Apa-apapun tahniah diucapkan.
Isnin, 15 Mac 2010
TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM
Apa-apapun tahniah diucapkan.
Khamis, 25 Februari 2010
BEZA GURU PEDALAMAN DENGAN GURU BANDAR
- GP :Baju GP selalunya kusut dan tidak di iron dan juga bajunya lama dan tidak up to date kerana sekolah tiada bekalan elektrik untik iron baju.
- GB : Baju GB selalunya kemas dan licin setiap masa. Penampilan kena jaga depan anak murid.
- GP : GP mungking lupa da cara pakai tie, itulah kebanyakannya tak pakai tie..lagipun keadaan dipendalaman yang panas kerana tiada kemudaan kipas menyebabkan tie tidak dipakai.
- GB : Tai sentiasa kena pakai. Baru hebat depan murid
- GP : Kasut sentiasa kotor sebab jalan atas tanah berlumpur serta ada kalanya kena pakai selipar ketika mengajar disebabkan banjir.
- GB : Kasut yang berkilat dan berjenama. Jarang kotor kerana jalan atas simen.
- GP : Kebanyakan guru adalah tenaga muda yang baru keluar dari IPG atau Universiti. Kurang pengalaman dan kurang idea pengajaran. Guru berpengalaman pula yang da mau pencen.kurang aktif dan selalu nak ingat mau pencen dan mau urus tanah saja.
- GB : Banyak guru pakar dan tenaga muda yang dihantar selalunya dibimbing dan diberi tunjuk ajar.
- GP : Kemahiran mengunakan komputer terhad. Tiada elektrik di sekolah maka mau guna komputer pun tidak dapat.
- GB : Ramai yang tahu dan sentiasa menggunakan komputer untuk urusan.
- GP : Ramai yang ada kemahiran bertukang, bertani dan juga menjadi nelayan. Kalau mahu terus hidup di kawasan pendalaman kenalah mahir dengan kemahiran macam ini. Silap-silap boleh jadi sumber pendapatan kedua selepas mengajar.
- GB : Ada kemahiran tetapi kurang sikit.
- GP : Kebanyakan yang dihantar di pendalaman selalunya selepas 10 - 15 tahun disana, banyak sudah tanah dapat dibeli. silap-silap dapat buka ladang lagi. klu di pulau pula, boleh jadi nelayan. Boleh beli kapal tunda tidak pun ada sangkar ikan. Kaya beb..
- GB : Beli rumah 2 3 buah, kereta 2 3 buah..silap2 bini pun 2 3 orang..hehehe (bukan semualah)
- GP : Duit simpanan banyak lah katakan. Mana tidak..jarang keluar dari dalam. pas 2 dapat lagi elaun pendalaman. Ribu-Ribu gaji ooo..Tapi habis juga sebab kena beli kereta 4WD. Mahal 2.
- GB : Duit tidak cukup. Hutang keliling pinggang. Tapi bisnes boleh buat. Jualan langsung pun boleh, Jual reload pun boleh. Yang penting padai cari peluang.
Sabtu, 16 Januari 2010
KISAH BENAR : Kehidupan Guru-Guru Pendalaman menunaikan Bakti di Pendalaman (Kawasan Pulau di Sabah)
Keadaan mereka semakin tertekan kerana mereka perlu juga masuk kesekolah pada hari tersebut. Jika mereka tidak masuk ke sekolah mereka akan mengalami kesulitan untuk memeulakan sesi persekolahan nanti dengan pelajar yang akan mendaftar masuk ke sekolah dan asrama sehari lebih awal dari musim persekolahan bermula.
Setelah mereka berbincang mereka bersepakat untuk mengambil jalan darat ke sekolah berkenaan sebelum menaiki bot melalui sungai yang lain. Risiko yang merka akan hadapi pula ialah keadaan jalan yang mereka lalui itu memerlukan kenderaan pacuan 4 roda. Selepas itu tambang kenderaan untuk menghantar mereka lebih kurang RM200-RM300 satu perlalanan dan akan menaiki bot lagi untuk pergi kesekolah mereka. Mau tidak mau mereka terpaksa berkorban wang ringgit dan nyawa untuk memulakan tugas di sekolah mereka.
dari PUP : saya pun menaiki bot. Nasib lah ombak tidak kuat sangat jadi tidak lah terasa getaran ombak. Itulah nasib kami guru-guru pulau.
Khamis, 31 Disember 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 dari kami mindapendidik. Di harap tahun baru 2010 ini akan meningkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia dan juga di dunia. Diharap juga, warga pendidik yang berada di pendalaman akan lebih berusaha memajukan pelajar-pelajar kita yang berada di pendalaman supaya tidak ketingalan dalam arus permodenan negara. Seringkali kita dengar pelajar dari pendalaman tidak berjaya dan kalau ada yang berjayapun boleh dikira dengan jari. Kenapa perkara ini berlaku? Jika dilihat dari segi kemudahan, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh warga sekolah tapi kenapa pelajar sekolah di pendalaman ini masih tercicir. Jawapanya mudah, ini kerana sebilangan kecil dari kita sendiri yang tidak menunaikan tangungjawab kepada mereka. Fikir-fikirkanlah perkara ini. Kepada yang telah berusaha memajukan pendidikan di pendalaman, tahniah di ucapkan. Kepada yang masih lagi belum sedar tangungjawab mereka, berubahlah sebelum kita di tanya di akhirat nanti apa yang kita buat kepada tangungjawab kita. Selamat tahun Baru 2010.
Jumaat, 25 Disember 2009
Khamis, 17 Disember 2009
MASALAH KECICIRAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN 1 UNTUK SEKOLAH PENDALAMAN
Bila melihat situasi tersebut, itu sebablah negara kita Malaysia mempunyai kadar keciciran pelajar yang paling tinggi. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku.
Pihak kementerian haruslah memantau perkara ini. Jika masalah keciciran ini tidak dapat diatasi, kemunduran masyarakat di pendalaman akan lebih ketara dan ini akan menyulitkan kerajaan untuk mencapai status negara maju.
Jumaat, 4 Disember 2009
MINDA PENDIDIK BERWAJAH BARU
Ahad, 22 November 2009
Guru patut dibenar rotan
PUCHONG: Guru seharusnya dibenarkan untuk merotan murid di peringkat sekolah rendah bagi mendisiplinkan pelajar dan memastikan mereka menjadi insan berguna pada masa depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah, berkata ini penting kerana ramai ibu bapa masa ini terlalu memanjakan anak mereka dan menganggap amalan merotan sebagai satu hukuman yang berat.
“Hukuman merotan itu membantu mendisiplinkan murid terutama peringkat sekolah rendah. Malah soal disiplin juga tidak boleh dipandang remeh.
p/s Mindapendidik: Bagus la merotan untuk mendisplinkan pelajar yang semakin hari pelajar-pelajar sekolah semakin kurang ajar
Jumaat, 18 September 2009
Sabtu, 5 September 2009
UPSR
Rabu, 26 Ogos 2009
Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1 dan 2
GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.
Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu.
KERTAS 1
Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.
Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.
Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.
Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.
Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.
Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.
Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.
Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan.
Contoh;
Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to hos neighbours.
He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left?
Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.
Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal?
A 5 B 20 C 80 D 240
Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan.
Tiga maklumat utama, iaitu;
(i) Pak Abu ada 400 durian
(ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.
(iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.
Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left).
Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal.
Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:
1
--- x 400 = 80
5
Seterusnya cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:
3
--- x ( 400 - 80 ) = 240
4
Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:
400 - 80 - 240
= 80
Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu;
80
----- x 100% = 20%
400
Jawapan: B (20)
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada langkah kedua. Ada calon mencari bilangan durian yang dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu:
3
--- x 400 = 300
4
Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:
400 - 80 - 300
= 20
Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu:
20
----- x 100% = 5%
400
Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah:
a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri.
b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan.
c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat.
d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan.
e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula.
f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan.
g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan.
KERTAS 2
Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.
Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.
Contoh:
50 biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek yang Izzaty dapat?
Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:
50 ÷ 2 - 10 =
Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15
-------
2 ) 50
- 4
----
10
- 10
---
Jawapan yang diberikan adalah SALAH.
Langkah yang betul adalah seperti berikut:
( 50 - 10 ) ÷ 2 =
50 - 10 = 40 40
---- = 20
2
Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20
Jawapan: 20
Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.
Sebagai contoh:
Convert 109% to a mixed number.
Calon kerap memilih 109% adalah
109 9
----- = 1 --- (jawapan adalah salah)
100 10
Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:
9
109% = 1 -----
100
Sejumlah 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5 soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).
Kesilapan sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang jelas. Perhatikan jawapan calon berdasarkan contoh soalan berikut:
State the digit value of 6 in the number 0.67 million.
Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.
Jawapan calon:
60 atau Enam puluh / Sixty or 60
Jawapan diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal) melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:
0.67 million = 0 670 000
600 000
Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction)
6
---- million
10
Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.
Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan.
Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan seterusnya menjadi salah.
Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.
Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.
Oleh Roslan Rasip dan Ismail Mokhtar
Dipetik daripada Berita Harian OnlineIsnin, 24 Ogos 2009
Kementerian akan bertindak
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 19 Ogos - Guru-guru yang didapati mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya sebelum dasar pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu diadakan dalam dwibahasa pada 2010, akan dikenakan tindakan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, buat masa ini semua guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran itu masih perlu menggunakan bahasa Inggeris kerana buku teks dan perisian komputer adalah dalam bahasa itu.
''Pengetua dan Guru Besar diberi tanggungjawab memantau perkembangan ini kerana pemansuhan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya bermula 2012.
''Kita akan ambil tindakan terhadap guru dan pengetua yang ingkar kerana mereka tidak boleh langgar dasar kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas rungutan segelintir ibu bapa yang mendakwa ada guru yang sudah mula mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu.
Alimuddin menambah, guru-guru hanya dibenarkan mengajar dalam dwibahasa mulai 2010 memandangkan pada ketika itu buku-buku teks dalam bahasa Melayu sudah mula ada.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, lima buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan dijadikan pusat pengkhususan Bahasa Inggeris bagi pra dan dalam perkhidmatan.
Ia membabitkan Institut Perguruan Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA), Kuala Lumpur; English Learning Teaching Centre (ELTC) Kuala Lumpur; IPGM Datuk Razali, Kuala Terengganu; IPGM Rajang, Sarawak dan IPGM Gaya di Sabah.
Ditanya mengenai status elaun kritikal yang diperoleh guru-guru Sains dan Matematik selepas pemansuhan PPSMI, beliau berkata, perkara itu masih belum dibincangkan lagi.
Mengulas mengenai wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), Alimuddin berkata, guru-guru perlu memeriksa suhu badan pelajar sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran pertama bermula.
''Jika terdapat simptom demam melebihi 38 darjah celsius, batuk dan selesema, mereka perlu menghantar terus pelajar ke klinik atau hospital," katanya.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran sedang memohon peruntukan tambahan untuk membeli penutup mulut dan hidung, alat pengesan suhu badan dan cecair pembasmi kuman.
Dipetik Dari UtusanOnline
Sabtu, 8 Ogos 2009
EKMLTK diberikan kepada pasangan yang mengajar di pendalaman
Terima Kasih kepada kementerian pelajaran terutama kepada Timb. Perdana Menteri kita atas pengumuman tersebut pada hari guru yang lalu. Kami warga pendidik khususnya dari pendalaman amatlah berterima kasih yang teramat sangat.
Marilah ramai-ramai warga pendidik kita curahkan khidmat di kawasan pendalaman untuk membantu murid-murid yang berada di sana untuk mendapat pendidikan yang sempurna.


