampirkan berbilang foto secara menegak atau melintang untuk mewujudkan satu foto akhir 
  • Animasi GIF: Gunakan berbilang foto untuk membuat gambar animasi akhir
  • Cetak: tembakan potret Cetak, carte de dikunjungi (CDV), pasport gambar
  • Splitter: Potong gambar ke dalam beberapa keping
  • Tangkap skrin: Tangkap screenshot anda dan simpannya
  • Pemilih Warna: Zoom in pada imej-imej, mencari dan memilih warna
  • Nama semula: Perubahan nama fail foto dalam mod kelompok
  • Penukar mentah: Tukarkan RAW ke JPG
  • Cetak Kertas: Cetak berbaris, graf, muzik dan kertas kalendar
  • Muka Carian: Cari muka sama di Internet


Apapun, mindapendidik akan memberikan sedikit tutorial berkenaan cara penggunaan perisian photoscape ini. Jika ingin mendapat sedikit gambaran mengenai perisian ini, bolehlah terus pergi kelaman web perisian ini disini. Ataupun anda juga boleh memuat turun perisian ini dilaman web tersebut ataupun klik saja disini.

Jika ada pertanyaan mengenai perisian ini bolehlah membuat sedikit ulasan dirunagan komentar dibawah. Salam dan jumpa lagi.
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger