Sponser

Isnin, 13 Februari 2012

Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Daerah Beluran 2012 Berjaya Mencapai Matlamat

BELURAN : 9 Feb 2012,Khamis yang lepas, satu Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Daerah Beluran telah dijayakan. Anugerah tersebut berlangsung di Pusat Kegiatan Guru Daerah telah berlangsung dengan meriah sekali. Seramai 17 orang murid sekolah rendah dan 6 orang murid sekolah menengah telah menyertai Anugerah Tokoh Nilam tersebut. Pertandingan ini berlangsung selama sehari dengan penilaian dibuat melalui 3 kategori penilaian iaitu penilaian kategori penulisan, individu dan kumpulan. Pemenang yang telah berjaya memenangi pertandingan Nilam daerah ini pula akan mewakili Daerah Beluran di  Anugerah Tokoh Nilam peringkat bahagian yang akan dijalankan di Daerah Sandakan pada 21 Feb Ini. Bagi pelajar yang berjaya tahniah di ucapkan dan bagi pelajar yang kurang bernasib baik tahniah juga diucapkan dan teruskan lagi usaha untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kepada yang berjaya, giatkan lagi usaha dan bersedia untuk menghadapi pertandingan diperingkat bahagian nanti. Berikut sedikit gambar semasa dan sebelum karnival itu berlangsung. Gambar kredit dari PKG Beluran.

Bahagian Pertama : Sesi Mesyuarat pengelola Nilam Daerah
Mesyuarat Pembentukan AJK Kerja Tokoh Nilam Daerah

Mesyuarat Pembentukan AJK Kerja Tokoh Nilam Daerah

Bahagian Kedua : Pertandingan Bermula 

Pendaftaran peserta
Taklimat Kepada Urusetia dan wakil guru pengiring mengenai format penilaian

Penilaian untuk sesi penulisan



Penilaian untuk sesi penulisan

Penilaian untuk sesi berkumpulan sekolah menengah
Penilaian sesi kumpulan bagi sekolah rendah

Penilaian peserta sesi individu sekolah menengah

Penilaian sesi individu


Hadiah kepada pemenang serta cenderamata kepada hakim
Sebilangan peserta serta guru pengiring semasa majlis perasmian

Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta oleh wakil Majlis Guru Besar daerah Beluran

 
Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta oleh wakil Majlis Guru Besar daerah Beluran

Penyampaian sijil penghargaan kepada urusetia pertandingan tokoh nilam

Penyampaian sijil penghargaan kepada ketua juri pertandingan tokoh nilam daerah

Penyampaian sijil dan trofi kepada pemenang tokoh nilam oleh Peng. Pegawai Pelajaran Daerah

Tokoh Nilam kategori sekolah rendah, murid dari Sk Pekan Beluran

Naib. Juara Tokoh Nilam Daerah

Tokoh Nilam Daerah kategori sekolah menengah dari SMK Beluran

Senarai peserta Tokoh Nilam daerah 2012
Pemenang Tokoh Nilam Daerah 2012 dari tempat ke 5-1

Jumaat, 27 Januari 2012

PROGRAM NILAM - KONSEP DAN PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Disini terdapat sedikit info tentang program NILAM. Semoga info ini memberi kefahaman tentang NILAM. Jika ada pertanyaan sila hubungi pihak Pusat Kegiatan Guru di daerah masing-masing untuk mendapat gambaran yang jelas tentang Program NILAM ini.
























INFO : Karnival Nilam peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada Bulan Mac ini dan Daerah Sandakan akan menjadi Tuan Rumah Karnival NILAM Peringkat Negeri Tahun 2012. Bersama-sama kita menjayakan Karnival NILAM ini. Maklumat Lanjut tentang Karnival tersebut akan disiarkan dari semasa ke semasa di blog mindapendidik.

Rabu, 18 Januari 2012

Berani ambil risiko menjadi guru

Salam..
Menjadi seorang guru bukanlah mudah seperti yang dijangka. Maksudnya kalau mahu menjadi seorang guru memanglah senang tetapi adakah anda sanggup ditugaskan jauh dipedalaman Sabah dan Sarawak. Itu sebenarnya cabaran yang harus dihadapi oleh bakal guru-guru baru. Dalam fikiran guru-guru baru mestilah mahu mengharapkan mereka ditempatkan di sebuah sekolah yang mudah dihubunggi, ada kemudahan elektrik dan air dan yang paling utama dapat menggunakan telefon. Namun apabila terima surat penempatan sekolah, tempat yang mereka tujui adalah jauh dipedalaman. Mulalah disana mereka merayu, membuat surat, mengunakan orang dalam dan sebagainya supaya tidak ditempatkan disekolah yang diberikan. Pelbagai alasan dibuat, sakitlah, sudah kawin lah, mahu menjaga ibubapalah dan pelbagai lagi. Makin susahlah kerja kementerian melayan karenah guru-guru ini.

Seperti laporan akhbar pada hari ini 18 Jan 2012,‘Guru j-Qaf perlu sedia terima tugas’ Berita Harian melaporkan bahawa Guru j-Qaf diminta bersedia menerima tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka walaupun terpaksa bertugas di pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak.Jika difikirkan sesiapa yang mahu menjadi guru pada masa sekarang, mereka kena bersedia menghadapi risiko dihantar ke pedalaman. Ini kerana kekurangan guru dikawasan tersebut masih lagi berada ditahap yang kritikal dan kebanyakan pembahagian guru matapelajaran disekolah pedalaman adalah masih kurang, Guru B. Inggeris, Sains, Matematik dan yang terbaru guru agama dan j-Qaf amat lah kritikal. Ada sebuah sekolah dipedalaman langsung tidak mempunyai guru agama padahal sekolah tersebut rata-rata mempunyai murid islam 100%. Jadi bagaimana sekolah tersebut hendak melakukan penilaian ujian PAFA dalam UPSR. Mestilah murid-murid tersebut gagal dalam PAFA sebab tidak ada guru agama yang mengajar mereka. Namun apabila UPSR murid-murid tersebut lulus pula PAFA. Bagaimana ia berlaku?.......Fikir-fikirkanlah..

Oleh itu, kepada guru baru yang akan ditempatkan dipedalaman Sabah dan Sarawak, apa yang perlu dibuat oleh anda, pergilah menyahut cabaran disana dan janganlah menolak penempatan tersebut kerana kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak tidak lagi seperti dahulu yang penuh dengan kesukaran. Persiapkan diri dengan menerima ketiadaan elektrik dan sumber air dan berazamlah untuk menigkatkan prestasi sekolah tersebut sehingga jasa anda disekolah tersebut tidak dilupakan apabila berpindah. Jangan risau, selepas 3 tahun anda boleh sudah berpindah. Bukan juga lama tempoh masa itu. Fikir-fikirkanlah

mindapendidik: 8 Tahun di pedalaman, seronok dan penuh cabaran

Khamis, 12 Januari 2012

Pemantauan Awal Tahun Persekolahan 2012..Apa yang dijumpai !!!


Apabila tirai 2012 berlabuh dan sesi persekolahan bermula, maka bermulalah tahun baru dengan harapan perkara ditahun lepas tidak berulang dan diharap juga pada tahun ini segalanya bermula dengan baik.
Seperti biasa, pihak Pejabat Pelajaran Daerah akan memulakan tahun baru ini dengan memulakan sesi pemantauan awal tahun persekolahan disemua sekolah dalam Daerah. Maka bergeraklah para-para pegawai di PPD memantau sekolah. Kali ini tumpuan pemantauan dilakukan di sekolah-sekolah Pulau yang dikategorikan sebagai pedalaman 3 iaitu keadaan jarak sekolah yang jauh serta infasktuktur sekolah yang kurang.Sebanyak 5 buah sekolah berjaya dipantau dan hasil dapatan pemantauan disetiap sekolah adalah berbeza namun terdapat persamaan dari beberapa aspek pemantauan.

Rumusan yang telah didapati dari hasil pemantauan tersebut adalah seperti berikut.

Kehadiran Guru
Pada hari pertama persekolahan, kehadiran guru dibeberapa buah sekolah amatlah mengecewakan. Ada satu sekolah mencatatkan ketidakhadiran guru seramai 7 orang dari jumlah sebenar guru 12 orang. Ada juga sekolah mencatatkan kehadiran 100% dan ini menunjukkan komitmen guru tersebut terhadap sekolahnya. Namun secara puratanya, setiap sekolah akan menghadapi ketidakhadiran guru pada hari pertama sekolah dalam seorang atau 2 orang sahaja.


Kehadiran Murid
Kehadiran murid pula kurang memuaskan pada hari pertama sekolah. Ini kerana cuaca yang tidak menentu iaitu hujan yang turun yang tidak berhenti serta keadaan laut yang bergelora menyebabkan jumlah kehadiran murid pada awal perseolahan tidak memuaskan.

Persediaan buku rekod mengajar guru
Kebanyakan sekolah dikawasan pulau ini rata-rata tidak menyiapkan rancangan mengajar dihari pertama persekolahan kecuali dibeberapa buah sekolah. Alasan diberi ialah mereka lambat mendapat bekalan buku rekod mengajar. Namun jika diambil kira kepada situasi tersebut, sepatutnya rancangan mengajar perlulah dibuat dilembaran kertas lain dan apabila sudah diterima buku rekod mengajar tersebut, lembaran tersebut akan diselitkan dibuku rekod mengajar tersebut. Secara amnya, bila rancangan mengajar tidak dibuat, maka pengajaran dan pembelajaran pada hari pertama persekolahan tidak dilakukan.

Merekod jadual kedatangan murid
Ada sekolah tidak langsung merekod kedatangan murid dari hari pertama sekolah. Alasan diberikan juga sama iaitu belum dapat buku rekod jadual kedatangan murid. Apabila ditanya bagaimanakah hendak mengenalpasti murid yang tidak hadir dan adakah kehadiran murid tersebut dicatatkan dalam kertas lain untuk dibuat rekod? Jawapan yang diterima adalah tidak ada. Jadi bagaimana mahu tahu jumlah kehadiran murid pada hari tersebut.


Rekod jadual guru bertugas harian/mingguan.
Ini lagi satu fenomena luar biasa. Bila ditanya tentang perkara ini, boleh-boleh pihak pentadbir dan guru-guru memberitahu yang mereka tidak pernah membuat rekod jadual guru bertugas harian dan yang lebih mengecewakan bahawa buku tersebut tidak wujud disekolah mereka. Pelbagai alasan diberikan sehinggakan para-para pegawai di PPD hanya mengelengkan kepala kerana perkara ini sudah diberitahu dan ditunjuka ajar sebelum ini pada pemantauan di tahun 2011. Namun dilihat perkara tersebut tiada tindakan dan pihak sekolah tidak mengendakan segala teguran-teguran yang diberikan. Yang membuatkan ia bertambah pelik, bagaimana sekolah tersebut mahu mengurus perhimpunan dan juga mencatatkan jumlah keseluruhan kedatangan pada hari tersebut jika guru bertugas mingguan tidak wujud. Mungkin perhimpunan pun tidak dibuat. Menjadi persoalan ???...

Jadual Waktu Mengajar dan Takwin sekolah belum dikemaskini
Pada awal tahun biasanya perkara tersebut menjadi pekara pokok dalam perjalanan persekolahan tahun 2012, namun apa yang dilihat bahawa ada sekolah yang langsung belum bersedia menyiapkan pekara asas tersebut. Bila diminta alasan yang diberikan bahawa mereka terpaksa merombak kembali takwim serta jadual waktu ekoran terdapat guru yang berpindah. Tapi apabila diminta jadual waktu untuk tahun 2012 yang telah dibuat tahun lalu gagal pula ditunjukkan. Jadi bagaimana mahu mengajar kalau guru-guru tidak tahu jadual waktu yang mereka mahu ajar tahun ini. Ertinya guru-guru masuk ke kelas atau tidak masuk ke kelas ikut suka hati pihak pentadbir ataupun guru-guru cuma jaga kelas sahaja pada waktu tersebut.

 Rumusan akhir


Secara keseluruhan, apa yang dipantau menunjukkan sekolah-sekolah bahagian pulau ini masih lagi lemah dari segi pengurusan pentadbiran. Pendekatan serta kaedah yang digunakan disekolah-sekolah tersebut masih lagi menggunakan kaedah zaman awal 90an iaitu sekolah mula beroperasi apabila buka sahaja musim persekolahan. Persediaan awal langsung tidak dilakukan untuk menghadapi musim baru persekolahan. Sekurang-kurangnya setiap sekolah ini perlulah bersedia 2-3 ari lebih awal dan segala perancangan mesti dibuat lebih awal. Janganlah bila mula sahaja sekolah barulah persediaan persekolahan dibuat pada hari pertama sekolah. Disanalah baru mahu mesyuarat pembahagian jadual waktu, pembahagian buku teks, pendaftaran murid serta pelbagai lagi. Jika ini dilakukan bererti dalam tempoh seminggu persekolahan tersebut P&P tidak akan berlaku dan murid-murid akan ketinggalan. Diharap apa yang perlu diubah perlulah dilakukan segera. Jangan biar pekara ini berlaku setiap tahun tanpa ada perubahan. Fikirkanlah nasib anak-anak didik kita di pulau. Jangan lah biar mereka mewarisi hidup yang serba kemiskinan dan buta tanpa pelajaran. Sesuatu boleh berubah hanya dari diri kita sendiri yang mahu berubah.


Jumaat, 6 Januari 2012

Awal Tahun Persekolahan 2012..Tahun baru..cerita baru

Image Google
Salam 1Malaysia kepada semua warga pendidik. Selamat Tahun Baru dan selamat bermula musim persekolahan 2012. Lama sudah tidak mengemas kini blog ini. Ekoran dari kerja diluar kawasan dan cuti sekolah. Akhirnya baru dapat menulis dalam blog ini semula pada awal tahun 2012 ini.
Pada tahun 2012 ini, warga pendidik serta pelajar akan memulakan fasa baru persekolahan dengan beberapa dasar dan pelaksanaan beberapa pekara yang baru. Antaranya ialah
  1. Pelaksanaan dasar MBMMBI
  2. Pelaksanaan KSSR di Tahun 2 dan 1
  3. PPSMI diteruskan di Tahun 3 hingga Tingkatan 5
  4. Penggunaan DWI Bahasa dalam PPSMI diteruskan
  5. Golongan pendidik mendapat skim saraan baru (SPBA) mengantikan SSM
  6. Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  7. Pelajar dari tahun 1 hingga 5 mendapat duit saku dari kerajaan sebanyak RM100
  8. Pelajar Ting. 6 hingga IPTA serta IPTS mendapat baucer buku sebanyak RM200
  9. Cadangan menukar waktu rehat murid sekolah ke waktu yang lebih awal.
Itu antara isu-isu yang berlaku pada awal persekolahan tahun 2012 ini. Diharap tahun ini akan menjanjikan lebih peningkatan dalam pendidikn kita di Malaysia.

Jumaat, 9 Disember 2011

Pekeliling Saraan Baru Penjawat Awam (SPBA) telah dikeluarkan.

Laman portal JPA telah mengeluarkan pekeling berkenaan dengan SPBA kepada penjawat awam. Para penjawat awam terutama guru-guru bolehlah melayari portal di klik disini untul memuat turun dokumen berkenaan pekeliling tersebut. Baca dan fahami pekeliling tersebut bagi menjawab segala persoalan berkenaan SPBA.

Selasa, 6 Disember 2011

Komuniti Pendidikan Untuk Memertabatkan Profesion Pendidikan

Gambar dipetik dari laman web BTPN Sabah
Lama tidak menulis ekoran cuti sekolah yang sedang dinikmati sekarang. Apapun, saya ada juga kesempatan untuk menulis pada musim-musim cuti sekolah ini. Kali ini saya memperkenalkan tentang satu laman web yang dikususkan untuk guru-guru bagi memberikan ruang kepada guru-guru berkolaborasi, berkongsi idea dan ilmu tentang pendidikan. Ia juga merupakan satu komuniti pendidikan yang berfungsi untuk memertabatkan profesion pendidikan.
Selain itu juga, laman web ini juga mempunyai bahan-bahan untuk pendidikan. Ini termasuklah bahan tutorial, Rancangan Pengajaran Harian, bahan bantu belajar, lagu-lagu dan pelbagai lagi untuk kegunaan guru-guru untuk proses P & P yang ingin dijalankan didalam kelas. Laman web tersebut dipanggil laman web Tree (NextGen eContent). Sila layari http://www.tree.com.my/   untuk melayari laman web tersebut.

Isnin, 21 November 2011

Baru-baru ini saya telah menghasilkan blog pendidikan mengenai Dunia Muzik terutama tentang teori asas muzik dari gred 1-5 yang sering digunakan oleh golongan pendidik di IPG perguruan dan juga dikalangan guru-guru muzik. Diharap blog pendidikan ini memberi sedikit pengetahuan asas berkenaan teori asas muzik secara umumnya.Jika berminat sila datang bersantai di laman blog Aku,Dunia & Muzik

Pelaksanaan program rintis kerja 9 jam ditanguhkan pelaksanaannya

Terima Kasih kepada Timb. Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia kerana menanguhkan dahulu pelaksanaan program rintis kerja 9 jam bagi guru-guru di 4 buah negeri yang terpilih. Penanguhan tersebut dibuat kerana tidak mahu para guru-guru dan juga pihak kesatuan keliru dengan tujuan program tersebut. Pelaksanaan program itu pula akan dikaji dengan lebih teliti sebelum pelaksanaannya dikuatkuasa kelak. Apapun lepas ini, guru-guru bolehlah menarik nafas yang lega atas apa yang diumumkan tersebut.

Jumaat, 18 November 2011

Melahirkan Generasi Terbaik inspirasi ala Steve JOBS





Thomas Suarez : Seorang murid gred 6(kalau di Malaysia dalam darjah 6 lebih kurang) telah mengejutkan ramai peminat dan pengguna IT. Ini kerana bukan sahaja telah membangunkan apikasi untuk iPhone tetapi telah membuktikan kebolehan murid ini mempersembahkan kebolehannya berinteraksi di depan kalayak awam seolah-olah seorang CEO syarikat ternama. Melihat dari gaya persembahanya di dalam video ini, teringat pula kepada mendiang Steve Jobs pengasas Apple.

Tidak perlulah mahu melihat atau mencuba dahulu aplikasi yang disampaikan oleh murid ini, apa yang perlu menjadi fokus disini ialah bagaimana murid sebegini boleh menunjukkan kebolehannya sehingga ke tahap sebegini. Jika di Malaysia dapat melahirkan murid-murid yang serupa dengan Thomas Suarez alamat satu masa nanti kita ada seorang lagi Steve Jobs buatan Malaysia. Tapi bukan Steve Jobs ciplak sahaja ya. Yang pasti mesti yang original. Apapun kepada pendidik sekalian, cuba kita bentuk murid-murid kita sehingga menjadi seperti Thomas Suarez. Kalau tidak pun serupa sebaik-baiknya mempunyai wawasan yang sama dengan murid ini. Ok, layan dulu video ini.

   

Mindapendidik : Murid kita darjah 6 baru sahaja lepas UPSR, mereka darjah 6 sudah lepas buat pembentangan aplikasi terbaru. Hebat

Keputusan UPSR 2011 Terbaik dalam tempoh 4 tahun-Tahniah

Pengumuman pencapaiaan UPSR 2011 telah menghasilkan keputusan yang terbaik dalam tempoh 4 tahun ini mengikut Gred Purata Nasional (GPN).. Keputusan UPSR yang telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

"Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang  menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.
Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.
Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.
"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.
"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini,"

Kata beliau lagi, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.
Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.
Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.
Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.


"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.

Sumber petikan dari Utusan Online.Sila rujuk disini

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Peluang masih ada jika terus berusaha. Kepada barisan pendidik yang telah berusaha sehabis baik memastikan anak-anak didik mereka cemerlang, ribuan terima kasih diucapkan. Tanpa usaha dan didikan para pendidik sekalian, tidaklah pencapaian UPSR akan menjadi terbaik sebegini. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan.

Khamis, 17 November 2011

Isu Kerja 9 Jam dari luahan hati guru-Bahagian 1

Sumber gambar : Google image
Isu guru kerja 9 jam sehari masih lagi hangat didebatkan dikalangan guru. Semasa isu ini dikeluarkan, ramai guru menyuarakan pendapat dan ulasan peribadi mengenai isu ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong isu tersebut. Baru-baru ini, mindapendidik(mp) sempatlah berbual dan mendengar pendapat beberapa orang guru yang terdiri dari 3 kawasan penempatan mengajar iaitu di sekolah kawasan bandar, luar bandar(pekan) dan pedalaman. oleh itu, hasil dari temubual beberapa orang guru tersebut, mp telah membuat rumusan hasil dapatan temubual ketiga-tiga bahagian kawasan mengajar bagi guru-guru tersebut mengikut situasi semasa mereka.




Guru mengajar di Kawasan Bandar

Guru A : "Kerja 9 jam sehari adalah tindakan yang tidak wajar. Saya sekarang disekolah terlalu banyak kerja. Macam-macam jawatan yang saya pegang. Lepas itu, tiap-tiap hari saya sudah balik dari sekolah jam 3 petang. Belum lagi kalau ada kelas tambahan atau melatih murid sekolah. Ini lagi kalau kerja 9 jam. Tiada la rehat kalau begini. Sudahlah malam pun kena siapkan kerja-kerja pengkeranian macam menanda buku dan menyiapkan markah ujian bulanan. Saya tidak bersetuju lah dengan cadangan ini".

Guru B : "Susahlah macam ini, saya sudahlah ada kelas tuisyen swasta waktu petang. Kalau dilaksanakan benda ini, habislah bisnes tuisyen saya".

Guru C : "Ala..kalau macam ini susahlah nak cari pembantu rumah ni. Pembantu rumah saya hanya boleh kerja sampai jam 2 ptg ja. Selalunya petang saya yang jaga anak saya".

Guru D : "Macam mana mau buat kalau sekolah ada 2 sesi. Macam sekolah saya, meja guru pun berkongsi, kalau dibuat juga, macam mana guru-guru petang mahu buat kerja dan duduk. Kalau ditambah bangunan serta dibuat 1 sesi sahaja mungkin lah boleh dibuat.

Rumusan mp : Rata-rata ramai pihak yang tidak bersetuju. Namun ini adalah temubual yang tidak rasmi. Segala kenyataan mereka adalah luahan pendapat mereka sahaja. Namun apa yang boleh dilihat disini, jika seorang guru tersebut memberikan komitmen yang tinggi kepada profesion mereka sebagai seorang guru, setiap masa mereka akan digunakan untuk mendidik murid tanpa mengira waktu. Walaupun terdapat rungutan kerja yang memenatkan, mereka tetap memberikan apa yang terbaik untuk pelajarnya. Berbeza pula dengan guru yang kurang komitmen dalam tugasnya. Contohnya guru yang mempunyai sumber pendapatan lain seperti bisnes kecil-kecilan, mempunyai kebun atau ladang kelapa sawit ataupun guru yang mempunyai bisnes kelas tuisyen, kerja 9 jam ini akan menggangu pekerjaan sampingan mereka. Jika sekolah sebelum ini membuat aktiviti tambahan luar waktu mengajar pun juga ada kala diikuti dan ada juga dibangkang tidak mengikuti dengan alasan komitmen luar membataskan penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah, inikan lagi jika diwajibkan kerja 9 jam yang memang menjadi kewajiban untuk dilaksanakan, alamat golongan-golongan inilah yang paling memberikan rungutan yang tidak berbelah bagi. Percaya atau tidak?? cuba dengarkan apa kata mereka.

Untuk bahagian seterusnya (Bhg ke 2), mp akan membincangkan apa pula pendapat dari kalangan guru-guru yang mengajar dikawasan luar bandar iaitu kawasan pekan dan kampung yang banyak mengetahui sekolah-sekolah tersebut adalah kurang sibuk berbanding dengan sekolah bandar.

Selasa, 15 November 2011

Pengunaan Teknologi Abad ke21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada zaman ini, penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah amat penting. Sebut sahaja teknologi komputer dan pelbagai-pelbagai perisian yang cangih. Siapa tidak kenal Facebook, Skype, Youtube, Gmail, Picasa, Myfriend2u, blogger dan pelbagai lagi laman sosial dan internet yang sering digunakan oleh pelajar serta guru. Di sini terdapat petikan video berkenaan penggunaan teknologi abad ke21 dalam pendidikan di kalangan guru dan juga guru. Para guru bolehlah menghayati video ini. Cuba kaji apa yang sebenarnya diperlukan oleh pelajar serta guru secara amnya.

A Vision of K-12 Students Today 

A Vision of K-12 for Teacher Today

Ringkasan Program Ini :Projek ini telah diwujudkan untuk memberi inspirasi kepada guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam melibatkan cara-cara untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran berfikir peringkat yang lebih tinggi. Tidak kurang pentingnya, ia berperanan untuk memberi motivasi kepada para pemimpin peringkat daerah untuk menyediakan guru-guru dengan alat-alat dan latihan untuk berbuat demikian.(Sumber youtube)

Isnin, 14 November 2011

Guru-Guru akan Berkerja 9 Jam Sehari Mulai Tahun Depan (Program Rintis)

Sekarang heboh dalam kalangan guru-guru membincangkan isu terbaru yang sedang hangat sekarang. Isunya adalah pelaksanaan kerja selama 9 Jam sehari kepada guru-guru di 4 buah negeri rintis. Program ini menurut kementerian adalah sebagai kajian awal memandangkan pelaksanaannya belum lagi muktamat. Jika pelaksanaan program rintis ini tidak berjaya maka pelaksanaannya mungkin tidak akan dibuat. Bergantunglah apa dapatan hasil program rintis tersebut. Namun apa yang menjadi isu disini, ramai pihak mula menentang pelaksanaan program tersebut. Pihak kesatuan terutama NUTP membantah pelaksanaan program tersebut.Bagi NUTP, cadangan menetapkan tempoh waktu kerja bagi guru adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan bagi menyokong pendirian ini ialah tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan. Adakah perkara ini betul ?

Sering kita mendengar rungutan bahawa kerja dan bebanan guru semakin banyak. Pelbagai rungutan dan kekesalan dibuat oleh para guru. Sehinggakan kementerian membuat kajian berkenaan bebanan kerja guru-guru. Namun secara tidak sedar, apa yang dirungutkan oleh guru-guru berkenaan bebanan kerja telah menarik minat pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk menstuktur semula sistem kerja bidang pendidikan. Antara satu caranya ialah penambahan jumlah waktu bekerja dan juga yang guru-guru tidak tahu bahawa PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) akan ditugaskan mengisi kekosongan bahagian pentadbiran bagi mengurangkan bebanan kerja guru-guru. Kenapa PTD ? Adakah PTD akan mula mentadbir Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah ? Guru-guru mungkin ada jawapanya kerana guru-guru jugalah yang menyumbang kepada rungutan bebanan kerja.

Isu kerja 9 Jam sehari merupakan satu isu yang perlu perbincangan yang lebih teliti. Sekarang isu ini mula dimainkan oleh pihak-pihak yang ingin menanguk di air yang keruh. Para-para parti politik mula membahaskan isu ini seolah-olah mereka membela nasib para guru-guru. Almaklumlah, guru-guru menupakan penjawat awam yang paling ramai di negara. Maka membela para guru-guru mungkin boleh menentukan untung nasib parti politik tersebut.

Tapi perlulah diingat bahawa, isu ini perlulah diselesaikan dengan cara yang baik. Biarkan lah dahulu kajian terhadap program rintis ini diselesaikan dan kita lihat hasilnya. Jika ia mencapai matlamat, maka segala infakstuktur sekolah perlulah dikemaskini, sekolah yang mempunyai 2 sesi dan meja guru yang tidak mencukupi perlulah dibaiki dahulu. Ingatkah, kebajikan para guru perlulah dititikberatkan sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dibuat.

Jumaat, 11 November 2011

Duit Bantuan Persekolahan RM100 akan diterima tidak lama lagi

Pada pembentangan bajet kerajaan untuk tahun 2012. Kerajaan telah bersetuju memberikan duit poket sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah dari tahun 1-tingkatan 5 di semua sekolah kerajaan dan swasta tanpa mengira status kedudukan murid tersebut maksudnya disini yang kaya atau miskin, semuanya akan dapat duit poket RM100. Kerajaan melalui Kementerian pelajaran memberitahu bahawa wang tersebut boleh diterima sebelum sesi persekolahan bermula. Maka dengan ini, pelajar-pelajar sekolah bolehlah membeli keperluan sekolah lebih awal. Pihak sekolah akan menerima wang tersebut melalui akaun sekolah dan sekolah akan menyelaras penyampaian wang tersebut kepada pelajar-pelajarnya. Diharap semua sekolah bersedia dengan perkara ini dan akam menjalankan amanah yang diberi bagi menyalurkan wang tersebut. Tetapi adalah diingatkan kepada pihak sekolah, janganlah melambat-lambatkan pembahagian wang tersebut kepada pelajar memandangkan cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Ini kerana, apabila cuti sekolah seperti yang semua maklum, urusan persekolahan akan turut bercuti walaupun sebenarnya tidak. Jika ini berlaku, tentulah pemberian wang tersebut akan tergendala dan pelajar mungkin akan dapat menerima wang tersebut selewat-lewatnya hujung tahun ini atau awal tahun sesi persekolahan. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat membeli alat kelengkapan persekolahan yang diperlukan. Janganlah sampai ada laporan dari para ibubapa yang melaporkan mereka belum lagi terima wang tersebut. Nanti penatlah kementerian hendak menjawab perkara tersebut. Kalau lagi perkara tersebut dibawa masuk ke dalam media alamat kecoh lah satu Negara pasal isu RM100 sahaja. Oleh yang demikian, jika duit bantuan tersebut sudah disalurkan, cepat-cepatlah laksanakan tugas yang diamanahkan sebelum ada yang menyalak. Abaikan dahulu cuti persekolahan sebab perkara ini tidak lama jika disempurnakan dengan cepat. Jika dilambat-lambatkan, ia akan menjadi isu dan boleh berpanjangan sehingga tahun depan. Fikir-fikirkan lah..

mindapendidik : Pernah merasa isu kelewatan oleh ibubapa disebabkan kelambatan pembahagian wang KWAPM sekolah satu masa dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger