Sponser

Khamis, 22 April 2010

Berita Harian Online | Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

Berita Harian Online | Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

Mindapendidik : Lebih baik lagi pendidikan agama islam dan moral diperkukuhkan daripada pelajaran pendidikan seks di sekolah dilakukan.

Sabtu, 17 April 2010

Nisbah guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan

Nisbah guru pelatih lelaki, wanita diseimbangkan

MindaPendidik : Kalaulah betul bagai nak di kata, perkara ini sepatutnya di buat dari dahulu lagi. Masalah ini tidak akan timbul jika perkara ini awal-awal di rancangkan. Apapun semoga rancangan yang di rancang oleh kerajaan ini akan terlaksana. Kami akan menyokong apa sahaja rancangan yang baik terutama sekali tentang rancangan memajukan golongan pendidik di pendalaman.

Khamis, 1 April 2010

ISU-ISU PENDIDIKAN TERKINI

Banyak isu-isu pendidikan yang terpapar di dada akhbar dalam minggu ini. Antara isu-isu yang menarik ialah :-
  1. Penambahan elaun pendalaman kepada 5 kategori.
  2. Kajian beban kerja guru
  3. Penambahan masa untuk mata pelajaran BI tahun 2011.
  4. Pendidikan muzik mungkin di kurangkan masa mengajar kepada 30 minit seminggu daripada 60 minit.
  5. Kesatuaan guru siswazah sabah meminta elaun perumahan wilayah untuk guru-guru semenanjung dikaji semula supaya adil dan menyebelahi para pendidik di sabah dan juga semenanjung.
Banyak lagi isu-isu yang terlibat namun 5 perkara ini yang menarik minat kami untuk dimuatkan dalam minda pendidik. Kalau ada komen tentang pekara ini, silalah kongsi.

Jumaat, 19 Mac 2010

1 Sukan 1 Murid&Pelajar Mulai 2011

Melalui berita semalam. Mulai tahun depan, kementerian akan mengalakan setiap pelajar kan menyertai atau mengikuti 1 jenis sukan. Pekara ini amatlah baik untuk membudayakan sukan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Namun, adakah budaya sukan ini akan merebak di sekolah-sekolah di kawasan pendalamam. Mungkin ia amat sukar di laksanakan. Kebanyakan sekolah-sekolah di pendalaman kebanyakannya kekurangan kemudahan sukan terutama sekali padang dan gelangang. Kalau ada pun padang dan gelangang nya sangatlah uzur dan tidak selamat digunakan untuk bersukan. Faktor kewangan juga salah satu faktor yang menyebabkan impian untuk membudayakan sukan ini akan menjadi seperti angin. Bila sekolah-sekolah di kawasan pendalaman ingin membuat acara sukan, wang adalah faktor utama. Sumber kewangan yang terhad dan jumlah sumbangan yang diterima boleh menyebabkan sekolah-sekolah pendalaman mungkin tidak akan membuat sukan sekolah. Kalau dibuat pun kebanyakannya adalah wang dari guru-guru itu sendiri. Adalah sebelum dikuatkuasakan perkara ini, pihak kementerian terlebih dahulu melihat dan membantu para pelajar di kawasan pendalaman supaya mereka dapat bersukan di tempat yang selesa dan pelajar dapat mengembangkan bakat mereka di luar dari sekolah mereka. Ini kerana bakat-bakat sukan di sekolah pendalaman adalah lebih baik dari di bandar, cuma pendedahan yang mereka terima tidak memungkinkan mereka untuk keluar mengembangkan bakat mereka di luar dari sekolah mereka kerana faktor sumber kewangan yang terhad.

Khamis, 18 Mac 2010

Berita Harian Online | Sukan sekolah diperkasa 2011

Isnin, 15 Mac 2010

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM

Kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam spm 2009, tahniah diucapkan kepada mereka. Hasil usaha keras belajar dan menimba ilmu dari guru-guru akhirnya mereka berjaya menempah kejayaan dalam SPM yang lalu. Namun ada yang menyedihkan, peningkatan cemerlang SPM di sekolah pendalaman masih lagi kurang. Satu pendekatan baru perlu dilakukan untuk meningkatkan peratus cemerlang pelajar-pelajar di luar bandar khususnya di pendalaman.

Apa-apapun tahniah diucapkan.

Khamis, 25 Februari 2010

BEZA GURU PEDALAMAN DENGAN GURU BANDAR

Disini, kami ingin berkongsi apa yang kami nampak dan rasai keatas fenomena ini. Beza Guru Pedalaman (GP) dengan Guru Bandar (GB)..Jom apa yang kami telah tengok..
  • GP :Baju GP selalunya kusut dan tidak di iron dan juga bajunya lama dan tidak up to date kerana sekolah tiada bekalan elektrik untik iron baju.
  • GB : Baju GB selalunya kemas dan licin setiap masa. Penampilan kena jaga depan anak murid.
  • GP : GP mungking lupa da cara pakai tie, itulah kebanyakannya tak pakai tie..lagipun keadaan dipendalaman yang panas kerana tiada kemudaan kipas menyebabkan tie tidak dipakai.
  • GB : Tai sentiasa kena pakai. Baru hebat depan murid
  • GP : Kasut sentiasa kotor sebab jalan atas tanah berlumpur serta ada kalanya kena pakai selipar ketika mengajar disebabkan banjir.
  • GB : Kasut yang berkilat dan berjenama. Jarang kotor kerana jalan atas simen.
  • GP : Kebanyakan guru adalah tenaga muda yang baru keluar dari IPG atau Universiti. Kurang pengalaman dan kurang idea pengajaran. Guru berpengalaman pula yang da mau pencen.kurang aktif dan selalu nak ingat mau pencen dan mau urus tanah saja.
  • GB : Banyak guru pakar dan tenaga muda yang dihantar selalunya dibimbing dan diberi tunjuk ajar.
  • GP : Kemahiran mengunakan komputer terhad. Tiada elektrik di sekolah maka mau guna komputer pun tidak dapat.
  • GB : Ramai yang tahu dan sentiasa menggunakan komputer untuk urusan.
  • GP : Ramai yang ada kemahiran bertukang, bertani dan juga menjadi nelayan. Kalau mahu terus hidup di kawasan pendalaman kenalah mahir dengan kemahiran macam ini. Silap-silap boleh jadi sumber pendapatan kedua selepas mengajar.
  • GB : Ada kemahiran tetapi kurang sikit.
  • GP : Kebanyakan yang dihantar di pendalaman selalunya selepas 10 - 15 tahun disana, banyak sudah tanah dapat dibeli. silap-silap dapat buka ladang lagi. klu di pulau pula, boleh jadi nelayan. Boleh beli kapal tunda tidak pun ada sangkar ikan. Kaya beb..
  • GB : Beli rumah 2 3 buah, kereta 2 3 buah..silap2 bini pun 2 3 orang..hehehe (bukan semualah)
  • GP : Duit simpanan banyak lah katakan. Mana tidak..jarang keluar dari dalam. pas 2 dapat lagi elaun pendalaman. Ribu-Ribu gaji ooo..Tapi habis juga sebab kena beli kereta 4WD. Mahal 2.
  • GB : Duit tidak cukup. Hutang keliling pinggang. Tapi bisnes boleh buat. Jualan langsung pun boleh, Jual reload pun boleh. Yang penting padai cari peluang.
Apapun..matlamat yang sama di kalangan GP & GB adalah mendidik anak bangsa kita. 2 lah yang penting dari semua perbezaan ini.

Sabtu, 16 Januari 2010

KISAH BENAR : Kehidupan Guru-Guru Pendalaman menunaikan Bakti di Pendalaman (Kawasan Pulau di Sabah)

Kisah ini berlaku ketika saya hendak melangkah masuk ke sekolah (Sebuah sekolah pendalaman pulau di Sabah). Ketika hendak menunggu bot sewa ke sekolah. Ada juga beberapa guru sekolah menengah turut sama menunggu bot ke sekolah mereka. Rata-rata guru-guru berkenaan berasal dari semenanjung dan juga sarawak. Mereka bercadang hendak masuk ke sekolah lebih awal untuk mengelakan kesulitan semasa sesi persekolahan bermula. Namun apa yang mereka alami iaitu setelah hampir 2 jam menunggu bot, bot yang dijanjikan tidak berani keluar mengambil mereka. Ini kerana keadaan laut yang bergelora kan cuaca yang tidak baik menyebabkan pemandu bot tersebut tidak berani untuk mengharung ombak laut untuk mengambil mereka kerana takut kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Keadaan mereka semakin tertekan kerana mereka perlu juga masuk kesekolah pada hari tersebut. Jika mereka tidak masuk ke sekolah mereka akan mengalami kesulitan untuk memeulakan sesi persekolahan nanti dengan pelajar yang akan mendaftar masuk ke sekolah dan asrama sehari lebih awal dari musim persekolahan bermula.

Setelah mereka berbincang mereka bersepakat untuk mengambil jalan darat ke sekolah berkenaan sebelum menaiki bot melalui sungai yang lain. Risiko yang merka akan hadapi pula ialah keadaan jalan yang mereka lalui itu memerlukan kenderaan pacuan 4 roda. Selepas itu tambang kenderaan untuk menghantar mereka lebih kurang RM200-RM300 satu perlalanan dan akan menaiki bot lagi untuk pergi kesekolah mereka. Mau tidak mau mereka terpaksa berkorban wang ringgit dan nyawa untuk memulakan tugas di sekolah mereka.

dari PUP : saya pun menaiki bot. Nasib lah ombak tidak kuat sangat jadi tidak lah terasa getaran ombak. Itulah nasib kami guru-guru pulau.

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010


Selamat Tahun Baru 2010 dari kami mindapendidik. Di harap tahun baru 2010 ini akan meningkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia dan juga di dunia. Diharap juga, warga pendidik yang berada di pendalaman akan lebih berusaha memajukan pelajar-pelajar kita yang berada di pendalaman supaya tidak ketingalan dalam arus permodenan negara. Seringkali kita dengar pelajar dari pendalaman tidak berjaya dan kalau ada yang berjayapun boleh dikira dengan jari. Kenapa perkara ini berlaku? Jika dilihat dari segi kemudahan, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh warga sekolah tapi kenapa pelajar sekolah di pendalaman ini masih tercicir. Jawapanya mudah, ini kerana sebilangan kecil dari kita sendiri yang tidak menunaikan tangungjawab kepada mereka. Fikir-fikirkanlah perkara ini. Kepada yang telah berusaha memajukan pendidikan di pendalaman, tahniah di ucapkan. Kepada yang masih lagi belum sedar tangungjawab mereka, berubahlah sebelum kita di tanya di akhirat nanti apa yang kita buat kepada tangungjawab kita. Selamat tahun Baru 2010.

Jumaat, 25 Disember 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL


Selamat Hari Natal kepada semua warga pendidik sekolah di Malaysia. Selamat Tahun Baru 2010 juga kepada semua warga pendidik. Semoga semua warga pendidik berusaha untuk memajukan pendidikan di Malaysia.

Khamis, 17 Disember 2009

MASALAH KECICIRAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 UNTUK SEKOLAH PENDALAMAN

Masalah keciciran murid tahun 6 untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 adalah begitu serius di sekolah-sekolah pendalaman. Sebagai contoh, jika murid tahun 6 di sekolah tersebut seramai 20 atau 24 orang, jumlah yang akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 mungkin seramai 12 orang atau 8 orang dari jumlah yang sebenar. Hal ini timbul mungkin kerana jarak ke sekolah menengah yang terdekat mungkin agak jauh dan masalah perhubungan yang menyukarkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Namun dari realitinya adalah sebaliknya. Pihak kami telah menebual beberapa orang murid dan juga guru yang terlibat dan apa yang dinyatakan oleh mereka adalah sangat mengejutkan. Alasan yang mereka gunakan bila di tanya kenapa tidak menyambung belajar ke tingkatan 1 adalah kerana mereka ingatkan ibubapa di rumah dan ibu bapa tidak membenarkan anak mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Kenapa alasan ini diguna pakai? Jelas sekali mereka lebih suka hidup dalam keadaan sebegitu dari merubah hidup mereka melalui pendidikan. Guru-guru yang terlibat juga ditanya kenapa mereka tidak berusaha untuk memujuk anak murid mereka untuk ke sekolah menengah, mereka memberitahu yang mereka telah cuba sedaya upaya untuk memujuk dan berkeras untuk menyekolahkan murid-murid tersebut ke sekolah menengah namun jawapan yang diterima adalah menghampakan. Kadang-kadang guru-guru juga berkata pihak atasan tidak berkerjasama dalam membantu guru-guru untuk memujuk murid-murid untuk melanjutkan pelajaran. Pihak atasan cuma buat lewa dan jika murid yang tidak mahu menyambung tersebut jangan la di paksa.

Bila melihat situasi tersebut, itu sebablah negara kita Malaysia mempunyai kadar keciciran pelajar yang paling tinggi. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku.

Pihak kementerian haruslah memantau perkara ini. Jika masalah keciciran ini tidak dapat diatasi, kemunduran masyarakat di pendalaman akan lebih ketara dan ini akan menyulitkan kerajaan untuk mencapai status negara maju.

Jumaat, 4 Disember 2009

MINDA PENDIDIK BERWAJAH BARU

Mulai tahun 2010, minda pendidik telah mengalami perubahan yang diambil alih oleh pengurusan baru. Oleh yang demikian perubahan akan dapat dilihat pada tahun 2010 nanti. Lebih banyak berita dan cerita sensasi tentang dunia pendidikan akan di laporkan dalam blog ini. Namun fokus yang akan di tekankan dalam blog minda pendidik ini adalah lebih kepada berita dan laporan berkenaan pendidikan di bahagian pendalaman. Ini kerana laporan untuk pendidkan di bahagian pendalaman adalah amat kurang dan banyak info di sekolah-sekolah pendalaman tidak dapat disalurkan dengan telus ke arus perdana. Oleh itu adalah cabaran bagi krew-krew minda pendidik menyalurkan berita di bahagian pendalaman secara lebih khusus dan telus. Semoga apa yang dipaparkan dalam blog ini nanti menjadi inspirasi kepada pendidik di bahagian pendalamam

Ahad, 22 November 2009

Guru patut dibenar rotan

PUCHONG: Guru seharusnya dibenarkan untuk merotan murid di peringkat sekolah rendah bagi mendisiplinkan pelajar dan memastikan mereka menjadi insan berguna pada masa depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah, berkata ini penting kerana ramai ibu bapa masa ini terlalu memanjakan anak mereka dan menganggap amalan merotan sebagai satu hukuman yang berat.

“Hukuman merotan itu membantu mendisiplinkan murid terutama peringkat sekolah rendah. Malah soal disiplin juga tidak boleh dipandang remeh.


“Ibu bapa harus bertolak ansur sekiranya anak mereka dirotan di sekolah dan tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang kerana amalan merotan adalah perkara biasa,” katanya, di sini, semalam.

p/s Mindapendidik: Bagus la merotan untuk mendisplinkan pelajar yang semakin hari pelajar-pelajar sekolah semakin kurang ajar

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya kepada semua warga pendidik di Malaysia. Semoga raya tahun ini dipenuhi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T .
Minda Pendidik juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua warga pedidik di Malaysia.
MAAF ZAHIR & BATIN
SELAMAT HARI RAYA

Sabtu, 5 September 2009

UPSR

Kepada murid-murid tahun 6 di seluruh sekolah rendah yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi. Kami dari warga pendidik mengucapkan selamat menjawab soalan UPSR. Jawab dengan tenang dan jangan tergopoh gapah ketika menjawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adverleds Sponser

Dikuasakan oleh Blogger.
 

Minda Pendidik Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger